RSS

Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017

*Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017*

Klik Untuk Meneruskan Pembukaan Akaun SSPNI-Plus
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000002295

*Soalan 1 :*
*Siapa yang layak menerima insentif RM50 dalam bentuk akaun SSPN-i / SSPN-i Plus ?*

Jawapan :
Semua murid yang mendaftar tahun 1 di sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017. Ibu bapa/penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia. Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

*Soalan 2 :*
*Apa yang perlu dilakukan untuk melayakkan insentif ini?*

Jawapan :
Ibu bapa/ penjaga perlu membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Insentif ini akan diberikan apabila jumlah deposit mencecah RM50.

*Soalan 3 :*
*Adakah ibu bapa / penjaga yang mempunyai lebih dari seorang anak yang mendaftar Tahun 1 pada Januari 2017 layak menerima insentif tersebut?*

Jawapan :
Layak.

*Soalan 4 :*
*Sekiranya murid terlibat sudah mempunyai akaun SSPN-i / SSPN-i Plus, adakah akaun baharu perlu dibuka semula?*

Jawapan :
Tidak perlu. Walau bagaimanapun ibu bapa/penjaga perlu membuat penambahan deposit sekurang-kurangnya RM50 dalam tahun 2017 bagi memperolehi insentif ini.

*Soalan 5 :*
*Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk mendapatkan insentif ini?*

Jawapan :
Tidak perlu.

*Soalan 6 :*
*Bilakah insentif ini dimasukkan ke dalam akaun?*

Jawapan :
Insentif geran sepadan RM50 ini akan diberikan sekali sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM50.

*Soalan 7 :*
*Bagaimanakah cara untuk membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus?*

Jawapan :
Akaun SSPN-i boleh dibuka di ejen bank yang dilantik iaitu Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agro Bank dan RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN yang terdekat. Manakala akaun SSPN-i plus boleh dibuka melalui Eksekutif Pemasaran Online (EPO) atau secara online dengan melayari laman web PTPTN https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000002295 tertakluk kepada syarat pembukaan akaun SSPN-i Plus.

*Soalan 8 :*
*Sekiranya memilih untuk membuka akaun SSPN-i Plus, mengapa borang permohonan potongan gaji perlu diisi?*

Jawapan :
Borang potongan gaji perlu diisi kerana SSPN-i plus merupakan simpanan yang memerlukan komitmen bulanan. Ianya bagi memudahkan penambahan deposit dilakukan secara automatik bagi bulan-bulan berikutnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING

JIKA KAU RASA....

Jika kita rasa dikhianati oleh saudara kandung, ingatilah bagaimana kisah Nabi Yusuf A.S yang dikhianati oleh abang-abangnya sehingga dicampak kedalam perigi.

Jika kita rasa orang tua menentang dalam soal agama, ingatilah kisah Nabi Ibrahim A.S yang dibakar hidup-hidup oleh  bapanya sendiri.

Jika kita rasa diejek-ejek oleh saudara mara, ingatilah kisah Nabi Muhammad S.A.W yang sering diejek oleh saudara maranya sendiri.

Jika kita rasa masalah hidup terlalu berat menghimpit jiwa, ingatilah kisah Nabi Yunus A.S yang terperangkap dalam perut ikan nun, gelap gelita tanpa cahaya termangu seorang diri.

Jika kita rasa penyakit yang kita hidapi begitu berat dan seolah-olah tiada penawar, ingatilah kisah Nabi Ayub A.S yang sakitnya begitu berat tanpa ada penawar melainkan dari Allah.

Jika kita rasa hina dan rendah diri kerana fizikal, ingatilah kisah Nabi Musa A.S dimana beliau tak boleh bercakap dengan sempurna.

Jika kita difitnah dengan pelbagai tohmahan yang keji dan hina, ingatilah kisah Aishah R.A yang difitnah sehingga seluruh kota memperkatakan tentangnya.

Jika kita rasa sunyi hidup keseorangan, ingatilah kisah Nabi Adam A.S yang bersendirian ketika diutus ke muka bumi.

