RSS
Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts

Rezeki itu ialah..

: *Pak Hamka berkata ...*

*Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.*

*Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.*

*Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.*

*Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.*

*Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.*

*Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!*

*Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.*

*Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.*

*Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.*

*Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.*

*Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.*

*Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.*

*Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.*

*kongsi keberkatan rezeki ~*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon masa kita berbeza

Best baca ni... Walaupun copy paste jer....

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Sentiasa bersangka BAIK.
FIKIR YANG BAIK2. ☺

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa jodoh dan rezeki

Doa ini dibaca untuk mendapatkan jodoh dan rezeki. Boleh dibaca bila-bila masa, tanpa batasan jumlah dan tanpa batasan waktu. Dibaca sebanyak-banyaknya, semoga mendapat rezeki yang melimpah dan jodoh yang baik.

Ia merupakan doa Nabi Musa a.s. . Kemudian Nabi Musa a.s. didatangi calon isterinya dan sekaligus mendapat pekerjaan.

*wallahualam.. ini adalah berdasarkan catatan nota saya yg saya mahu "simpan" di blog. Maaf saya lupa dari mana sumber nota ini.. sekiranya ada antara anda pembaca yang tahu kesahihan doa ini untuk rezeki dan jodoh, InshaaAllah boleh hubungi penulis blog inia-lurun. Moga bermanfaat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa bila jatuh cinta

Doa bila jatuh cinta

Ada orang bertanya adakah doa-doa tertentu apabila jatuh cinta.
Jika kita bimbang ’ketelanjuran’ dalam cinta, kita alihkan rasa cinta kita kepada Allah dengan membanyakkan salawat, dzikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu, kalau kita tewas nafsu yang akan memperdayakan kita.

Dalam pada itu, amalkan doa apabila jatuh cinta. Segala ruang kehidupan perlu berbekalkalkan doa untuk keselamatan dan istiqamah hatta dalam bercinta pun kita sentiasa perlu berdoa. Agar cinta kita diredhai dan diberkati Allah. , doa itu diambil dari sifat Allah, satu dari sifat2 Asmaul Husna, ia itu sifat Al-Muhaimin, sifat Allah Yang Maha Menjaga / Maha Memelihara. Sifat ini disebut-sebut di dalam Al Quran. Allah SWT bukan saja mencipta, bahkan Allah SWT juga menjaga, mengawal, mengurus ciptaanNya. Sentiasa memlihara dan memerhatikan setiap perbuatan dan perkataan kita.
Fadilat membaca Ya Allah Ya Muhaimin setiap masa agar terhindar daripada apa-apa bencana yang tidak kita sedari.

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.
Ya Allah…
Bila hamba bertemu dengan seseorang
dan hamba jatuh cinta
Izinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginya
dan dia yang terbaik bagi hamba
Ya Allah…
Bila Hamba menjadi pasangan seseorang
Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya
Izinkanlah diri hamba menjadi penyejuk hati baginya
Izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya
Izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya
Izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya
Izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya
Ya Allah…
Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu
Izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu
Ya Allah…
Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti
Izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati
Ya Allah…
Jiwa kami ada dalam genggamanMu
maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu
Ya Allah…
Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu Ya Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAHAJUD SEORANG KANAK-KANAK

Suatu hari, dalam sebuah masjid saya didatangi lelaki yang agak berumur dan menceritakan kisah anak perempuan beliau yang darjah 6 yang amat menyentuh hati.

Beliau memulakan bicaranya bersebelahan saya. 

Ustaz...!!!Saya ada 9 orang anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat, saya tak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz...Saya mula bangun tahajud sebab dia, anak yang ke-9 ustaz ni ustaz...dia baru darjah 6, katanya kepada saya.

Suatu malam ustaz...saya terdengar air, waktu tu pukul 3.00 pagi dari bilik air rumah saya, saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz...! dalam keadaan ambil wuduk, saya tunggu kat luar, sambungnya lagi.

Apabila dia keluar saja, saya tengok dia dan tanyakan kepadanya, kenapa dik...?
"Adik ambil wuduk abah...!" jawabnya.

Kenapa ambil wuduk..? "Adik tak solat Isyak lagi...?" tanya saya pada dia.

