RSS

Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) 2008

skim-tabung-ekonomi-belia-steb-2008

Adalah dimaklumkan ujian saringan Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) telah dimansuhkan. Pemohon tidak perlu mengisi borang pendaftaran STEB. Belia yang berminat untuk memohon pinjaman boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang terdekat untuk mendapatkan borang pinjaman.

Walaubagaimanapun permohonan adalah tetakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sistem permohonan yang baru ini akan berkuatkuasa pada 15 Mei 2008.

Pendahuluan
1.1 Tabung Ekonomi Belia telah bermula pada 1987 – 1996 yang dilaksanakan sendiri oleh KBS telah memberi peluang kepada usahawan belia mendapat pinjaman untuk menjalankan perniagaan. Pada tahun 1997, KBS telah membuat kerjasama pinjaman dengan BSNC. Walaubagaimanapun pinjaman di bekukan semenjak tahun 2002.

Usaha telah dibuat untuk mencairkan semula tabung ini, maka pada tahun 2006, Pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah memberi persetujuan bahawa Skim Tabung Ekonomi Belia ini diteruskan dengan beberapa perubahan pelaksanaan kaedah pemberian pinjaman kepada para belia. (Ruj. Surat : (19 ) UPE.S 25/100/330 bertarikh 19 Januari 2006).

1.2 Pihak EPU menyarankan supaya :
• Kementerian Belia dan Sukan menumpukan perhatian kepada usaha membimbing belia dalam bidang keusahawanan.
• Urusan pemberian dan kelulusan pinjaman diuruskan oleh Institusi Kewangan yang dilantik oleh pihak kementerian.
1.3 Pada 27 April 2006, Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Azalina bt Dato' Othman Said, bekas Menteri Belia dan Sukan di Institut Latihan Keselamatan Sosial, ESSET Bangi, Selangor.
Nama Skim

Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) dibahagikan kepada 2 :-
• Skim Belia Niaga (SBN)
• Skim Belia Tani (SBT)

Tujuan Skim
Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.

Agensi Pelaksana
Institusi Kewangan yang dilantik :
• Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) – Skim Belia Niaga (SBN)
• Agro Bank - Skim Belia Tani (SBT)

Had Pinjaman
Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00

Kategori Pemohon
Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.

Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )
Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.

Kadar Bayaran Perkhidmatan: Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% di atas baki pinjaman

Syarat Pinjaman

Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah seperti berikut :

• Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 - 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)

• Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.

• Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.

• Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.

• Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
• Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Syarat-Syarat Penjamin

  • Pinjaman RM 5000.00 – RM 15,000.00 ; TIADA PENJAMIN

o Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
o Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin ;
o Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
o Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan .
o Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
o Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
o Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

Syarat khas :
o Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
• Had menjamin :
o Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

Permohonan Untuk Mendapat Pinjaman
• Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.
• Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk cop pengesahan.
• Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institusi kewangan yang dilantik.
• Manakala tiga ( 3 ) salinan permohonan diserahkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD). Satu ( 1 ) salinan adalah untuk simpanan pemohon.
• Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) hendaklah memajukan satu ( 1 ) salinan masing – masing kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawangan Pembangunan Ekonomi), manakala satu ( 1 ) salinan untuk simpanan PBSD.
• Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
• Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Soalan-Soalan Lazim
i) Soalan 1
Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?
Jawapan 1
Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.

ii) Soalan 2
Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?
Jawapan 2
Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memyulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.

iii) Soalan 3
Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?
Jawapan 3
Dari RM 5,000 – 50, 000.00

iv) Soalan 4
Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?
Jawapan 4
Ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu

v) Soalan 5
Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?
Jawapan 5
Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.

vi) Soalan 6
Apakah syarat-syarat penjamin ?
Jawapan 6
Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1. Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.

Had menjamin
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.


vii) Soalan 7
Saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?
Jawapan 7
Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.
1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
3. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4. Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5. Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.

viii) Soalan 8
Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?
Jawapan 8
Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.

Download:

Borang Pendaftaran Skim Tabung Ekonomi Belia

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati >http://youthsays.com/badges/9" href="http://youthsays.com/badges/9" class="highlight">laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...