Jika kita tak dapat melihat logik atas apa yang berlaku dan hati memberontak tertanya-tanya kenapa berlaku sedemikian, ingatilah kisah Nabi Nuh A.S yang diminta membina kapal/bahtera tanpa banyak tanya dan soal oleh Tuhannya.

SubhanAllah... Allahhu Akbar...

ALLAH menguji pesonaliti hebat dan para Nabi agar suatu hari nanti jika ada diantara kita diuji sebegini, janganlah bertanya "WHY ME?"

Ingatlah kepada kisah-kisah insan terdahulu yang hebat diuji, agar ianya menjadi pesanan sanubari setiap jiwa dan hati.

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIP NAK BERJAYA UNTUK USAHAWAN OLEH JUTAWAN MALAYSIA

TIP NAK BERJAYA UNTUK USAHAWAN OLEH JUTAWAN MALAYSIA 😊

1.Jangan buat bisnes,anda tak tahu tentangnya.

2.Nak bisnes,kena ada black n white.

3.Panggil pekerja,staf kita dengan ayat "TEAM"
T-Together
E-Everyone
A-Achieve
M-More

4.Tips Abjad A-J untuk orang bisnes berjaya

A-Attitude
-nak berjaya,attitude mesti berfikiran positif
-jutawan ini pernah pergi seminar bisnes nama BNI-Business Network International yg dihadiri puluhan/ratusan(jika x silap) ribu usahawan dari luarnegara,
jam 6.30 pagi sharp dah kena ada masa seminar BNI.
.
.
B-Ada tiga abjad "B" yg utama:
i)Believe-percaya dengan bisnes boleh buat kita berjaya,jutawan ni rekomen tengok cerita shark tank
ii)Brave-berani amik risiko jadi usahawan secara fulltime
iii)Big Why -kata jutawan ini,kebanyakan usahawan yag dah berjaya mesti ada big why.Biasanya big why mereka kerana parent,family,children,dan wife.
.
.
C-Commitment
boot strap-usahawan peringkat baru,mesti ikat penuh 100% commitment,bersusah2 dahulu maksudnya,bersenang2 kemudian.
.
.
D-Discipline
.
E-Enthusiasm(semangat)
-kita sebagai entrepreneur atau majikan sekalipun,kitalah yang paling mesti semangat,kalau tak,konfirm pekerja kita pun tak semangat.
-cara senang,buat affirmation,affirmation ni,dlm seminar IMKK oleh Azizan Osman dipanggil declaration,contoh senang,kita bangun dari tidur,
terus katakan pada diri sendiri dengan semangat "KAU MEMANG BOLEH !"
.
.
F-Fokus
-dalam bisnes,mesti fokus 1 bisnes dulu.
contohnya apabila helang nak cari mangsa iaitu ikan,ia akan fokus pada 1 ikan yang nak ditangkap walaupun ada banyak ikan di suatu kawasan,
kalau helang tak fokus tengok semua ikan,peninglah helang tu nak tangkap ikan last2 gagal hehe.
.
.
G-Goal
-apabila dah fokus,mesti ada matlamat sekali.apa matlamat yg ingind dicapai?
-matlamat msti ada matlamat jangka pendek,sederhana dan panjang.
.
.
H-Honesty(kejujuran)
-ultimate goal buat bisnes mesti jujur dan amanah
-jangan menipu testimoni produk/servis apabila buat bisnes
.
.
I-Ikhlas
-bantu orang tanpa mengharap,jangan mengungkit dan bantu untuk dapatkan suatu ganjaran maksudnya.
.
J-Just Do It
-seminar junkies-lompat-lompat seminar
-buat sahaja apabila sudah ada ilmu,jangan lompat-lompat seminar,ambil tindakan.

KREDIT:Tn. Hj.Imran Hadi(speaker jemputan seminar funnelevo.com 15APRIL 2017)
*diambil dari whatsapp group saye= sbg nota peribadi gak sambil sharing - Inia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan MALU jika anak ada masalah pembelajaran

Perkongsian bersama utk semua....

Jangan MALU jika anak ada masalah pembelajaran.

