RSS
Showing posts with label Testimonial. Show all posts
Showing posts with label Testimonial. Show all posts

~ Dominasi Pertamaku // My First Domination ~ Blog Link

Peace be upon you!



This is the link images if you think you'd like to put my blog's banner to your blog or website.
Thank you for linking!

Well, shall you have any suggestion or comment, do represent them to me directly either through Yahoo! Messenger (qixayularax) or via e-mail (qixayularax@yahoo.com). See you again! ;) Wslm.

P/s: If you find that this website should be known by others, feel free to link; Copy & Paste this site's banner to your websites/ blog/ Friendster/ Myspace/ e-mail etc.

BANNER 1

 Copy & Paste “~Dominasi Pertamaku // My First Domination~”
HTML banner code below to your profile or website



//
Salam Neuron Cemerlang untuk semua!


Di sini ada banner image dan link untuk digunakan jika rasanya mahu kaitkan atau linkkan blog inia di blog atau website anda.

Ok. Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau
komen untuk diberi demi kebaikan bersama ke atas
blog ini, jangan segan-segan berhubung secara
langsung dengan Inia di Yahoo! Messenger (qixayularax)
atau melalui e-mel (qixayularax@yahoo.com).

Jumpa Lagi!

Assalamu`alaikum..

P/s: Jika anda mahu website ini diketahui rakan-rakan anda
untuk berkongsi ilmu, anda boleh Copy & Paste HTML
code di bawah ke website/ blog/ Friendster/ Myspace/
e-mel dsb. anda.

BANNER 1

 Copy & Paste “~Dominasi Pertamaku // My First Domination~”
HTML banner code below to your profile or website




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita- Perhiasan Yang Menjadi Dambaan

Assalammualaikum...
Kaifa halukum?

Copy & Paste ~Wanita~ Perhiasan Yang Menjadi Dambaan Testimonial code below to your profile or website



"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati�tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha
Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini.
Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan� maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka�Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah

Copy & Paste ~Tanda-Tanda Taubat Diterima~ Testimonial code below to your profile or website



Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,... tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Memilih Sahabat

Copy & Paste ~10 Tips Pilih Sahabat~ Testimonial code below to your profile or website


Copy & Paste ~Petua Memilih Sahabat~ Testimonial code below to your profile or website



Berkata Hukamak:
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu".
Berkata Ulama?"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu.

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:
Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teknik Mengubat Tekanan

Copy & Paste ~Teknik Mengubat Tekanan~ Testimonial code below to your profile or website



Copy & Paste ~Teknik Mengubat Tekanan (Saidatina Aisyah r.a.)~ Testimonial code below to your profile or website





Terangi hati dengan cahaya iman

Masalah ini berpunca dari hati yang sakit disebabkan paras nafsu yang berlebihan dan kekurangan makanan yang berkhasiat. Makanan yang diperlukan adalah iman kepada Allah, tunduk dan taat kepada-Nya dengan melakukan amal ibadat. Ini menuntut kepada ilmu. Baca buku-buku yang mampu menuntun kepada kayakinan akidah, ibadah dan akhlak yang baik. Kecantikan bukan sekadar paras rupa akan tetapi kesihatan hati dan kecantikan kalbu juga.

Meditasi cara Islam

Carilah tempat yang bersih dan selesa, dengan wangian aroma terapi yang lembuat dan udara yang nyaman dan sejuk serta suasana yang tenang. Lakukan meditasi solat, fokuskan pemikiran dan perasaan pada ketenangan khusyuk solat, mengingati Allah, mengingati akhirat dan jauhkan diri daripada kesibukan dunia buat seketika.

Memilih tabiat yang positif

Hidup di tengah-tengah orang yang beriman, bergaul dengan orang yang saleh

Amalkan sifat redha kepada Allah

Tiga ramuan mewujudkan keredaan dalam hati iaitu pertama istirja? bermaksud mengucapkan lafaz Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Rajiun (sesungguhnya segala sesuatu adalah milik Allah dan kepada-Nya semua akan kembali). Yang kedua, ketika susah hati banyak ingatkan diri kepada nikmat Allah dan bersyukur, lihat kepada orang yang tidak bernasib baik yang diuji lebih berat berbanding diri. Jika Allah mengambil sedikit harta, ingatlah akan harta yang masih banyak dari kurniaan lain yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Yang ketiga, jangan menyerah kepada nasib, reda bermaksud wajib ikhtiar. Seandainya musibah menimpa, cepatlah bangkit ubati segala kesakitan dengan keberanian dan minta pertolongan Allah s.w.t.

Seorang wanita yang tertekan mengadu kepada isteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Aisyah RA. Katanya, ?Wahai Aisyah, hatiku keras dan jiwaku gelisah, apakah ubatnya?? Aisyah berkata: ?Banyakkanlah mengingat mati, sesungguhnya ia ubat bagi kerasnya hati.?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Inia's Malay Muslim Birthday Testimonial

Peace be upon you LIGHTs!

Well, people celebrated birthdays everyday... Generally, it is good in wishing a person a good wish as what we say can be considered as a prayer and blessings. In Islam, it is good to remind each other about being a Muslim. I mean, though that it is not encouraged in the religious (a friend of mine really stressed and bold this issue to me - that celebrating and wishing a person's birthday is not a Muslim practice), it is not wrong to wish our lovely friend upon the prayers citation upon a person's birthday. Here, I have made a Birthday testimonial to be shared with all of my LIGHTs! ;)

Feel free to wish your friend a Happy Birthday (in Malay, I will make the English version later on ;) ) throughout your Friendster or Myspace or related to the community website. Happy belated Birthday and Happy Birthday to all of you! (and me too of course! ;) )

Copy & Paste “Doa Hari Lahir Untuk Kamu” Testimonial code below to your profile or website



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...