RSS
Showing posts with label Qasidah Istighfar. Show all posts
Showing posts with label Qasidah Istighfar. Show all posts

Titian Siratul Mustaqim itu sangat gelap

Rupa-rupanya Titian Siratul Mustaqim itu sangat gelap.

Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad, "Kalau gelap macam mana kita nak melintasinya?"

Jawab Nabi Muhammad, "Dengan cahaya yang keluar dari anggota kita. Terang atau malap cahaya tu, bergantung kepada amalan kita masa di dunia."

Ada orang, anggotanya bercahaya terang benderang. Senanglah dia melintas Titian Siratul Mustaqim.

Ada orang, cahayanya terdapat pada ibu jari kakinya sahaja. Maka melintaslah dia dengan cahaya yang terbatas itu.

Ada orang pula, cahayanya kejap ada kejap padam. Masa keluar cahaya dia pun berjalan. Masa cahaya hilang dia berhenti dulu. Begitulah dia sepanjang perjalanannya.

Ya Allah.. Dengar macam ni, kita rasa kita ni orang yang punyai cahaya yang gilang gemilang, atau yang sekejap ada sekejap takde, atau yang bercahaya pada hujung kakinya sahaja?

Takutnya...

Doa Rasulullah memohon cahaya.

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikanlah cahaya di pendengaranku,
Jadikanlah cahaya di lisanku,
Jadikanlah cahaya di dalam hatiku,
Jadikanlah cahaya di kananku,
Jadikanlah cahaya di kiriku,
Jadikanlah cahaya di depanku,
Jadikanlah cahaya di belakangku,
Jadikanlah cahaya di atasku,
Jadikanlah cahaya di bawahku,
Jadikanlah untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang tidak akan bercakap perkara-perkara yang lagha.

Ahli-ahli syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca Quran dan melafazkan zikir memuji Allah.

Kata Nabi Muhammad SAW, "Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup. Maknanya dia kejap mati, kejap hidup. Begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu."

Tubuh badan anak Adam dilebarkan oleh Allah di dalam neraka beberapa hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak.

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.

Bayangkan berapa lama di neraka kerana kerana dosa-dosa?

Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kepada Allah, doa para ulama' agar orang ini juga akan mati dalam ketaatan kepada Allah.

Ada yang dibakar hingga tamat tempoh. Kemudian bila dah habis tu dia diam di dalam neraka menjadi arang. Hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga.

Bayangkan, orang bukan Islam ni berapa lama dia akan tinggal di neraka Allah. Sebab itu kadang-kadang mengalir air mata kita bila kita lihat lalunya jenazah orang-orang yang bukan Islam.

Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah Nabi melangkah masuk ke syurga.

Diriwayatkn Nabi tunggu sampai orang yang terakhir melintas Titian Siratul Mustaqim. Dia berjalan dengan lambatnya, Nabi tunggu.

Titian tu gelap sebab ia dibentangkn di atas neraka jahannam.

Di hadapan Titian Siratul Mustaqim itulah syurga. Ada yg berjalan selaju angin. Ini orang-orang yang tidak pernah sakitkan hati orang. Sentiasa memberi daripada menerima.

Orang yang terakhir ni, orang yang imannya paling lemah.

Diriwayatkan, syurga ni pinggirnya saja sudah terlalu indah. Belum lagi masuk ke dalamnya.  Ahli syurga suara pun sedap bunyinya.

Lepas dia melintas Titian Siratul Mustaqim tadi, dia melihat sebatang pokok besar yang di bawahnya ada air yang mengalir. Dia minta pada Allah untuk duduk di situ. Allah kata duduk lah.

Kemudian di depan lagi dia tengok ada pokok lain yang lagi indah. Dia mintak nak berada di bawah pokok tu. Allah pun izin.

Kemudian dia tengok lagi di hadapannya pokok yang lagi indah, yang ada banyak lagi kenikmatan. Dia pun mintak lagi nak duduk di situ. Allah pun benarkan juga.

Dari situ dia dengar suara-suara orang di dalam syurga. Suara-suara itu begitu merdu. Dia minta dengan Allah untuk masuk dalam syurga. Allah pun benarkan.

Bila masuk, dia keluar semula. Dia tanya Allah, adakah tempat untuk dia?

