RSS

Projek Peniaga Muda, Program Belia Niaga

projek-peniaga-muda-program-belia-niaga

Pengenalan

Projek Peniaga Muda adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.

Kelayakan dan Syarat-Syarat

i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur antara 18 hingga 40 tahun
iii) Keutamaan kepada ahli persatuan belia
iv) Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
v) Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi

Proses Permohonan

i) Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 Pindaan 1/2007
ii) PBSD membuat melawat/ulasan
iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan
v) Mesyuarat Jawatankuasa Projek Peniaga Muda
vi) Jawatankuasa Projek Peniaga Muda adalah terdiri daripada :-
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil

Soalan-Soalan Lazim

    Soalan 1

Apa itu Projek Peniaga Muda

    Jawapan 1

Projek Peniaga Muda (PPM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.

    Soalan 2

Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?

    Jawapan 2

Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.

    Soalan 3

Berapa had bantuan?

    Jawapan 3

Bantuan sebanyak RM2,000.00

    Soalan 4

Bentuk bantuan yang macam mana?

    Jawapan 4

Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 2007 yang boleh dicetak melalui portal ini.

    Soalan 5

Bagaimana nak dapatkan bantuan?

    Jawapan 5

Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.

    Soalan 6

Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?

    Jawapan 6

Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.

    Soalan 7

Skim ini untuk bumiputra sahajakah?

    Jawapan 7

Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan >http://youthsays.com/badges/11" href="http://youthsays.com/badges/11" class="highlight">warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.

Muat Turun Borang Projek Peniaga Muda

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...