RSS

Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan

By Datuk Mohamed Khaled Nordin

Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.Buat permulaan ujar beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...