Allah kata, pernah tak dengar masa di dunia dulu org yang paling kaya? Dia kata pernah. Allah kata, "Sesungguhnya untuk mu akan Ku anugerahkan 10x ganda malah lebih-lebih lagi berbanding kekayaan org yang paling kaya tu." MasyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yang paling akhir pun diberi nikmat sebegitu besar. Apatah lagi orang-orang yang taat pada Allah.

* Sampaikan kebaikan walau sebaris ayat. Semoga bermanfaat.

Sungguh perjalanan di dunia ini pun sebenarnya gelap pekat ujian di mana-mana. Kita di pesongkan dengan hal lagha terlalu banyak. Jalan yang dekat jadi jauh. Ada jalan yang mudah, tapi yang rumit kita ambil. Sahabat yang di jalan mengenal amat sedikit. Syaitan pula hatinya sakit di perangkap kita menjerit-jerit - Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Akhirnya kita sedar kita kena yakin pada naluri sendiri yang perlu di bimbing. Yakin bulat hanya pada Allah.

Sama-sama muhasabah.

untukperingatananakcucu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Juz Amma - Mishary Rashid Alafasy Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Bismillahirrahmanirrahim...

Kepada para pembaca blog ~Dominasi Pertamaku // My First Domination~ yang dirahmati Allah sekalian.. Di sini suka saya kongsi bacaan surah-surah Juz Amma yang secara peribadinya saya sangat gemari, in shaa Allah.. moga saudara dan saudari sekalian dapat manfaat juga dari bacaan yang sedap ini.


Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Mkl8vpIeQiM

Copyrights:  AwakeningRecordsLTD
On behalf of: Awakening Records

Assalamualaikum.. This is my personal liking of Quran recitation of Juz Amma by Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi . I bought a CD in Presint 2 Putrajaya's Night Market last year in December 2014. Since I don't find in Youtube this beautiful recitation that I like, I personally upload this recitations hoping that I can access this rendering if the CD is broken in future :P :D I hope you will like it too. Hope this video will be helpful in any way for ummah, in shaa Allah...


Assalamualaikum... saya upload bacaan al-Quran ini ke Youtube sebab personal sebenarnya: tak jumpa bacaan yang saya suka ni di Youtube. Saya ada beli CD di Pasar Tani Presint 2, Putrajaya Disember 2014 lepas, so kalau CD rosak dan peniaga dah tak jual, saya boleh buka Youtube. :)

Moga bacaan Sheikh ini dapat memberi manfaat kepada ummah secara amnya, in shaa Allah.. amin..

Juz Amma - Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi
Juz Amma - Mishary Rashid Alafasy
Juz Amma - Syeikh Masyari Rashed Al-Afasy

Imam Masjid Nabawi

List of Juz Amma' surahs
78. Surah An-Naba' (Berita Besar)
79. Surah An-Nazi'at (Para malaikat yang mencabut)
80. Surah 'Abasa (Dia Bermasam Muka)
81. Surah At-Takwir (Menggulung)
82. Surah Al-Infitar (Terbelah)
83. Surah Al-Mutaffifin (Orang Yang Curang [Dalam sukatan & Timbangan - Bisnes])
84. Surah Al-Inshiqaq (Terbelah)
85. Surah Al-Burooj / Al-Buruj (Gugusan Bintang)
86. Surah At-Tariq (Yang Datang Di Malam Hari)
87. Surah Al-A'la (Yang Paling Tinggi)
88. Surah Al-Ghaashiyah / Al-Ghashiyah (Hari Pembalasan)
89. Surah Al-Fajr (Fajar)
90. Surah Al-Balad (Negeri / Kota)
91. Surah Ash-Shams / Al-Syams (Matahari)
92. Surah Al-Lail (Malam)
93. Surah Ad-Dhuha (Waktu Dhuha)
94. Surah Ash-Sharh (Kelapangan)
95. Surah At-Tin (Buah Tin)
96. Surah Al-'Alaq (Segumpal Darah)
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
98. Surah Al-Baiyyinah (Bukti Yang Nyata) '
99. Surah Az-Zalzalah (Kegoncangan)
100. Surah Al-Aadiyaat / Al-'Adiyat (Kuda Perang)
101. Surah Al-Qari'ah (Hari Kiamat)
102. Surah At-Takaathur / Al-Takathur (Bermegah-megah)
103. Surah Al-Asr / Al-'Asr (Masa) - Time
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat)
105. Surah Al-Feel / Al-Fil (Gajah)
106. Surah Quraish / Quraisy (Suku Quraisy)
107. Surah Al-Maa'oon / Al-Ma'un (Bantuan)
108. Surah Al-Kauthar (Nikmat Yang Banyak)
109. Surah Al-Kaafiroon / Al-Kafirun (Orang Kafir)
110. Surah An-Nasr (Pertolongan)
111. Surah Al-Masad (Sabut)
112. Surah Al-Ikhlaas / Al-Ikhlas
113. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh)
114. Surah An-Naas / Al-Nas (Manusia)

