RSS
Showing posts with label Men. Show all posts
Showing posts with label Men. Show all posts

Tips Belanjawan Muslim

January 2
[Nasihat Khalif Samsudin (CEO Bella Ammara) Untuk Belia Bergaji RM3000 Ke Bawah Di Malaysia]
Penulisan saya ini khas untuk anda yang masih muda, makan gaji dan insyaAllah ingin menjadi usahawan muda dan membuat RM1juta pertama sebelum umur 30 tahun.
Siapakah saya?
Saya, Muhammad Khalif bin Samsudin/ Carl Samsudin - CEO Bella Ammara Holdings dan beberapa buah syarikat-syarikat lain. Alhamdulillah jumaat ini 25hb Dec 2015 merupakan pembukaan rasmi butik Bella Ammara ke-6 di ‘hometown’ saya, Kuantan Pahang. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar jika sentiasa meletakkan Allah no1.
Sambil memandang susuk tubuh bangunan Gio Mall (dahulunya Kamdar) di Kuantan ini, terkenang kisah 3 tahun lepas. Gaji RM2200 kerja di bank jual emas dengan target jualan 3 kilo sebulan. Bekerja hari Isnin sampai Jumaat, 8 pagi - 6 petang redah kesesakkan jalan raya macam anda semua. Elakkan komplen, fokus untuk merubah diri.
Dari 9 pasang telekung sebulan pada bulan Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini dan berkongsi rezeki bersama 50 orang staff yang lain.
Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Ini saya, cara saya dan nasihat saya agar penulisan ini dapat memberi suatu manfaat kepada anda semua.
"Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya”.
PETUA SAYA UNTUK BELIA BERGAJI RM3000 KE BAWAH DI MALAYSIA
Katakan anda berpendapatan makan gaji anda sebanyak RM3000 sebulan sekarang. Bahagikan pendapatan anda kepada 8 bahagian (harus dicatatkan dan dijadualkan).
BELANJA UNTUK MAKANAN/ SARA HIDUP - RM600
BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL - RM300
BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA - RM250
BELANJA UNTUK NETWORKING - RM400
BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU - RM300
BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA - RM200
BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN - RM700
BELANJE UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT - RM250
BELANJA UNTUK SARA HIDUP/ SARA HIDUP
Anda harus makan untuk teruskan hidup. Pastikan anda bersederhana dalam belanja untuk makanan (sara hidup). Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin sudah cukup jika anda pandai berjimat. Peruntukkan sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku. Kalau boleh masak sendiri lagi banyak berjimat dan lebih bagus. Masa saya bekerja dahulu, breakfast saya makan roti di rumah, tenghari saya makan kuih-kuih RM3 + RM1.5 air di warung berhampiran masjid, dan malam saya masak nasi sendiri dan lauk ringkas seperti sambal sardin dan ulam. Makan untuk hidup, belum masanya lagi kita nak enjoy makan. Teringat saya bagaimana Rasullullah s.a.w memilih tempat makan, kerusi dipastikan tidak bersandar, untuk mengelakkan makan sehingga kenyang terdampar. Makan yang berlebihan bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan, malah mengurangkan produktiviti.
BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL
Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia termasuk makanan. Carilah tempat tinggal yang agak rendah bayaran sewanya. Jangan beli rumah lagi seawal usia muda, carilah rumah atau bilik sewa dalam lingkungan harga RM300. Semasa umur muda ini, rumah hanyalah tempat tidur dan rehat sahaja. Banyakkan masa di luar untuk mencari ilmu. Biarlah kita menyewa bilik sekarang janji dapat bina istana akan datang, dari beli rumah teres sekarang dan kena bayar selama 30 tahun (itupun kalau masih mampu bayar). Kalau boleh elakkan membeli rumah di awal usia muda ini. Jangan terpengaruh dengan orang sekeliling. Yang mempengaruhi anda itu adakah mereka sudah kaya dan berjaya? Adakah rumah-rumah itu habis dibayar atau rumah itu masih milik bank? Bagi saya, pemilikan rumah di usia muda hanya ilusi, ilusi yang menunjukkan kita sudah berjaya, tetapi hakikatnya tidak. Tanya diri anda sendiri. Banyakkan berfikir.
BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA
Peruntukan sebanyak RM250 adalah kepada keluarga. Allah menjanjikan rezeki yang amat murah jika kita kerap bersedekah dan lebih afdal lagi kepada kaum keluarga. Tidak akan miskin hamba Allah itu sekiranya ianya kerap bersedekah. Lagi banyak duitnya di sedekahkan terutama kepada ahli keluarga, lebih banyak pintu-pintu rezekinya akan dibuka.
Letakkan target, bulan ini mungkin RM250, bulan depan mungkin RM300 bulan seterusnya mungkin RM350. Jangan sesekali mengabaikan ibu & bapa, kerana tanpa restu mereka anda pasti tidak akan berjaya.
