RSS

Getting rich the right way

Are you always looking for “how to become rich” programmes? Some of those programmes may be worth attending to gain a few pointers. But whether your income improves or not depends on your ability to manage your income.

Here are some ideas that you can follow:

  • Set financial goals

Setting goals is the key to financial success. If you know where you want to be financially and the time frame to get there, you are able to set out a road map to get there.

One key tool is a personal budget to reach those goals. The budget should be reviewed annually; furthermore, in applying the budget to your monthly expenditure and income, you should compare your with your actual figures and adjust to meet realistic circumstances.

  • Keep track of your personal finances

You can only set goals if you are keeping track of your financial records. You’ll soon realise that your personal budget tends to follow your persoanl pattern.

  • Minimise or pay off your debts

This should not come as a surprise to anyone. Clearing your liabilities is critical to achieving a better income. There is no point saving cash monthly when you could be incurring bigger monthly costs just paying off your debts.

Mismanagement of your credit cards can be hazardous to your financial health. The two most important aspects of utilising credit cards are: firstly, to use them only as convenience, and not the source of financing; and secondly, to pay off outstanding balances fully and on time so as not to incur additional costs. If your balances are too high to pay them off, reduce the balance each month instead of depositing cash into your savings account. Revolving high credit card balances monthly can cost you hundreds of ringgit each year.

  • Let your money work for you

A good investment with consistent returns is indeed an income-generating source. To have a good investment portfolio, it is important to diversify your assets – a mix of stocks, bonds, properties, etc so that your portfolio is balanced in term of risk and opportunity. Seek professional help if you are unsure.

Furthermore, there is an added advantage if you apply “ringgit cost averaging”, that is , investing monthly at a constant rate. In the long run, you would have gained more with this method.

  • Pay yourself first

Every month, before you pay off your bills, put aside at least 15 per cent of your income into savings where it can earn by itself, such as unit trust account and savings/ deposit account. If you already have EPF contributions from your employment, this 15 per cent should be an additional effort of your own. Start a savings programme early as you can and reap the compound benefits of cumulative savings.

  • Protect your assets

Use life insurance to protect various stages of your life and the financial well being of your family if something should happen to you. Insurance is alsoa form of investment.

  • Buying a home vs paying mortage

If you are renting your current home, it may be the right time to consider buying your own property. The monthly rent that you pay is an expense, whereas pying a monthly mortgage is investing in an asset with increasing value.

  • Spend within your means and budget

This tip is a no-brainer. Forget about keeping up with the Jones. Live within your means and invest any remaining unutilised balance.

  • Be a smart shopper

You must be a smart shopper. You must have the budget, a shopping list and stick to your budget. Look for sales and off season bargains. Buyin bulk items that your household uses a lot.

This sound like a clichรฉ but time really is money. We all have 24-hour daily slots to earn income, spend a living, make extra income and/ or spend excessively. Invest early to ensure growth of your assets and protect them with insurance.

If time is used well you can reap the lifelong dividends of your income.

# Agensi Kaunselling Dan Pengurusan Kredit is an agency set up by Bank Negara Malaysia to provide financial education, credit counselling and debt restructuring services to individuals. All services offered by AKPK are free of charge. For further information, visit http://www.akpk.org.my or call the toll free number 1-800-8-2575.

AKPK is established to proactively ensure that the household sector continues to be resilient by providing an avenue for individual borrowers and potential borrowers to seek advice and assistance in managing their finances and debts while at the same time promoting a sound and robust banking system. AKPK’s mission is to Make Prudent Financial Management a Way of Life for all Malaysians. Financial and credit education is the answer to many problems consumers face.

Source: New Sunday Times, August 17, 2008, Focus p.38, “Getting rich the right way”.

This article was re-typed and translated by Inia Lurun Sophie @ August 2008. // Artikel ini ditaip semula dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Inia Lurun Sophie @ Ogos 2008. Jika ada penambahbaikan ke atas terjemahan ini, sila hubungi penulis blog. Terima kasih.

Menjadi kaya dengan cara yang betul

Adakah anda sering mencari-cari/ berminat/ menyertai program “Bagaimana hendak menjadi kaya”? Sesetengah daripada program ini mungkin tidak rugi diikuti tetapi sama ada pendapatan anda bertambah atau tidak bergantung kepada kebolehan anda untuk menguruskan pendapatan dan kewangan anda.