Aku guru tahun 1. Menjadi guru tahun 1 dah masuk 12 tahun pun. Maka banyak kisah yang aku lalui bersama budak-budak. Antaranya bersama murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Murid yang sangat perlahan dan 'slow' dalam belajar. Susah ingat sesuatu nombor dan perkataan. Tidak boleh mengikuti pelajaran seperti rakan mereka yang lain. Maka pernah aku syorkan pada ibubapa mereka supaya bawa murid ini jalani ujian doktor untuk pengesahan. Jika disahkan mereka ada masalah pembelajaran, aku minta ibubapa pindahkan anak mereka ke kelas pendidikan khas.
Di sini bermula masalah. Ibubapa pantang betul mendengar KELAS PENDIDIKAN KHAS. Respon mereka biasanya berbunyi,
" Cikgu. Anak saya normal. Bukan cacat. Bukan syndrome down!"

Keras memarahi kami para guru. Tidak mahu mengakui, kerana mereka malu. Malu anak mereka berada di kelas pendidilam khas. Kononnya hanya untuk murid cacat.

Ibubapa.
Kau dengar sini aku nak cakap sikit. Kau buang persepsi lapok dan mitos itu. Kelas pendidikan khas bukan hanya untuk murid cacat. Ingat tu!

Ibubapa.
Kau dengar sini. Jangan sesekali malu untuk bawa anak buat pemeriksaan doktor jika mereka amat 'slow' dalam pelajaran. JANGAN MALU.

Ibubapa.
Kau dengar sini. Kelas pendidikan khas ini, diperuntukkan seorang guru untuk ajar 7 orang.  Satu nisbah tujuh tahu tak? Apa maknanya?

Maknanya anak kau diberi perhatian lebih. Sedangkan aliran perdana biasa guru terpaksa ajar sekelas hingga 40 orang. Mana mungkin guru mampu nak tumpu perhatian pada anak kau seorang.

Guru perlu mengajar secara kelas, bukan secara individu. Itu aliran perdana. Kalau kelas pendidikan khas, tumpuan individu dapat cikgu mereka bagi. Anak kau cepat faham dan pandai.

Bila mereka dah laju, guru pendidikan khas akan masukkan mereka ke kelas aliran perdana semua. Kan bagus tu.

Malah ada murid inklusif (murid asal dari kelas pendidikan khas dan diterap ke aliran perdana) mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Lebih cemerlang dari rakan mereka yang tidak pernah masuk kelas pendidikan khas. Padahal mereka asalnya murid bermasalah pembelajaran.

Dahulu pernah aku minta seorang ibu membawa anak untuk pemeriksaan doktor. Aku kesan anak dia ada masalah pembelajaran. Tapi si ibu menafikan. Dia berkeras hendak masukkan anaknya kat aliran perdana.

Berkali-kali dipujuk, tidak diendah. Makanya anaknya tertinggal. Jauh tertinggal dibelakang berbanding rakan yang lain. Masuk darjah 3, abjad A,B,C pun masih tertukar lagi.

Akhirnya dia akur. Itu pun sangat terlewat bagi aku. Anak dia dimasukkan ke kelas pendidikan khas pada tahun 4. Sayang sungguh.

Ada murid masalah pembelajaran yang dimasukkan ke kelas pendidikan khas sejak tahun 1. Tahun 3 guru pendidikan khas hantar dia ke aliran perdana. Murid itu dah laju, murid itu dah boleh mengikuti pembelajaran bersama rakan mereka yang lain. Alangkah bagusnya tindakan ibubapa murid itu.

Hak murid itu tidak dinafi. Malah, anak dia mendapat tumpuan lebih. Dapat juga pelajari pelbagai kemahiran. Ada kurikulum khas yang digubal untuk murid bermasalah pembelajaran.

Janganlah risau. Yang penting, janganlah MALU anak belajar di kelas pendidikan khas.

Jika dapati anak kita sangat slow dalam belajar, cubalah kau 'google' ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran. Aku nak tulis kat sini pun panjang sangat. Kau cari la sendiri.

Kalau banyak ciri-ciri itu ada pada anak kita, bawalah jumpa doktor untuk dapatkan surat pengesahan. Seterusnya masukkan mereka ke kelas pendidikan khas dengan gembira.