"Adik nak solat Tahajud bah..." dengar saja nak solat Tahajud saya diam, saya pun biarkan dia.

Kemudian anak saya solat di ruang tamu, saya tengok dia berdiri ustaz...! lama-lama dia menangis dalam qiam dia...saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud. Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya. Namun selesai sahaja dia solat ustaz..., dia angkat tangan, dia berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis. Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia,

" Ya Allah ampunkan dosa ayah saya Ya Allah, dosa ibu saya Ya Allah, dosa keluarga saya Ya Allah. Ayah saya tak bangun Ya Allah, Ayah saya tak Tahajud Ya Allah, ibu saya tak bangun.."
Dia sebut nama saya dalam doa dia ustaz.....!!!, saya datang, saya peluk, saya cium anak saya ustaz.

Saya tanya kenapa adik menangis? " Adik nak tengok abah solat dengan adik, bangun malam dengan adik".

Berjurai air mata saya ustaz...!!!
"Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun Tahajud, tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi". Saya kesat air mata dan janji dengan dia, abah akan bangun selalu dan solat dengan dia, beliau kemudian lap air matanya dan menamatkan perceritaannya.

Bila kita diuji dengan penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tak seperti yang lain, kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita...Kita rasa kurang, bila kita bangun Tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita menang untuk kehidupan akhirat dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya. Dosa banyak mana pun kita, bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita. Bila kita buat dosa malam hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkan dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita...Allah.

Ulangan.
Kredit :Catatan Rawi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEMBINA KEJAYAAN DENGAN CEPAT & BERKUALITI


Sebenarnyer kita boleh jimat masa, bertahun2 kerja kuat malah beribu-ribu jam dan minit, jika kita memahami cara untuk mempercepatkan & “shortcut”kan perjalanan membina kejayaan.
Semalam ada yang bertanya kepada saya tentang ,
"Apakah perkara paling penting yang diperlukan untuk membina kejayaan perniagaan dengan cepat? “
FOKUS. FOKUS FOKUS…!!
Inilah perkara paling penting dan sangat diperlukan untuk berjaya in our fast moving world today. Jika kita boleh fokus kita boleh berjaya dan jika tidak fokus kita tidak berjaya..
Jika anda bertanya kepada BILL GATES sekalipun..jawapannya adalah sama.. FOKUS! … cer tanya dier.. heheh…
Selingan sekejap...
Ada satu artikle yang saya baca, ader 2 komponen yg boleh cepat berjaya..iaitu.. FOKUS & GAGAL CEPAT!.. Heheh..GAGAL?…. Yer gagal.., bila gagal kita perlu cepat2 belajar. ( bak kata dr azizan.. jangan main biola )
Saya mula berfikir.. ya saya akui ramai usahawan-usahawan hebat masa kini yg saya kenal.. pernah gagal berkali-kali sebelum berjaya di puncak.! saya sendiri pernah gagal & belajar dari kegagalan. So kesimpulannya.. LAGI CEPAT KITA GAGAL & BELAJAR… LAGI CEPAT KITA BERJAYA…. sapa yang takut gagal jangan berimpian besar… smile emoticon
Kembali pada TOPIK FOKUS…
Ramai orang tahu fokus.. tapi ramai orang tak buat!. sebb? tak mampu buat kerana takut nak buat?! jadi ramai orang mula buat macam2 & tidak fokus…
CONTOH SITUASI
+ Fokus pada 1 perniagaan sehingga berjaya. Dah berjaya & perniagaan boleh bergerak sendiri baru invest dalam perniagaan lain. Ramai yang banyak perniagaan tapi akhirnya tiada komitment dan satu2 tutup..
+ Fokus 1 produk… kembangkan dalam medium yang berbeza. Fokus sehingga pakar pada produk yang kita ada.. setiap produk mempunyai ilmu berbeza..bayangkan kita mempunyai banyak produk dengan pelbagai ilmu kemudian target market pula berbeza… bagaimana kelam kabut situasi ini?
+ FOKUS MARKETING UTAMA.. masa sy hadiri seminar dr azizan, doc ada bagi 200 list marketing.. tapi saya fokus 1 marketing sehingga sekarang.. & saya polish ilmu marketing yang saya gunakan sehingga pakar.. saya baca n cari ilmu tentang marketing yang saya pilih & pergi menuntut… kemudian kembangkan dalam marketing berbeza sebagai bonus.
+ Bila bekerja.. saya biasanya akan buka 1 browser dan fokus sebelum buka browser2 lain.. contohnya.. bila menulis ilmu ini saya akan fokus kepada penulisan. baru saya akan buka kerja2 lain seperti adobe, sebb saya tahu jika saya buat banyak benda dalam 1 masa.. penulisan ini tidak akan siap kerana ia mengambil masa 1 jam. walaupun hp saya mula “ berbunyi2..!”hehehe..
+ Saya pernah meilhat seorang staff yang suka menanguh kerja nya… bila saya teliti orangnya.. suka buat banyak kejer dalm 1 masa… kalo beri satu kejer sampai ke petang baru siap.. belum siap kejer..mula tgk fb, kemudian blog , kemudian fon.. kemudian berbual…akhirnya banyak kejer ditangguh ke hari esok… jika dier buat perniagaan maka perniagaan nya boleh berjaya 1 tahun boleh jadi 5 tahun. Hilang fokus.!
Kesimpulannya…nak cepat berjaya dari 5 tahun ke 1 tahun, dari 5 jam ke 1 jam dan dari 5 minit ke 1 minit.... jawapannya FOKUS...!
in English...FOCUS BERMAKSUD
F : FOCUS
O : ONE
C : COURSE
U : UNTIL
S : SUCCESS
cer tanya diri sendiri.. aku ni cukup fokus ker?
p/s : Insyaalah.. selepas ini saya akan sharedkan apakah value + kerja yang paling berharga yang dibayar lebih di dalam dunia..
TOGETHER WE ARE ONE
WE ARE RICH & SUCCESSFUL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Belanjawan Muslim