Di sini terdapat beberapa idea yang mungkin anda dapat ikuti:

  • Tetapkan matlamat kewangan anda

Menetapkan matlamat adalah kunci kepada kejayaan dalam pengurusan kewangan. Jika anda tahu di mana dan bila jangka masa anda akan berada untuk mencapai kejayaan dalam kewangan, anda akan nampak peta perjalanan untuk menuju ke destinasi tersebut.

Satu perkara yang menjadi kunci kepada kejayaan tersebut adalah dengan MENYEDIAKAN BAJET PERSENDIRIAN (personal budget). Bajet tersebut hendaklah dikaji secara tahunan; tambahan lagi, semasa mengurusan bajet untuk perbelanjaan dan pendapatan bulanan, perbandingan di antara angka yang sebenar dan sebarang perubahan di dalam bajet tersebut hendaklah dibuat berdasarkan keadaan/ situasi kewangan anda yang realistik.

  • Ikuti jadual perjalanan (keep track) kewangan personal anda

Anda hanya boleh berjaya dalam penetapan matlamat kejayaan dalam kewangan jika anda mengikut jadual dan merekod pernyataan kewangan anda. Merekod kewangan anda di sini bermaksud merekod perbelanjaan dan pendapatan (kredit dan debit) dengan konsisten – disarankan untuk membuat rekod ini secara bulanan. Dengan membuat rekod sebegini, anda akan sedar dan nampak bahawa bajet personal/ persendirian anda cenderung mengikut rentak yang telah anda jadualkan.

  • Minimumkan atau bayar semua hutang anda

Pernyataan ini tidak sepatutnya membuatkan seseorang terkejut. Menyelesaikan/ menghabiskan liabiliti (perbelanjaan – “expenses”) anda adalah sangat penting untuk mencapai pendapatan yang lebih baik. Tidak guna/ tiada maknanya untuk anda membuat simpanan secara “cash” setiap bulan jika anda akhirnya akan mengeluarkan kembali simpanan tersebut untuk membayar kesemua hutang-hutang anda.

Pengurusan dan penggunaan KAD KREDIT yang tidak betul dapat menggugat ‘kesihatan’ penyata kewangan anda. Dua perkara yang paling penting dalam penggunaan kad kredit adalah: Pertama, untuk menggunakannya hanya sebagai satu kemudahan, dan bukan bukan sebagai sumber kewangan; dan yang kedua, untuk melangsaikan baki-baki tertunggak sepenuhnya dan daolam masa yang tepat (on time) untuk mengelakkan dikenakan sebarang kos tambahan. Jika baki kad kredit anda adalah terlalu tinggi untuk anda melangsaikannya, kurangkan kadar baki untuk setiap bulan daripada mendepositkan wang (cash) ke dalam akaun simpanan. Baki kad kredit bulanan yang tinggi akan menyesakkan anda sehingga ratusan ribu ringgit setiap tahun.

  • Biarkan wang bekerja untuk anda

Pelaburan yang baik dengan pulangan yang konsisten adalah merupakan satu punca pendapatan. Untuk mempunyai portfolio pelaburan yang baik, adalah penting untuk mempelbagaikan aset anda – campuran kepada stok, bon, harta (properties) dan sebagainya supaya portfolio anda seimbang dari segi risiko dan peluang. Daptkan bantuan profesional jika anda tidak pasti tentang sesuatu tentang saham (investment) ini.

Tambahan pula, adalah satu kelebihan juga jika anda menggunakan (if you apply) “ ringgit cost averaging” (**maaf, Inia tak tahu apa maksud term ini dalam Bahasa Melayu. Jika anda tahu, sila inform saya. ;) ), yang bermakna melabur setiap bulan pada nilai yang konsisten. Dalam jangka masa panjang, anda akan mendapat pulangan yang lebih dengan menggunakan cara atau method ini jika hendak dibandingkan dengan ‘market ups and downs’ -- ** market ups and downs adalah ditujukan kepada pelaburan yang berbentuk saham.