Ya, bergembiralah kalian kerana anak kalian mendapat tumpuan istimewa dari guru yang terlatih. Seorang guru hanya untuk 7 murid. Istimewa sungguh tu.

Ubah persepsi, pedulikan kata orang. Asalkan anak kita mendapat yang terbaik!

=============

* Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli, penulis buku bestseller, 'Cikgu Kelas Sebelah'.

#MFS
* Jangan kerana malu, anak kita buntu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
_Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kempen #shoppingraya2017 ProjekIqra.com

Mohon viralkan :

Kempen #shoppingraya2017

Program dirancang utk dilaksanakan seawal minggu kedua bulan Ramadhan tahun ini (+/- 60 hari lebih lagi untuk itu)

Penerima manfaat : 290 anak anak yatim, asnaf dan 120 keluarga asnaf

* (210 pelajar kelas rakyat termasuk dalam senarai penerima manfaat)

Tajaan /sumbangan : apa jua jumlah sumbangan dialu alukan

Baca / taja disini : http://bitly.com/shoppingraya2017

Alternatif utk tajaan boleh disalurkan ke :-

DIRECT TRANSFER ke : -

MAYBANK : 564810504003

CIMB : 8602657454

B.ISLAM : 12122010012852

Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia

Email : info@projekiqra.com

untuk maklumat lanjut, hubungi kami :-

1. Solleh - 017 670 2033

2. Sharifah - 017 274 8904

3. Suhaimi - 019 217 5597

===============================

NOTA PENTING:-

Bagi tujuan pengeluaran resit / audit / mohon sertakan maklumat seperti :-

a. Nama penuh :

b. Alamat surat menyurat :

c. No HP :

d. email .

dan emailkan ke suhaimi@projekiqra.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK [DDMM] MEGA 2017

DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK [DDMM] MEGA!! JULUNG-JULUNG KALI MENEMUI ANDA!!! 😘

Perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dakwah daripada penceramah yang berpengalaman..

👤Kamaruddin Abdullah (Islamic Propagation Society International - IPSI)
👤Nicholas Sylvester (Hidayah Centre Foundation - HCF)
👤Lim Jooi Soon (Interactive Dakwah Training - IDT)
👤Firdaus Wong Wai Hung (Multiracial Reverted Muslim - MRM)
👤Muhammad Fitri Abdullah (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia - PERKIM)

Antara kupasan menarik...
⏳ Dakwah: Kewajipan atau Pilihan?
💻 Memahami Kepelbagaian Bangsa dan Budaya di Malaysia
📗 Bukti-bukti Kebenaran Al-Quran
😇 Salah Tanggapan Tentang Islam
📚 Dan pelbagai lagi ilmu yang amat berguna..

🏢 Tempat: Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
🗓 Tarikh : 22 April 2017 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Yuran:
💵 RM70.00 (bekerja), early bird RM50.00 (daftar sebelum 31 Mac 2017)
💵 RM50.00 (pelajar), early bird RM30.00 (daftar sebelum 31 Mac 2017)

Daftar segera di:
https://islamicevents.my/event/DDMMMega

Sebarang pertanyaan, hubungi
☎ Reza (03-41089669 / 01113230651)
☎ Wan Muhammad (0126615745)
📩 ddmm.mega@gmail.com

Dibawakan khas untuk anda oleh Hidayah Centre Foundation dan Quranic Youth Club (QYC) UIAM

"Come & join us sharing islam with the world"
======
BERITA TERKINI - Shah Kirit Kakulal Govindji dan Prof. Dr. Harlina Halizah Siraj akan turut serta dalam DDMM Mega 2017!!!