BELANJA UNTUK NETWORKING
Belanja untuk bina rangkaian kawan (networking). Tiada manusia yang berjaya di dunia ini tidak membuat networking. Elakkan gejala-gejala melepak yang tidak berfaeda. Peruntukkan sebanyak RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda yang mempunyai access kepada internet. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh peruntukkan dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Ini salah satu ‘investment’ yang amat bernilai. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan laburkan peruntukkan tersebut kepada orang yang tidak bernilai/berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri
2. Lebih kaya & berjaya dari daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu anda cari. Dan manusia yang kaya adalah manusia yang selalu belanja orang makan. Labur dahulu, lihat hasilnya di kemudian hari
3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kedekut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi satu tarikan kuat untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.
BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU
Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
1.Beli buku pengetahuan di kedai buku atau secara talian (e-book). Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu asingkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku
2.Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.
BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA
Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke luar negara. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah (Ini saya pernah lakukan untuk ke Bali pada tahun 2012). Berjimat ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan! Jikalau anda perhatikan saya, saya pasti akan keluar negara untuk melihat peluang-peluang yang ada di sana. Dari situlah terbinanya saya hari ini.
BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN
Tujuan utama kereta adalah untuk pengangkutan untuk anda bergerak dari point A ke point B. Sekiranya terdapat pengangkutan awam yang mudah di kawasan anda, gunakanlah sepenuhnya. Kalau boleh di waktu belia ini, carilah kereta 2nd hand seperti Perodua Kenari yang bayaran bulan-bulan hanya RM300 sahaja. Cukuplah RM700 sebulan. Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya. Dan secara jujurnya, saya masih menggunakan Perodua Kenari saya sehingga ke hari ini, cukuplah dari rumah sampai ke tempat-tempat kerja. Sekiranya anda bujang, dan tidak perlu travel jauh, mungkin motor sudah cukup. Sangat jimat! Ingat balik tujuan pengangkutan hanyalah untuk bergerak ke point A ke point B.
BELANJA UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT
Baki selanjutnya sebanyak RM250 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan atau dilaburkan untuk modal memulakan perniagaan anda. Banyak perniagaan yang boleh dimulakan dengan RM250 sahaja. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Dropship & agent kepada produk orang lain mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya. Berniaga tidak perlukan modal yang banyak, jujurnya Bella Ammara bermula dengan wang tunai RM1000 cash sahaja.
Saya nasihatkan pada semua belia untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan habiskan duit dengan membeli pakaian, kereta, rumah dan kasut mewah. Simpan dan laburkanlah terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin. Jika anda tidak berduit, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti yang boleh mendatangkan ilmu dan duit tambahan. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar. Retire young, retire rich.
Sebenarnya terlalu benyak untuk saya kongsikanya di sini.
Ilmu tidak boleh dilandaskan dengan wang ringgit dan tidak ternilai harga nya.
Dan, khas untuk program The Founder 2.0 pada 10th Januari 2016 ini, saya akan buka sesi soal jawab secara percuma yang mana insyaAllah akan mampu dapat membawa anda ke tahap yang lebih tinggi dalam hidup anda. Bukan itu sahaja, malahan Saiful Nang, rakan seperjuangan saya dalam dunia perniagaan juga akan berkongsi pendapat dalam menjawab pertanyaan anda semua di sana nanti. Sangat rugi jika anda lepaskan peluang untuk hadiri seminar The Founder 2.0 ini nanti. Register now ‪#‎TheFounderTalk2‬ —> http://bit.ly/TheFounder2
Sumber rujukan;
Few billionaires & Li Ka-Shing
Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.
Dipersilakan SHARE & TAG RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~: TAHAP CEMBURU LELAKI YANG WANITA PERLU TAHU!