  • Membelanjakan pendapatan untuk diri sendiri dahulu

Pada setiap bulan, sebelum anda membayar bil-bil anda, sediakan sekurang-kurangnya 15% daripada pendapatan anda ke dalam simpanan yang dapat berkembang nilai dengan sendirinya, seperti akaun unit trust dan akaun simpanan/ deposit. Jika anda telah mempunyai sumbangan EPF daripada pekerjaan anda, 15% simpanan ini adalah merupakan inisiatif tambahan diri anda sendiri. Mulakan satu program penyimpanan seawal yang anda mampu lakukan dan “reap” keuntungan kompaun daripada simpanan yang dikumulatifkan.

  • Membeli sebuah rumah vs Membayar “mortgage”

Jika anda sedang menyewa rumah yang anda duduki sekarang, ia mungkin adalah masa yang terbaik untuk membeli hartanah anda sendiri. Kadar sewa bulanan yang anda bayar merupakan satu perbelanjaan (di dalam sebuah buku “Rich Dad Poor Dad” oleh Robert T. Kiyosaki menyatakan bahawa kita dikira seorang yang kaya dan berharta jika aset kita melebihi liabiliti – liabiliti adalah perbelanjaan manakala aset adalah sesuatu yang menjana pendapatan. Maka, adalah penting untuk terus melebihkan kadar aset kita daripada kadar perbelanjaan.), manakala membayar “mortgage” bulanan adalah merupakan satu pelaburan di dalam satu aset yang mempunyai nilai yang semakin bertambah mengikut masa.

  • Berbelanja mengikut keperluan dan bajet

Hiduplah secara bersederhana dan bersesuaian dengan keperluan anda. (Elakkan pembaziran dalam perbelanjaan). Laburkan sebarang baki pendapatan anda yang tidak digunakan.

  • Menjadi pembeli yang bijak

Anda hendaklah menjadi pembeli yang bijak. Anda hendaklah mempunyai satu bajet, senarai perbelanjaan dan ikut bajet yang telah dibuat. Carilah jualan-jualan berdiskaun dan tawaran-tawaran bermusim. Beli barang-barang keperluan rumah yang selalu digunakan dalam ‘bulk’ – kuantiti yang banyak.

Ia mungkin kedengaran seperti ‘clichรฉ’ tetapi MASA itu sememangnya WANG. Kita semua mempunyai 24 jam sehari – sama rata – untuk mencari pendapatan, untuk bersuka-ria, mencari pendapatan tambahan dan/ atau berbelanja sakan. Melaburlah awal untuk memastikan aset anda berkembang dan lindungilah aset anda itu dengan insurans. Jika masa digunakan sebaiknya, anda akan dapat menikmati dividen sepanjang hayat akan pendapatan anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ibu Bapa Kena Terus Terang Dengan Anak

Elak menipu jika tidak tahu jawab soalan

Kebenaran

Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.

Bercakap terus terang dan tepat

Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.

Sentiasa konsisten dan tepat

Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.

Rangsangan

Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat

Harapan

Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.

Berulang-kali

Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.

Jangkaan

Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.

Disiplin/ Undang-undang

Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan

Kegembiraan

Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.

Kecewa

Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.

Teladan

Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak. Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak) Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.


Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)
Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri

Sumber: Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiring, Hatred, Positive + Grateful. Argh...! (???)

Assalamualaykum warohmatullahi wabarokatuh..

The moment I'm typing out this post, I'm having a day OFF from a part-time job ( or should I say a part-time "training camp"?). I'm currently helping my uncle's business in Shah Alam; so during my OFF day, which is today (huhuhhuhu), here I am in my beloved hometown Sungai Besi... I can hear the sound of the LRT making a way to it's destination. Hmm... I'm quite hungry now... not having my breakfast yet..

All right,.. to be honest, helping out the business of my uncle is not an easy task. It takes responsibility; GREAT RESPONSIBILITIES.... Why was I saying that I'm actually in the "training camp" just now? Well, first thing first, the MAIN reason i choose to make this decision is because I'M TRYING TO PUSH MYSELF TOWARDS THE MATURITY OF LIFE.. to train myself to be a more matured person in thinking and acts. Well, to be honest, i am a very "book-based" person; which means i am a really an academic person. You know, the type of person who love spending hours of time in the library to make readings on psychology, sociology, socio-economics, self-development.... some sort of that (a Nerd whom you imagine inside your mind? You Got it! ;) Aha! ;P ) , which made me having good grades in school and college in particular subjects that fits my multi-personalities. Alhamdulillah.Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Praise to Allah upon the blessing of giving me a piece of knowledge to me so far... may the knowledge could benefit other people too, insya-Allah and Aminn.. OK. proceed with our chit chatting (hahaha, chit chatting in blog ha?? :P :)) ). because of trying to put myself into the real world and not the academic world, i'm pushing myself into living and helping my uncle with his business to train my brain, which i realize it is not balanced between the right and the left. (Basically, its the war of my own self, the war within the IQ and EQ of mine too. hehe. :P )