Turut membariskan penceramah hebat yang lain. *22 April 2017*.
👉🏻 Daftar di https://islamicevents.my/event/DDMMMega

Ayuh jangan terlambat. Daftar berkumpulan untuk mendapatkan pemotongan yuran spt berikut :

👩‍🎓👨🏼‍🎓 *Pelajar*
RM30 x 10 org = RM300
RM35 x 5 org = RM175
RM50 x 1 org = RM50

👩‍💻👨🏽‍💻 *Bekerja*
RM50 x 10 org = RM500
RM55 x 5 orang = RM275
RM70 x 1 org = RM70

🤷🏻‍♂Sebarang Pertanyaan :

🙋🏻‍♂Reza 0111-3230651@ 03-41089669

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa berkat usia, iman, amalan, kebaikan dan rezki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم*
"Ya Allah..Ampunilah kami,
berkatkanlah usia kami,
berilah kesihatan bagi tubuh kami,
agar kami tingkatkan amal ibadah kami,
curahkanlah cahaya dihati kami, tetapkanlah iman kami,
betulkan (baikkanlah) amal kami,
bukalah pintu² rezeki
dan cukupkanlah rezeki kami,
dekatkanlah segala kebaikan kpd kami,
jauhkanlah segala kejahatan drp kami,
permudahkanlah segala urusan kami didunia dan akhirat..."
آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PESTA KERJAYA 2017 (CP17)*Universiti Malaya*

*PESTA KERJAYA 2017 (CP17)*
*Universiti Malaya*

🗒 Tarikh: 12-13 April 2017
🏢 Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
⏰ Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

SENARAI MAJIKAN/SYARIKAT SERTAI SEPERTI BERIKUT:

1. Tenaga Nasional Berhad
2. Robert Bosch Sdn Bhd
3. Hong Leong Manufacturing Group
4. Gamuda Berhad
5. Nippon Paint (M) Sdn Bhd
6. Huawei Technologies (M) Sdn Bhd
7. Top Glove Sdn Bhd
8. Public Bank
9. ON Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
10. Telekom Malaysia Berhad
11. Daikin Malaysia Sdn Bhd
12. UEM Group Berhad
13. IPSOS Sdn Bhd
14. Micron Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
15. Juris Technologies Sdn Bhd
16. TFM Foundation
17. Hartalega Sdn Bhd
18. Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd
19. Pricewaterhousecoopers Associates Sdn Bhd
20. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
21. Kossan Rubber Industries Bhd
22. Prudential Assurance (M) Bhd
23. Coca Cola Bottlers Malaysia
24. ICAEW Malaysia Limited
25. Capital Dynamics Sdn Bhd
26. Ramco Systems Sdn Bhd
27. Materialise Sdn Bhd
28. Pembinaan Mitrajaya Berhad
29. Public Mutual Berhad
30. OSK Holdings Berhad
31. Kuala Lumpur Kepong Berhad
32. Toyota Tsusho (Malaysia) Sdn Bhd
33. CP Ardent Advisory Sdn Bhd
34. CIMB Bank Berhad
35. Citibank Berhad
36. Honda Malaysia Sdn Bhd
37. Cheng & Co
38. Berjaya Corporation Berhad
39. R.E.A.L Education Group Sdn Bhd
40. Panasonic Group Malaysia Sdn. Bhd.
41. Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd
42. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
43. Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd
44. Amkor Technology Malaysia Sdn Bhd
45. Plexus Manufacturing Sdn Bhd
46. JobsMalaysia
47. SWM Environment Sdn Bhd
48. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd
49. Schlumberger
50. Astro Group Services Sdn Bhd
51. Malayan Flour Mills Berhad
52. Pharmaniaga Berhad
53. Malaysian Resources Corporation Berhad
54. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
55. Graduan
56. GTI

Kepada mahasiswa/i atau alumni yang ingin mencari peluang pekerjaan bolehlah hadir dan bawa resume anda bersama.

Sekian terima kasih.
====================
👆War2kan kpd semua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KATA-KATA SYEIKH TANTAWI

*KATA-KATA SYEIKH TANTAWI*

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik utk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana *cinta manusia sangat tidak adil.* Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. Ia berbeza dgn *cinta Allah,* 99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yg 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah *cinta Ilahi*, pasti kita akan jumpa *cinta yg hakiki"* 

*Allahu Akbar!!!*💪

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik dari buku "The Last Lecture" (2007, Ahmad Zamri)

Salam.. saya mendapat perkongsian ilmu melalui WhatsAppbdan rasa bagus berkongsi sesama pembaca blog sekalian :) Moga bermanfaat amin..