Senarai surah Juz Amma:

 Surah An-Naba' (Berita Besar)
 Surah An-Nazi'at (Para malaikat yang mencabut)
Surah 'Abasa (Dia Bermasam Muka)
Surah At-Takwir (Menggulung)
Surah Al-Infitar (Terbelah)
Surah Al-Mutaffifin (Orang Yang Curang [Dalam sukatan & Timbangan - Bisnes])
 Surah Al-Inshiqaq (Terbelah)
 Surah Al-Burooj / Al-Buruj (Gugusan Bintang)
 Surah At-Tariq (Yang Datang Di Malam Hari)
Surah Al-A'la (Yang Paling Tinggi)
 Surah Al-Ghaashiyah / Al-Ghashiyah (Hari Pembalasan)
 Surah Al-Fajr (Fajar)
Surah Al-Balad (Negeri / Kota)
 Surah Ash-Shams / Al-Syams (Matahari)
 Surah Al-Lail (Malam)
 Surah Ad-Dhuha (Waktu Dhuha)
Surah Ash-Sharh (Kelapangan)
 Surah At-Tin (Buah Tin)
Surah Al-'Alaq (Segumpal Darah)
Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
 Surah Al-Baiyyinah (Bukti Yang Nyata) '
 Surah Az-Zalzalah (Kegoncangan)
 Surah Al-Aadiyaat / Al-'Adiyat (Kuda Perang)
Surah Al-Qari'ah (Hari Kiamat)
Surah At-Takaathur / Al-Takathur (Bermegah-megah)
Surah Al-Asr / Al-'Asr (Masa) - Time
Surah Al-Humazah (Pengumpat)
Surah Al-Feel / Al-Fil (Gajah)
Surah Quraish / Quraisy (Suku Quraisy)
Surah Al-Maa'oon / Al-Ma'un (Bantuan)
Surah Al-Kauthar (Nikmat Yang Banyak)
Surah Al-Kaafiroon / Al-Kafirun (Orang Kafir)
Surah An-Nasr (Pertolongan)
Surah Al-Masad (Sabut)
Surah Al-Ikhlaas / Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq (Waktu Subuh)
Surah An-Naas / Al-Nas (Manusia)



Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Mkl8vpIeQiM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~: Qasidah Istighfar Lirik // Qasidah Istighfar Lyrics

Assalamua'laikum, setelah usaha saya untuk mencari lirik zikir ini di Internet menemui kegagalan; di mana yang saya jumpa hanya terjemahan Bahasa Melayu, inisiatif telah diambil untuk meminta bantuan dari rakan-rakan dari Mesir dan Malaysia untuk mendengar video di bawah dan memberi liriknya.. Di sini saya ada sertakan lirik dalam Bahasa Arab dalam tulisan Rumi dan Jawi untuk zikir Qasidah Istighfar... Juga saya sertakan sekali maksudnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Moga kita sama-sama boleh memanfaatkan zikir ini, insya-Allah... //

Assalamua'laikum, after lots of failed trials finding the Arabic lyrics over the Internet, I decided to ask help from acquaintances (Egypt & Malaysia) to watch this video and write on the lyrics for this zikr. I provided with this video the Arabic language (with Western writing lyrics) and with Arabic letters of Qasidah Istighfar zikr. I added meaning for this zikr in both Bahasa Malaysia and English. May we can benefit this zikrullah together, insya-Allah...



Bahasa Arab Rumi // Arabic in Western writing

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya (2x)

Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walihaza sirri adu` fi yasari wa a`sari
Ana a`bdun soro faqri inna faqri waddhirori
Inna faqri waddhirori

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walkafani i`lmu robbi
Bil suali wakhtiyari
Ya Ilahi wa maliki
Anta ta`lam kaifa khali (2x)

Astaghfirullah robbal baraya
Astaghfirullah minal khotoya

Bahasa Arab Jawi // Arabic letters


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...