Recently, in three years of time, taking an applied language diploma making my brain keen into working more onto the right side. The Arts brain. (because i started to make random gibberish all of the sudden -- an indicator of lacking of use over the Left brain, the Logic and mathematics brain.hmm..... ). well, literally, though that my personality is majoring into Arts, im keen into balancing the usage of my neurons in the brain. I have read a book of "Membina Imaginasi Cemerlang" by Dr. Tuah Iskandar al-Haj; which had focused into the discussion of topic about the HUMAN'S MIND --- the concious and subconcious mind. The book is about using the tool of MIND towards success in life. The powerful subconcious mind of human... the great potentials of human lie beneath it.Dr Tuah stressed inside the book that human's mind should be balanced between the usage of its two hemispheres brain. It's about the memory. The human memory. Those who use more right side of the brain keen into having amnesia (low in memory, means that it is like a 15-year-old girl having the memory of a 60 year-old granny -- just an example okay..? :> huhu--) . so, thats why i'm so cautious into balancing the usage of my brain hemisprheres.

Thus, i took a decision into accepting an offer from my uncle to work with him, for a while. For some people, they may look at the outer side of the other people and for some too, they like to look down on people. Come on... In this world, in this short world created by God (which you will not live in eternity), having that kind of view (for me) is not appropriate. There's no use of talking over the 'bad things' of the other people. It is much better if one positive his/ her mind and focusing into seeing the good things in people. It will create an inside boost of energy through that positive thinking -- releasing the positive aura around oneself which could reflect positively to the people who is around the positive people. Besides, by thinking good about the other people will make and grow one's heart to be good.. (and maybe WELL MANNERS will emerge after that. Who knows right? ;) ). In this short-living-world, as for my opinion, one should not describe a person entirely over the outer side of people; either physically, appearance, and job with the high-pay-or-not. It is just 2 weeks for me in charge over the customer service and yet, i had met plenty of human behaviours and personalities, dealing with them and observing them and that I can made a conclusion, IF YOU HAVE PUT YOURSELF INTO SOMETHING, YOU MUST PERSEVERE TILL ITS SUCCESS YOU HOLD.

-- IF YOU AIM FOR THE 1st PLACE, NEVER GIVE A CHANCE TO THE 2nd OR THE 3rd PLACE.--

** "If you aspire to the highest place, it is no disgrace to stop at the second, or even the third place." - Cicero.

** "If you would hit the mark, you must aim the little above it." - Longfellow.

#### AIM -----> PRINCESS ALPHA COSMOS <----- ####

CHAIYOKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!! *\(^O^)/*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buatmu Wanita Solehah

"4 perkara jika ditemui ,maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat; hati yang bersyukur,lidah yang berzikir,tubuh badan yang sabar apabila ditimpa musibah dan isteri yang tidak menyebabkan dosa atas dirinya dan hartanya ."Riwayat al-Tabari
"Dunia adalah perhiasan.Sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah."Riwayat Muslim.

"Tidaklah ada yang lebih baik �selepas taqwa kepada Allah s.w.t.-bagi seseorang itu daripada isteri yang solehah :Sekiranya diperintah dia menta'atinya,sekiranya dipandang dia menggembirakan,sekiranya dia bersumpah atasnya maka dia akan membenarkannya dan sekiranya dia tiada maka isternya itu akan menjaga dirinya dan juga hartanya. " Riwayat Ibn Majah.

"3 perkara kebahagiaan dan kecelakaan bagi anak Adam ; Kebahagiaan anak Adam adalah wanita yang solehah,tempat tinggal yang soleh dan kenderaan yang soleh.(Manakala)kecelakaan anak Adam adalah wanita yang jahat ,tempat tinggal yang jahat dan kenderaan yang jahat."Riwayat Ahmad.