January 2
[Nasihat Khalif Samsudin (CEO Bella Ammara) Untuk Belia Bergaji RM3000 Ke Bawah Di Malaysia]
Penulisan saya ini khas untuk anda yang masih muda, makan gaji dan insyaAllah ingin menjadi usahawan muda dan membuat RM1juta pertama sebelum umur 30 tahun.
Siapakah saya?
Saya, Muhammad Khalif bin Samsudin/ Carl Samsudin - CEO Bella Ammara Holdings dan beberapa buah syarikat-syarikat lain. Alhamdulillah jumaat ini 25hb Dec 2015 merupakan pembukaan rasmi butik Bella Ammara ke-6 di ‘hometown’ saya, Kuantan Pahang. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar jika sentiasa meletakkan Allah no1.
Sambil memandang susuk tubuh bangunan Gio Mall (dahulunya Kamdar) di Kuantan ini, terkenang kisah 3 tahun lepas. Gaji RM2200 kerja di bank jual emas dengan target jualan 3 kilo sebulan. Bekerja hari Isnin sampai Jumaat, 8 pagi - 6 petang redah kesesakkan jalan raya macam anda semua. Elakkan komplen, fokus untuk merubah diri.
Dari 9 pasang telekung sebulan pada bulan Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini dan berkongsi rezeki bersama 50 orang staff yang lain.
Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Ini saya, cara saya dan nasihat saya agar penulisan ini dapat memberi suatu manfaat kepada anda semua.
"Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya”.
PETUA SAYA UNTUK BELIA BERGAJI RM3000 KE BAWAH DI MALAYSIA
Katakan anda berpendapatan makan gaji anda sebanyak RM3000 sebulan sekarang. Bahagikan pendapatan anda kepada 8 bahagian (harus dicatatkan dan dijadualkan).
BELANJA UNTUK MAKANAN/ SARA HIDUP - RM600
BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL - RM300
BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA - RM250
BELANJA UNTUK NETWORKING - RM400
BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU - RM300
BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA - RM200
BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN - RM700
BELANJE UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT - RM250
BELANJA UNTUK SARA HIDUP/ SARA HIDUP
Anda harus makan untuk teruskan hidup. Pastikan anda bersederhana dalam belanja untuk makanan (sara hidup). Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin sudah cukup jika anda pandai berjimat. Peruntukkan sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku. Kalau boleh masak sendiri lagi banyak berjimat dan lebih bagus. Masa saya bekerja dahulu, breakfast saya makan roti di rumah, tenghari saya makan kuih-kuih RM3 + RM1.5 air di warung berhampiran masjid, dan malam saya masak nasi sendiri dan lauk ringkas seperti sambal sardin dan ulam. Makan untuk hidup, belum masanya lagi kita nak enjoy makan. Teringat saya bagaimana Rasullullah s.a.w memilih tempat makan, kerusi dipastikan tidak bersandar, untuk mengelakkan makan sehingga kenyang terdampar. Makan yang berlebihan bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan, malah mengurangkan produktiviti.
BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL
Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia termasuk makanan. Carilah tempat tinggal yang agak rendah bayaran sewanya. Jangan beli rumah lagi seawal usia muda, carilah rumah atau bilik sewa dalam lingkungan harga RM300. Semasa umur muda ini, rumah hanyalah tempat tidur dan rehat sahaja. Banyakkan masa di luar untuk mencari ilmu. Biarlah kita menyewa bilik sekarang janji dapat bina istana akan datang, dari beli rumah teres sekarang dan kena bayar selama 30 tahun (itupun kalau masih mampu bayar). Kalau boleh elakkan membeli rumah di awal usia muda ini. Jangan terpengaruh dengan orang sekeliling. Yang mempengaruhi anda itu adakah mereka sudah kaya dan berjaya? Adakah rumah-rumah itu habis dibayar atau rumah itu masih milik bank? Bagi saya, pemilikan rumah di usia muda hanya ilusi, ilusi yang menunjukkan kita sudah berjaya, tetapi hakikatnya tidak. Tanya diri anda sendiri. Banyakkan berfikir.
BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA
Peruntukan sebanyak RM250 adalah kepada keluarga. Allah menjanjikan rezeki yang amat murah jika kita kerap bersedekah dan lebih afdal lagi kepada kaum keluarga. Tidak akan miskin hamba Allah itu sekiranya ianya kerap bersedekah. Lagi banyak duitnya di sedekahkan terutama kepada ahli keluarga, lebih banyak pintu-pintu rezekinya akan dibuka.
Letakkan target, bulan ini mungkin RM250, bulan depan mungkin RM300 bulan seterusnya mungkin RM350. Jangan sesekali mengabaikan ibu & bapa, kerana tanpa restu mereka anda pasti tidak akan berjaya.
BELANJA UNTUK NETWORKING