Setiap manusia dilahirkan ke dunia ini pasti pasti dianugerahkan dengan pelbagai perasaan, salah satu perasaan itu ialah CEMBURU..semua orang pasti akan merasakannya namun yang membezakannya seseorang itu ialah cara setiap individu menghadapinya. Pada pasangan yang bercinta cemburu pasti mewarnai pehubungan samaada ke arah positif atau sebaliknya. Cemburu sering dikaitkan dengan golongan wanita, namun perlu korang ketahui juga, cemburu lelaki berselindung disebalik egonya & wajahnya yang selamba~ dalam hati ada taman beb~ ;)


AQUARIUSLelaki aquarius biasanya menggunakan ayat-ayat dalam bentuk sindiran untuk menunjukkan rasa ceburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau, namun apabila topik perbualannya tertumpu pada seseorang saja, bermakna ternyatalah dia sedang cemburu.

PISCES
Lelaki yang paling mulia & baik hati tetapi kuat cemburunya. Tahap cemburunya amat memeranjatkan sekalian kaum hawa yang menjadi kekasihnya. Jika kekasihnya berlaku curang atau yang seangkatan dengannya dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya umpama menenggelamkan anda.

ARIES
Mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Suka mengawal orang lain tidak kira dalam pelbagai perkara dia juga akan menggunakan tenaga & kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila mendapat tahu individu yang boleh mengganggu hubungannya dia akan mengambil tindakan apa saja asalkan individu tersebut tiada peluang untuk merebut kekasihnya.

TAURUS
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah & sangat jujur. Dia tidak dapat menerima jika anda berbohong terhadapnya. Sekiranya dia mendapat tahu anda keluar dengan lelaki lain, elok prepare alasan yang the best punya.. :)

GEMINI
Lelaki gemini hanya menganggap cemburu itu suatu permainan sahaja. Dia adalah seorang yang suka bermain-main & tidak serius serta tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Dia bencikan cinta secara paksa & seumpamanya malah tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun telah memiliki kekasih. kesimpulannya perasaan cemburu lelaki gemini ni tak banyak atau kejap jew.. mybe rasa boleh cari lain kot.. =)

CANCER
Lelaki cancer ni memiliki perasaan cemburu yang agak tinggi. Dia tidak mahu berjauhan dengan kekasihnya malah selalu mendekati kekasihnya dalam pelbagai situasi, kadangkala di luar jangkaan pula tu~ Ini disebabkan lelaki cancer mempunyai perasaan kekosongan & perasaan risau yang teramatttt sangat. Bayangkan jika kekasihnya meninggalkannya, cemburunya pasti menghuru-harakan mereka berdua & keluarganya..eheh :p namun ianya tidak melebihi batas kerana pemilik bintang cancer mampu mengawal dirinya secara psikologi.

LEO
Lelaki leo sangat ego & tabah. dia tidak sesekali cemburu hanya kerana perkara yang remeh. Dia tidak mahu menjatuhkan air mukanya kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatnya marah namu dia akan tetap tenang menghadapinya.

VIRGO
Cemburu lelaki virgo amat memeranjatkan. Lelaki virgo tidak mempunyai hati yang lapang & pemikiran yang luas. Cemburu adalah menjadi perkara yang kerap dalam kehidupannya. Walaupun dia mencintai kekasihnya namun pergaduhan besar sukar dielakkan kerana sifat cemburunya yang buta.
LIBRA
Lelaki libra amat mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu boleh menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan imejnya yang baik. Dia kurang menimbulkan perselisihan dengan pasangannya kerana cemburu boleh menjejaskan perhubungan yang baik serta penampilannya.