"3 kebahagiaan :Wanita solehah,(ketika)kamu melihatnya dia menggembirakanmu,(ketika) kamu tiada dia menjaga dirinya dan hartamu... 3 kecelakaan :Wanita apabila kamu melihatnya tidak menyenangkan hati dan membantahmu dengan lidahnya serta sekiranya engkau tiada dia tidak menjaga dirinya dan hartamu... "Riwayat al-Tabrani,al-Barraz & al-Hakim.

"Sesiapa yang direzekikan Allah wanita yang solehah maka sesungguhnya Allah telah menolong sebahagian dari agamanya dan bertaqwalah kepada Allah sebagai memenuhi sebahagian yang berbaki."Riwayat al-Tabrani & al-Hakim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kahwin Kerana Allah

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia.


Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi.

Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari.

Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan.

Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka.

Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.

“Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.

“Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas,” katanya.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

“Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti.” (Riwayat Abu Hurairah)

Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya.”

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri.

Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri.

Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh.

“Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari.

“Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.

“Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya.

“Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.

“Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Duri Pun Mendatangkan Pahala

Sesungguhnya anugerah ALLAH Taala itu amatlah luas, ganjarannya kepada para hamba-Nya amatlah besar dan pahala-Nya amatlah banyak. Apa yang harus dilakukan oleh seseorang adalah bersyukur ketika dalam senang dan bersabar ketika dalam keadaan susah sambil menunggu pertolongan ALLAh, Tuhan bumi dan langit , Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah orang muslim ditimpa kesukaran dan keletihan, dukacita dan sedih, penderitaan dan kemurungan, bahkan duri yang menusuknya sekali pun, melainkan ALLAH mengampuni dosa-dosanya" (Hr. Al-Bukhari dan Muslim)

Alangkah bahagianya umat islam hidup di bawah naungan agama agung ini, dimana ALLAH telah memberikan pelbagai anugerah kepada para pemeluknya, melimpahkan nikmat dan anugeran-Nya kepada mereka sepanjang pagi dan petang.

Kesukaran dan kesulitan pasti mendatangkan ganjaran pahala bagi setiap muslim. Sakit baginya merupakan pahala. Kesedihan dan kemurungan baginya merupakan pahala.Kesenangan dan penderitaan baginya adalah pahala. Bahkan duri yang menusuk kaki atau tangannya pun akan mendatangkan ganjaran pahala.

Sabar pasti mengatakan betapa cepat pertolongan datang. Siapa percaya ALLAH dalam setiap urusan pasti selamat. Siapa takut kepada ALLAH pasti dia tidak akan menderita. Siapa mengharapkan-Nya, maka Dia selalu bersamanya.

Ibn Mas'ud pernah mendatangi Nabi s.a.w ketika baginda sedang demam panas. Dia berkata " Wahai Rasul, engkau sekarang sedang mengalami sakit luar biasa," Baginda bersabda, " Ya, aku sedang sakit demam yang dahsyatnya sama seperti dua orang lelaki di antara kamu yang menderita demam," Innu Mas'ud bertanya, " Jika demikian, bererti kamu memperolehi dua pahala?" mendengar itu, baginda bersabda, " Betul, memang seperti itu. Tidaklah seorang muslim tersusuk oleh duri atau lebih berbahaya daripada itu melainkan ALLAH akan menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya."

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Seseorang pasti mendapat kesulitan dan kesenangan

Pasti ada kebahagiaan dan kesedihan menghampirinya

ALLAH memintanya supaya mensyukuri nikmat-Nya

Setiap musibah yang menimpanya hendaklah sabar

Ketahuilah tidak ada kesukaran sepanjang zaman

Dan tidak pula ada kenikmatan sepanjang zaman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanda-tanda Hati Mati

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanda Cinta Si Dia

Tanda2 ini sesuai utk pasangan yg sedang bercinta..