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Common Presentation Mistakes Avoiding Common Pitfalls in Your Presentations

10 Common Presentation Mistakes

Avoiding Common Pitfalls in Your Presentations

Source of article: MindTools.com
fly being trapped by venus flytrap
© iStockphoto
Silberkorn
Most of us have experienced dull, irrelevant, or confusing presentations. But think back to the last really great presentation you saw – one that was informative, motivating, and inspiring. Wouldn't you love to be able to present like that?
This article looks at 10 of the most common mistakes that speakers make when giving presentations. By avoiding these, you'll make your presentations stand out – for all of the right reasons, and none of the wrong ones.

Mistake 1: Not Preparing Enough

Steve Jobs was a famously inspiring speaker. His speeches may have looked effortless, but, in reality, each one took days or weeks of preparation.
Careful preparation is essential. The amount of time you spend on planning depends on your situation, but it's a good idea to start early – you can never be too well-prepared.
Proper preparation also helps you manage presentation nerves . When you know your material inside and out, you're far less likely to feel nervous. Our presentation planning checklist  and Bite-Sized Training session on "Giving Better Presentations" can help you plan your next event properly.

Mistake 2: Not Familiarizing Yourself With the Venue and Equipment

Imagine that your presentation starts in an hour. You arrive at the venue and, to your horror, the projector won't work with your laptop. The slides you spent hours preparing are useless. This is a disaster!
You can avoid a situation like this by taking time to familiarize yourself with the venue and available equipment at least once before your presentation.
Often, the sort of problems that can jeopardize your presentation will be situations beyond your control, but this doesn't mean that you are helpless. Conduct a risk analysis  to identify potential issues, and come up with a good "Plan B"  for each one.

Mistake 3: Ignoring Your Audience

Sometimes, speakers can get so wrapped up in delivering their presentations that they forget about the needs of their audience.
Start your presentation by telling your audience what to expect. Let them know what you will cover first, whether and when you'll stop for a break, if you'll be taking questions during the presentation, and so on.
Providing these "signposts" up front will give your audience a clear idea of what to expect, so that they can relax and concentrate on your presentation.

Mistake 4: Using Inappropriate Content

The primary purpose of any presentation is to share information with others, so it's important to consider the level you will pitch it at.
Do some research on your audience. Why are they here? How much do they already know about your topic, and what do they most want to learn from you? It's no use giving a presentation that is so full of jargon  that no one understands you. But you wouldn't want to patronize people, either.
Try to put yourself in people's shoes, to get a clearer idea about their needs and motivations. You can also greet individuals as they arrive on the day, and askquestions  to get a feel for their level of knowledge. This will also help you to personalize your presentation and make a connection with each person in your audience, so that they'll be more attentive to what you say.

Mistake 5: Being Too Verbose

Short, concise presentations are often more powerful than verbose ones. Try to limit yourself to a few main points. If you take too long getting to your point, you risk losing your audience's attention.
The average adult has a 15- to 20-minute attention span, so, if you want to keep your audience engaged, stick to the point! During the planning phase, make a note of the themes you want to cover and how you want to get them across. Then, when you start filling out the details, ask yourself: "Does my audience really need to know this?"
Our articles on the 7 Cs of Communication  and Communications Planning  have more tips for communicating in a clear, concise way.

Mistake 6: Using Ineffective Visuals

Poor slides can spoil a good presentation, so it's worth spending time getting yours right.
We've all seen slides with garish colors, unnecessary animation, or fonts that are too small to read. The most effective presentation visuals  aren't flashy – they're concise and consistent.
When choosing colors, think about where the presentation will take place. A dark background with light or white text works best in dark rooms, while a white background with dark text is easier to see in a brightly lit room.
Choose your pictures carefully, too. High-quality graphics can clarify complex information and lift an otherwise plain screen, but low quality images can make your presentation appear unprofessional. Unless an image is contributing something, embrace the negative space – less clutter means greater understanding. Use animation sparingly, too – a dancing logo or emoticon will only distract your audience.