SCORPIO
Semakin dalam cinta terhadap kekasih maka semakin kuatlah perasaan cemburunya. Inilah yang menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati & mencintai sepenuh hati terhadap kekasihnya. Hebat kan? namun perasaan cemburu tidak kurang hebatnya. Sekiranya kekasihnya menunjukkan walau sedikit kemusykilan maka terserlahlah cemburunya.

SAGITTARIUS
Lelaki sagittarius dilihat seorang yang tenang namun dia juga boleh merasa cemburu. Lelaki sagitarius digambarkan seorang yang terlalu cepat merasa cemburu namun cemburunya juga cepat reda apabila mengetahui hal yang sebenar. Tetapi apabila dia mempunyai matlamat baru tak kiralah ke arah positif untuk dirinya atau sebaliknya, dia akan meninggalkan kekasihnya yang sering membuatnya cemburu dengan wajah yang tenang.

CAPRICON
Lelaki capricon mempunyai sikap yang pesimistik, maksudnya bersikap atau berpandangan mudah putus harap, cenderung melihat keburukan sesuatu, segera merasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu. Apabila merasa cemburu, dia tidak akan menunjukkan perasaan itu terhadap kekasihnya, sebaliknya melepaskan ketidakpuasan hatinya terhadap perkara lain seperti sukan dan di tempat kerja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~: Personaliti Dan Cemburu Lelaki



Aries (21 Mac-20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
Perwatakan: Anak mak! Smart.. Intelligent (boleh laa)..
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (betul).. Jejaka Aries suka wanita yang sopan santun, penuh tata-tertib.. Sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya..
WARNING: Jika anda betul anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah.. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya.. Hati dah luka sukar nak dibaiki.. Macam motor yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik..
Tahap Cemburu: Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx


Leo (24 Julai-23 Ogos)
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah. Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.
Perwatakan: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayanginya.. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (kadang-kadang je ego).. Pandai berkata-kata..
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya.. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti yang ada pada jejaka Leo..
WARNING: JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO.. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. Mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik mengadu kat mak..
Tahap Cemburu: Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo (24 Ogos-23 September)
Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.
Perwatakan: Pemalu, tak pandai mengawal emosi.. Suka mencari perhatian dari perempuan..
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie).. So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran.. Kuat merajuk..
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang over-over.. virgo ini gatal.. kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia..
Tahap Cemburu: Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra (24 September-23 Oktober)
Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai. Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.
Perwatakan: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan ‘last minute’.. Seringkala kontrol macho depan perempuan..
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself..
WARNING: So bila nak date.. pakailah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang ni semua hensem..
Tahap Cemburu: Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio (24 Oktober-23 November)
Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.
Perwatakan: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.. Tak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain..
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio.. (jangan kata tak kasi warning)..
Tahap Cemburu: Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Cancer (22 Jun-23 Julai)
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
Perwatakan: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya.. (berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya.. nanti habis duit dikebas..
WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..
Tahap Cemburu: Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Sagitarius (23 November-21 December)
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain.
Perwatakan: Fuyoooh.. siapa dapat memang untung.. Sagitarius orangnya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous..
Tips utk memikat: Sentiasa adakan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosankan..
WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’..
Tahap Cemburu: Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricon (22 December-20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun. Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.
Perwatakan: Egoistic, ada batu duduk dalam itu kepala.. pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya.. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda..
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepaslah kau nanti..
Tahap Cemburu: Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks : xxx

Aquarius (21 Januari-19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.
Perwatakan: Pijak semut tak mati.. Suka yang cantik dan menarik perhatian..
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you..
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..
Tahap Cemburu: Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces (20 Februari-20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.
Perwatakan: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan.. walaupon tak hensem..
Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila..
WARNING: Mungkin bakal jadi playboy..
Tahap Cemburu: Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Taurus (21 April-21 Mei)
Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita. Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.
Perwatakan: Mencabar, garang seperti singa, takut seperti tikus.. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri.. Suka Bantu orang lain..
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang-sorang.. kesian takde orang lain layan..
Tahap Cemburu: Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini (22 Mei-21 Jun)
Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya. Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.
Perwatakan: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya..
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua..
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran.. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer..
Tahap Cemburu: Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...