1. Hatinya berjaya kamu tawan.

2. Begitu setia dan jujur terhadap kamu.

3. Sentiasa mengambil berat tentang diri mu.

4. Sering bertanyakan khabar selalu.

5. Sentiasa ingat hari-hari istimewa kamu berdua.

6. Sering mengucapkan kata-kata rindu.

7. Sering meminta pendapat kamu untuk membuat sebarang keputusan.

8. Berasa sangat risau jika kamu berada dalam keadaan yang tidak sihat dan sudi menjaga kamu.

9. Memberikan hadiah/bunga pada waktu-waktu tertentu.

10. Tidak pernah melupakan kamu walau ke mana saja dia pergi.

11. Memperkenalkan kamu pada ahli keluarga dan teman-teman rapatnya.

12. Tidak berahsia dengan kamu tentang apa saja perkara.

13. Kamulah orang pertama yang dicari untuk memberitahu sesuatu.

14. Bersedia untuk berjumpa dengan kedau-dua ibu bapa kamu.

15. Sering menujukan lagu-lagu cinta kepada kamu.

16. Menyimpan gambar kamu di dalam dompetnya.

17. Hatinya tidak berubah walau pun ada orang lain
cuba memikatnya. Kamu adalah miliknya abadi!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teknik Menawan Lelaki Idaman / Suami

Berpakaian rapi dan kemas

Apapun yang akan dilakukan, penampilan merupakan faktor utama. Tidak ada lelaki yang akan melirik pada wanita yang berpenampilan selekeh dan tidak kemas. Untuk itu, jangan sekali-kali anda mencuba model atau fesyen pakaian yang tidak sesuai dengan selera anda hanya kerana ingin tampil berbeza di depan lelaki idaman anda.

Yakin kepada diri sendiri

Jika anda ingin disukai oleh orang lain terutama lelaki, maka anda harus benar-benar menyukai diri anda sendiri dan anda juga harus benar-benar berasa nyaman dengan diri anda. Jangan memikirkan bahawa anda tidak cantik dan tidak punya rupa. Hal ini adalah kerana apa yang perlu anda lakukan ialah kepandaian anda membawa diri dalam setiap majlis atau tempat yang anda kunjungi.

Tidak lokek memuji lelaki idaman anda

Cubalah untuk memuji seikhlas hati, baik dari segi penampilannya, cara berpakaian, cara berbicara san semua yang ada pada lelaki tersebut. Tetapi ingat, jangan terlalu berlebihan kelak bimbang anda akan di label sebagai perempuan murahan.

Usahakan untuk hidup berdikari

Ramai dikalangan lelaki tidak suka dengan wanita yang memiliki sifat manja dan suka bergantung padanya. Jika hal ini terjadi, maka jarang lelaki yang akan mendekati anda. Hal ini adalah kerana lelaki mungkin akan terfikir bahawa semua keperluan anda akan ditanggung olehnya. Namun sebahagian kecil dari lelaki ada juga yang suka dengan sikap manja teman wanita mereka kerana lelaki itu akan rasa sangat diperlukan oleh wanita tersebut.

Cubalah menjadi pendengar yang baik

Untuk menjadi kekasih yang baik, anda sepatutnya menjadi seorang pendengar yang baik. Cubalah untuk mendengar apa yang diceritakan olehnya dan berusahalah untuk mengajukan pertanyaan sebagai timbal balk dari ceritanya.

Bersikap sopan

Hal ini termasuk dalam mengucapkan terima kasih atas perlakuan baiknya kepada anda atau perkataan yang diucapkan olehnya yang seolah- olah memuji anda. Percayalah hal ini akan membuatkannya berasa seperti dihargai terlebih lagi jika anda mengatakannya sambil tersenyum.

Mengikuti hobinya

Jika lelaki idaman anda seorang yang gemar berolahraga, maka cubalah untuk berbual topik yang berkaitan dengan olahraga atau sekurang- kurangnya bercakap tentang aktiviti beribadah. Jika anda melakukan hal tersebut, ini bererti anda sudah melakukan satu langkah lebih maju dalam memikat hatinya.

Lupakan masa lalu

Terkadang kita sudah merasa terlalu 'dekat' dengannya maka kita menceritakan masalah bekas teman lelaki kita sebelum ini. Hal ini sebenarnya salah. Jangan membicarakan orang-orang yang sudah hilang dari kehidupan anda. Meskipun tujuan anda hanya untuk mengimbas kengangan lalu. Tetapi ketahuilah bahawa itu bukan topik yang menarik baginya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Dan Kepentingan Dakwah

Assalamualaikum warohmatullahi Wabarokatuh...