Belanja untuk bina rangkaian kawan (networking). Tiada manusia yang berjaya di dunia ini tidak membuat networking. Elakkan gejala-gejala melepak yang tidak berfaeda. Peruntukkan sebanyak RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda yang mempunyai access kepada internet. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh peruntukkan dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Ini salah satu ‘investment’ yang amat bernilai. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan laburkan peruntukkan tersebut kepada orang yang tidak bernilai/berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri
2. Lebih kaya & berjaya dari daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu anda cari. Dan manusia yang kaya adalah manusia yang selalu belanja orang makan. Labur dahulu, lihat hasilnya di kemudian hari
3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kedekut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi satu tarikan kuat untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.
BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU
Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
1.Beli buku pengetahuan di kedai buku atau secara talian (e-book). Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu asingkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku
2.Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.
BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA
Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke luar negara. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah (Ini saya pernah lakukan untuk ke Bali pada tahun 2012). Berjimat ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan! Jikalau anda perhatikan saya, saya pasti akan keluar negara untuk melihat peluang-peluang yang ada di sana. Dari situlah terbinanya saya hari ini.
BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN
Tujuan utama kereta adalah untuk pengangkutan untuk anda bergerak dari point A ke point B. Sekiranya terdapat pengangkutan awam yang mudah di kawasan anda, gunakanlah sepenuhnya. Kalau boleh di waktu belia ini, carilah kereta 2nd hand seperti Perodua Kenari yang bayaran bulan-bulan hanya RM300 sahaja. Cukuplah RM700 sebulan. Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya. Dan secara jujurnya, saya masih menggunakan Perodua Kenari saya sehingga ke hari ini, cukuplah dari rumah sampai ke tempat-tempat kerja. Sekiranya anda bujang, dan tidak perlu travel jauh, mungkin motor sudah cukup. Sangat jimat! Ingat balik tujuan pengangkutan hanyalah untuk bergerak ke point A ke point B.
BELANJA UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT
Baki selanjutnya sebanyak RM250 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan atau dilaburkan untuk modal memulakan perniagaan anda. Banyak perniagaan yang boleh dimulakan dengan RM250 sahaja. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Dropship & agent kepada produk orang lain mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya. Berniaga tidak perlukan modal yang banyak, jujurnya Bella Ammara bermula dengan wang tunai RM1000 cash sahaja.
Saya nasihatkan pada semua belia untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan habiskan duit dengan membeli pakaian, kereta, rumah dan kasut mewah. Simpan dan laburkanlah terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin. Jika anda tidak berduit, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti yang boleh mendatangkan ilmu dan duit tambahan. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar. Retire young, retire rich.
Sebenarnya terlalu benyak untuk saya kongsikanya di sini.
Ilmu tidak boleh dilandaskan dengan wang ringgit dan tidak ternilai harga nya.
Dan, khas untuk program The Founder 2.0 pada 10th Januari 2016 ini, saya akan buka sesi soal jawab secara percuma yang mana insyaAllah akan mampu dapat membawa anda ke tahap yang lebih tinggi dalam hidup anda. Bukan itu sahaja, malahan Saiful Nang, rakan seperjuangan saya dalam dunia perniagaan juga akan berkongsi pendapat dalam menjawab pertanyaan anda semua di sana nanti. Sangat rugi jika anda lepaskan peluang untuk hadiri seminar The Founder 2.0 ini nanti. Register now ‪#‎TheFounderTalk2‬ —> http://bit.ly/TheFounder2
Sumber rujukan;
Few billionaires & Li Ka-Shing
Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.
Dipersilakan SHARE & TAG RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelebihan Surah Taha ayat 1-5 Doa hilang malas solat, degil dan melawan kata ibubapa