Mistake 7: Overcrowding Text

The best rule of thumb for text is to keep it simple . Don't try to cram too much information into your slides. Aim for a maximum of three to four words within each bullet point, and no more than three bullets per slide.
This doesn't mean that you should spread your content over dozens of slides. Limit yourself to 10 slides or fewer for a 30-minute presentation. Look at each slide, story, or graph carefully. Ask yourself what it adds to the presentation, and remove it if it isn't important.

Mistake 8: Speaking Incoherently

Even though we spend a significant part of the day talking to one another, speaking to an audience is a surprisingly difficult skill, and it's one that we need to practice.
If nerves make you rush through a presentation, your audience could miss your most important points. Use centering  or deep breathing  techniques to suppress the urge to rush. If you do begin to babble, take a moment to collect yourself. Breathe deeply, and enunciate each word clearly, while you focus on speaking more slowly.
Our article on better public speaking  has strategies and tips that you can use to become a more engaging speaker. One useful technique is storytelling  – stories can be powerful tools for inspiring and engaging others. Our Expert Interviews withAnnette Simmons and Paul Smith have tips that you can use to tell great stories.

Finding This Article Useful?

You can learn another 138 communication skills, like this, by joining the Mind Tools Club.
Join the Mind Tools Club Today!

Mistake 9: Showing a Lack of Dynamism

Another common mistake is to freeze in one spot for the duration of your presentation.
Some presenters feel most comfortable behind the podium. Try to emulate great speakers like Steve Jobs, who moved purposefully around the stage during his presentations.
As well as working the stage, he used gestures and body language  to communicate his excitement and passion for his subject. Pay attention to what your hands are doing – they're important for communicating emotion. But only use gestures if they feel natural, and avoid being too flamboyant with your arms, unless you want to make your audience laugh!
See our Expert Interview, "Winning Body Language," to learn more about body language and what it says to your audience.

Mistake 10: Avoiding Eye Contact

Have you ever been to a presentation where the speaker spent all of his time looking at his notes, the screen, the floor, or even at the ceiling? How did this make you feel?
Meeting a person's gaze establishes a personal connection, and even a quick glance can keep people engaged. If your audience is small enough, try to make eye contact with each individual at least once.
If the audience is too large for this, try looking at people's foreheads. The individual may not interpret it as eye contact, but those sitting around them will.

Key Points

It takes practice and effort to deliver a good presentation. But, if you know how to avoid the pitfalls, your presentations will be great.
Common presentation mistakes include not preparing properly, delivering inappropriate content, and speaking poorly.
Time spent on careful planning always pays dividends. Check the venue out, and familiarize yourself with equipment in advance to avoid possible problems.
Keep your content clear and concise, with visual aids to match. And make sure that you pitch it at the right level for your audience's understanding, so that your presentation doesn't patronize or bewilder.
Remember, public speaking is a performance. Practice speaking clearly with a slower pace than your normal speech to avoid "rapid-fire" delivery. Use eye contact, body language, and gestures that complement your message to keep your audience engaged.
Next time you speak, avoid the mistakes outlined in this article – you'll find you can present with confidence and a clear sense of purpose.
This site teaches you the skills you need for a happy and successful career; and this is just one of many tools and resources that you'll find here at Mind Tools. Subscribe to our free newsletter, or join the Mind Tools Club and really supercharge your career!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 Basic Grammar Rules

Hello :) Throughout my teaching of English as a Second Language tutor/teacher since 2009, I found out that this '7 Basic Grammar Rules' somehow beneficial to students regardless of levels: be it for UPSR, PT3 and even SPM/post-SPM. All thanks to a lecturer during my college year who taught us this seven basic grammar rules. Of course I couldn't remember exactly how the notes my lecturer gave that time looked like 100% and I innovate the contents a little ;) - based on my memory, I hope that this 'tips' would be somehow helpful to my students.

In my private and group lessons to low to high intermediate proficiency English as a Second Language (ESL) students, I found out that this funnel approach of teaching from general to specific lesson could reinforce and strengthen:

a) Basic understanding of writing and sentence structure.
b) UPSR: basic writing and grammar (for Paper 1 & 2).
c)PT3: Error Identification section, writing and English Oral Examination.
d) SPM/post-SPM level: Rational Cloze, writing and English Oral Examination.

