RSS

Kelebihan Ayat-Ayat Surah Yasin


Ayat 1-9 : Doa untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi drpd orang jahat spt orang kafir. Kalau nak lindungi rumah daripada pencuri,baca ayat ni dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ia boleh juga melindungi diri drpd dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur. Caranya : Baca ayat ini,Surah Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi.

Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.

Ayat 13-35 : Ayat-ayat ini mengisahkan tentang orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.

Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan mulut orang. ia juga digunakan jika kita merasakan ada orang menfitnah atau menganiayai kita. Lebih afdal jika selepas kita membacanya,kita semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan. Kita memohon agar dipertemukan dengan Allah dan semoga Allah sentiasa berada di hati.

Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati orang lain. Kita sentiasa perlu saling mengingatkan bahawa segalanya datang drpd Allah dan kita merupakan umat nabi Muhammad SAW.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi yang suka berkebun dan bercucuk tanam. Insya Allah,tanaman akan menjadi subur.

Ayat 36 : ayat ini menerangkan tentang Sunnatullah iaitu setiap makhluk dan kejadian dijadikan secara berpasang-pasangan. ayat ini elok diamalkan bagi orang yang belum berkahwin dan belum mempunyai jodoh. Caranya : baca ayat ini 7 kali dan tiupdi dalam tadadah tangan serta menyebut "Al-Wadud" sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan ke muka.Amalkan setiap pagi.

Ayat 37 : Ayat yang diamalkan untuk menetapkan hati iaitu akidah diri. Doa ini juga boleh menyuburkan semula hati yang kering dengan makanan rohani.

Ayat 38 : Ayat yang mengisahkan bahawa bulan dan matahari juga bersujud kepada Allah SWT

Ayat 39 : Mengusahkan tentang ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan bahawa Allah SWT Maha Esa = satu.

Ayat 41 : mengisahkan tentang Nabi Nuh menaiki kapal. Ayat ini elok dibaca ketika menaiki kenderaan

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Ayat ini dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Ayat yang menceritakan tentang kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

Ayat 49 : Ayat yang menceritakan tentang Hari Akhirat dan kehidupannya.

Ayat 50 : menyatakan bahawa semua orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Ayat yang merupakan salam daripada Allah SWT. Jika kita sakit kepala,baca ayat ini dan sapukan ke atas kepala. Ulang sebanyak 3 kali. Jika sakit anggota, hati tidak tenang,baca sebanyak 7 kali dan gosok pada tempat yang sakit.

Ayat 76 : Dibaca untuk tenteramkan diri apabila difitnah,bila sedih,sebak atau kecewa. Caranya : baca sambil urut dada.

Ayat 78-79 : Ayat yang dikhaskan untuk sakit tulang,urat dan badan. Untuk dijadikan doa,baca dari maksud ayat "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal ia telah hancur?"(Ayat 78 dan 79). Baccalah jika sakit tulang,retak atau patah.

Ayat 82 : Untuk memohon hajat. Baca sebanyak 100 kali pada air dan minum selama 40 hari. ia juga boleh dijadikan penawar.Kita juga boleh melakukan solat Tahajud3 kali berturut2,baca ayat ini pada air 100 kali dan berdoa apa saha yang dihajati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...