Terima kasih kepada anda yang memilih untuk klik link blog ~Dominasi Pertamaku // My First Domination~ untuk membaca artikel yang insyA-Allah memberi manfaat kepada anda.

Ayat 1 - 5 ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami/isteri/anak yang degil, yang tak mahu solat. Melalui pembacaan saya pada buku-buku dan blog yang lain, setelah membaca doa ini 3x hendaklah dihembuskan ke muka yang tersayang anda semasa mereka sedang tidur nyenyak, apabila mereka sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya tujuh kali seminggu. 


Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Untuk download audio mp3 ayat 1 - 5 ini, boleh klik sini

Kisah Umar al-Khattab

doa lembutkan hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.
sumber*

Doa Untuk Anak Yang Degil.



Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.

Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.

Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.

Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.

Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh "jurang generasi".

Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.

Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.

Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.

Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi ilham anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.

Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.



Lakukan rawatan ini ketika anak sedang tidur. Ini kerana ketika tidur, jiwa anak anak ini tenang. Ulangilah rawatan ini beberapa hari sehingga ada perubahan pada sikap anak-anak. Jika keadaan agak kritikal, lakukan solat sunat hajat.

Semoga post ini memberi manfaat kepada anda dan dapat membantu menyelesaikan masalah anda. InsyaAllah.

Wassalam.     
sumber: *

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Pengantin Baru: ~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~



بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Translation
May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.
Transliteration
baarak-allaahu laka, wa baaraka ‛alayka, wa jama‛a baynakumaa fee khayr
*Source: Islamic Duua for newlywed

Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”




Assalammualaikum.

Selalu kita dengar atau kita ucapkan kepada pengantin baru dengan ucapan seperti ini:

1) Selamat pengantin baru
2) Semoga kekal sepanjang hayat
3) Semoga bahagia ke anak cucu

Tidak dinafikan ucapan sebegini telah menjadi ikutan dalam masyarakat kita. Malah, saya sendiri selalu menggunakan ucapan seperti ini sebab tak tahu nak tulis apa. Dari pemahaman saya, macam tak ada salahnya pun tapi sebenarnya ucapan seperti ini agak bertentangan dengan ajaran Rasulullah. 
Mari imbas kembali ke sejarah di zaman baginda Rasulullah,

Kisah pertama
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,


"Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata,

“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, 

“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).

Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]



Kisah kedua
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,


“Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab,


“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”


Rasulullah s.a.w. bersabda,




(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]


Kisah ketiga
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]


Kisah keempat
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan

“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

*Dipetik dari Blog MyJodoh

Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin. 