In my tutorings, I prefer to teach the students this  '7 Basic Grammar Rules' during first few classes and repeatedly teaching it again during the whole tutoring lessons with the aim to build up strong grasps of basic English - apart from customised lesson organisations catering for individual students' need.

Kindly refer to the picture and explanations below for basic understanding. (click the picture for bigger viewing) 

SVA = Subject-Verb Agreement.

In one complete sentence, there are at least one subject and one verb.
Example: Sara[subject] smiles[verb].

Rule 1: Singular Subject takes Singular Verb.


Example: Ali[Singular subject] likes[Singular verb] to play hockey.

Rule 2: Plural Subjects take Plural Verb.


Example: Ali and Raju[Plural subjects] like[Plural verb] to play hockey.

Rule 3: 'to' must be followed by Base Form.


Example: Datuk Lee Chong Wei loves to play[Base Form] badminton.

Rule 4: Modal Auxiliaries must be followed by Base Form.


Example: "Please teacher, may I go to the toilet?" asked Leeya.

Rule 5: 'do/does/did' must be followed by Base Form.

Example: Did you know that the 3 most common languages in the world are Mandarin Chinese, Spanish and English?

Rule 6: 'is/am/are/was/were/has/have/had' must be followed by Past Participle.


Example: "Have you taken your dinner, Alan?" asked Mrs. Smith to her son.

Rule 7: 'be/being/been' must be followed by Past Participle.


Example: Justin is being followed by a lamb.

This note is for future revision/reference of students/ me too. Hope this simple note is beneficial to this blog's readers as well.

For further enquiries on private/group English tutoring/tuition/workshop from me, Teacher Nurul/Miss Inia (Putrajaya/Kajang/Puchong/KL/Cyberjaya), kindly contact (WhatsApp preferred) +6019-392 6587 or e-mail inia.lurun@gmail.com . English tuition UPSR / PT3 / SPM / post-SPM (pre-university/adults). Tuition Putrajaya . English Tuition . English Tuition KL . English Tuition Kajang . English Tuition Cyberjaya.

My humble education background:


  • [2016] Bachelor of Education of Teaching English as a Second Language (B.Ed. (Hons) TESL, UM): University of Malaya, Kuala Lumpur.
  • [2008] Diploma in English Communication (major in Business Communication): Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang.
  • [2007] MUET Band 5.
  • [2009] A Graduate of a professional course (BTEC Level 3) from an academy certified by Edexcel, London.
  • An enthusiastic person with the subjects of the English language, entrepreneurship, fun & education.
  • {UPSR 1999: 4A {PMR 2002: 7A {SPM 2004:3A (BM, Math, Pendidikan Islam – Science Stream).

" When you have knowledge, it would be wonderful to teach others. At the same time, both student and the teacher learn and know more and more about the knowledge. Learning is a lifelong process indeed."

Tuisyen Putrajaya

​Tuisyen English

​English Tuition

Putrajaya Tuition

Putrajaya Home Tutoring

​UPSR, PT3, SPM tuition Putrajaya KL Kajang



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beza antara Suka, Sayang dan Cinta

Assalamualaikum para pembaca blog ini, agak lama tidak saya update apa-apa ya? Hehe..
Ok, entri kalini saya mahu berkongsi tentang satu falsafah tentang cinta. Saya dapat 'screenshot' daripada seorang kenalan daripada buku 'Kerna Syurga Bukan Percuma' oleh penulis 'Najmi Fetih' (maaf kerana saya tidak pasti penerbit buku tersebut ya).
Mungkin ada antara pembaca sekalian yang pernah mengalami perasaan jatuh cinta kepada seseorang, malah mungkin juga pernah mengalami perasaan putus cinta.. Harap dapat memberi manfaat kepada anda ya. :)
Apakah perbezaan Suka, Sayang dan Cinta? (Sila lihat gambar. Klik gambar di bawah untuk bacaan yang lebih jelas).
Moga kita berjumpa lagi di entri yang lain, in shaa Allah..

Assalamualaikum.

Cik Inia.
Putrajaya, Mac 2017.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...