Mari kita susuli pula apakah yang terjadi dengan ucapan doa-doa yang salah. 

1. semoga bahagia sehingga ke anak cucu: 
Tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?


2. ‘Semoga kekal sepanjang hayat’:
Pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan? Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan. 

Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.

Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita. 

Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.

Wallahualam.....


-------------------------------------------------------------------------------


Ucapan terbaik (doa) daripada sunnah Rasulullah S.A.W buat pasangan pengantin, maksudnya:

    "Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan." (Dalam bahasa Arabnya: Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair).

Inilah doa untuk pengantin yang diajarkan oleh Rasulullah agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia (generasi demi generasi dan di akhirat lagi diberkati Allah). Kita doakanlah pengantin yang diraikan dengan doa ini. Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?



  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di  bilik tidur tidak memuaskan.
  •  Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  •  Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah. Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat! Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan.

Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’. Jika kita menginginkan jodoh baik, mula dari diri sendiri menjadi baik dan carilah di tempat baik pula. Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab bahawa Rasulullah bersabda bersabda bermaksud: Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya." (Hadis riwayat Bukhari) – Hadis Pertama dalam Hadis 40.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis itu tidak hanya merujuk kepada pihak lelaki, malah wanita dalam memilih calon suami. Oleh kerana Rasulullah tidak merumuskan bentuk tertentu daripada perkataan binasa, berkemungkinan besar yang dimaksudkan ‘binasa’ adalah penderitaan batin kerana ketegangan yang berlaku akibat salah memilih teman. Janganlah terpedaya dengan keindahan fizikal dan duniawi semata-mata dan mengaburkan tujuan perkahwinan yang sebenarnya iaitu penyempurnaan ketakwaan kepada Allah.

Jodoh memang sudah ditetapkan Allah, tetapi sesuai dengan hukum-Nya, Allah tidak akan menjodohkan seseorang yang soleh dengan seorang penzina. Jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka mulalah dengan memperbaiki diri sendiri kerana Allah menetapkan takdir, bahawa:" (Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Surah an-Nur, ayat 26).

Bagaimanakah kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Siti Khadijah atau Siti Fatimah jika tidak sebaik Rasulullah atau Saidina Ali. Semoga pemilihan yang berdasarkan kepada kriteria itu atas akan mendapat kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. 

Moga penulis blog ini juga beroleh pasangan suami yang soleh yang dirahmati Allah jua.. Amin..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~: Tips Cepat Dapat Jodoh



Boleh ke link ini untuk mendapatkan tips-tips yang bagus, insya-Allah....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bimbang Tak Mampu Sedia Hantaran Kahwin Tinggi

APABILA terbaca beberapa siri penulisan dalam Jendela Hikmah mengenai perkahwinan adalah ubat kepada cinta songsang di kalangan orang muda yang membawa kepada zina, maka saya rasa terpanggil untuk menyahut cabaran itu. Saya berniat mengahwini kekasih hati tetapi saya bimbang tidak mampu memberikan hantaran tinggi kepada bakal isteri. Apakah sebenarnya nilai hantaran yang paling minimum yang diwajibkan oleh Islam?



Mat bermotosikal

Klang, Selangor

=====================================================


Kebimbangan saudara itu memang ada asasnya. Bacaan saudara mengenai episod perkahwinan membabitkan perbelanjaan besar, mas kahwin yang mahal dan hantaran mewah itu menghantui pemikiran saudara.

Berapa ramai daripada masyarakat kita yang mampu berbuat demikian? Apakah kayu ukur penentuan mahar dan mas kahwin dalam kehidupan masyarakat kita?

Adakah kita secara tidak sedar mula menggunakan kayu ukur penentuan nilai wanita dalam perkahwinan menggunakan laras penilaian artis barat yang menghabiskan berjuta-juta dolar untuk berkahwin, kemudian bercerai tidak lama selepas itu.

Adakah kadar mahar dan hantaran yang mewah dan mahal itu menjamin kebahagiaan dan kelangsungan perkahwinan?

Secara tidak langsung laporan berlebihan mengenai kemewahan mahar dan hantaran perkahwinan membentuk beberapa persepsi baru yang negatif dalam minda masyarakat ketika membuat persediaan mengadakan majlis perkahwinan dan niat pasangan yang bakal berkahwin.

Persepsi negatif itu antaranya:

l Untuk mendapat mahar dan hantaran tinggi mestilah menjadikan diri seorang yang popular dan glamor, sedangkan ilmu dan akhlak tidak diambil kira.

l Lelaki berasa lebih terancam dan takut untuk berkahwin jika belum ‘kaya.’ Mereka akan susah untuk berkahwin awal kerana takut dipaksa memberikan hantaran mahal yang di luar kemampuan. Sehingga ada yang mencari jalan haram untuk memuaskan nafsu seks mereka.

l Nilai wanita masa kini adalah berasaskan wang ringgit saja. Buktinya ialah saudara kini (dan juga segelintir masyarakat) yang masih keliru antara 'mas kahwin' dan 'hantaran'. Sebenarnya ada perbezaan ketara antara keduanya.

Mas kahwin disebut sebagai mahar adalah hak/harta isteri yang wajib suami serahkan kepada isteri untuk menghalalkan pernikahan antara keduanya, sama ada disebut ketika akad atau tidak disebut.

Firman Allah bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian wajib.” (Surah an-Nisa’, ayat 4) Allah berfirman lagi bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.” (Surah an-Nisa’, ayat 24)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Hadis riwayat Bukhari ) Mas kahwin boleh diberikan dalam bentuk apa saja asalkan berfaedah, sama ada wang ringgit, barang atau sesuatu yang bermanfaat.

Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu apapun untuk dijadikannya mas kahwin lalu Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: “Adakah kamu menghafaz sedikit daripada ayat al-Qur'an? Lelaki itu menjawab dia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan mas kahwin surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Mahar juga disebut sebagai ‘Sadoqathinna’ bagi menggambarkan kebenaran dan kesungguhan keinginan untuk berkahwin daripada pihak yang memberi atau dengan kata lain menunjukkan bahawa pihak suami benar-benar ingin berkahwin apabila dia bersedia memberikan mas kahwin kepada isteri.

Hantaran pula ialah hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami, iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan itu. Hantaran tidak wajib tetapi hukum adat dan hukumnya harus.Mengenai kadar mas kahwin, ulama berselisih pendapat dari segi kadar minimum. Ulama sepakat mengatakan tiada had maksimum berdasarkan ayat 20 surah An-nisa' yang menyebut perkataan ‘qintor’ bermaksud emas yang sangat banyak.

Menurut Ibn 'Abbas dan Mujahid, qintor bersamaan 70 mithqal, kata Abu Said emas sepenuh belulang lembu. Namun, disunatkan kita tidak berlebihan dalam memberikan hantaran menurut dalil di bawah:

Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy) Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

Abu Hurairah berkata, “Adalah sodaq kami ketika zaman Rasulullah ada bersama kami 10 waqyah.” (1 waqyah bersamaan 40 dirham)

Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah SAW orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi )

Mengenai kadar melampau batas, menurut Ibn Qudamah (Mazhab Hambali), tidak digalakkan lebih daripada 500 dirham, iaitu kadar mahar isteri Rasulullah SAW, begitu juga pendapat ulama Mazhab Syafie, Maliki, had melampau ialah kadar melebihi kebiasaan orang ramai.



Hikmat mengelakkan daripada berlebih dalam membayar mahar adalah untuk memudahkan pemuda berkahwin supaya tidak terpesong kepada perkara yang tidak diingini seperti zina dan perkara yang membawa kepada buruk akhlak.

Saidina Umar berkata dalam khutbahnya: “Sesungguhnya lelaki yang berlebih dalam memberi mahar perempuannya sehingga menjadikan perempuan itu permusuhan dalam diri lelaki itu.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

Apa yang perlu kita utamakan ialah kesederhanaan, keberkatan dan kelangsungan perkahwinan bakal dilalui pasangan pengantin itu. Bukan glamor dan menunjuk-nunjuk yang membawa kepada riak serta unsur negatif dalam masyarakat yang sebilangan besar tidak mampu mengadakan hantaran yang mahal.



Jawapan disediakan Prof Madya Maznah Daud dengan kerjasama Wanita JIM. Persoalan dan jawapan boleh dilayari di BICARA KALBU

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...