Inia ambil artikel ini daripada seorang rakan... Beliau adalah pendakwah yang aktif, alhamdulillah. yang pernah membuat misi ke banyak negara di dunia ini... Moga Artikel beliau dapat memberi pengajaran kepada kita semua.. Insya-Allah, Amin... :)


=========================================

Malam tadi, dalam perjalanan pulang dari kerja, aku mendengar siaran radio BBC 88.9 fm. tentang kes PERKAHWINAN ANTARA BAPA DAN ANAK KANDUNGNYA yang berlaku di Australia.

Pemberita : Bagaimana peristiwa ini boleh terjadi?
Isteri / anak: Saya pernah kahwin dan dikurniakan dua orang anak. Suatu hari kami bercerai. Saya terjumpa dengan bapa yang telah amat lama tidak saya temui. Setelah mencurahkan masalah saya kepadanya, akhirnya kami jatuh cinta dan terlanjur. Walaupun tahu bahawa dia adalah bapa kandung saya, kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan kami menghasilkan seorang anak, tetapi hanya dapat hidup tiga hari saja. (Apa taknye….. kahwin dengan benih sendiri…..)
Pemberita : Bagaimana pula dengan isteri kamu?
Suami / bapa: Saya telah bercerai dengannya. (Ibu kepada anaknya)
Pemberita: Dia tahu kamu sudah berkahwin?
Suami / bapa: Ya, dia tahu dan dia juga tahu dengan siapa saya berkahwin.
Pemberita: Apa perasaannya?
Suami / bapa: Dia teramat sedih.
Pemberita: Bagaimana dengan anak-anak kamu?
Isteri / anak: Mereka biasa saja. Mereka dapat terima.
Pemberita: Kalau mereka sudah dewasa kelak, bagaimana?
Isteri / anak: ……………
Setelah kes mereka terbongkar, mereka ditangkap pihak berkuasa dan dibicarakan. Walau bagaimanapun mereka diizinkan terus bersama dengan syarat tidak melakukan hubungan jenis atau mereka akan dipenjara selama tiga bulan.
Pemberita: Habis, bagaimana mahu memastikan yang anda berdua tidak melakukan hubungan kelamin?
Suami / bapa: Kami menghantar lapuran pada skala waktu yang ditetapkan…….
Pemberita: Tidak mengapakah bersuami isteri tanpa melakukannya? (jimak)
Suami / bapa: Tiada masalah, yang penting kami saling mencintai.

Moral kisah ini:
Demikianlah hidup hamba Allah yang tidak berpedomankan manual yang disertakan bersama dengan kewujudan mereka di alam maya ini (Al-Qur’an). Tidak belaskah kamu wahai sahabat terhadap kejahilan mereka?

Pernah saya mendengar cerita dari seorang kawan yang berdakwah ke Jepun. Setelah mendengar serba sedikit penerangan pendakwah dari Malaysia ini, (dan dengan bantuan Allah yang membantu dengan meniupkan hidayahNya ke hati pemuda tersebut), beliau membawa para pendakwah tersebut ke pusara ibu bapanya. Kata-katanya amat mengharukan,
“Tuan-tuan lihatlah. Ini kubur mak bapak saya. Mereka orang baik-baik, tidak menipu, tidak minum arak, tidak melakukan apa-apa keburukan. Tapi bagaimana nanti di akhirat? Mereka telah mati tanpa kalimah La'ilaaha’illallaah. Kami ada Honda, Toyota, National dan macam-macam teknologi lalu kami hantar ke negara tuan-tuan. Sedangkan tuan-tuan ada kalimah yang amat berharga, mengapakah tuan-tuan lambat sampai ke sini hinggakan orang tua saya telah mati tanpa mengucap. Bagaimanakah nasib mereka nanti?... ... ... ... ... "

Aduhai orang-orang Islam yang memeluk ‘Islam Keturunan’ ini, ketahuilah dan mengertilah bahawa sesungguhnya anda kini sedang memiliki sesuatu yang amat berharga. Pelajari dan dalamilah ajaranNya. Amalkanlah dalam kehidupan serta sebar-sebarkanlah kepada mereka yang sudah Islam mahupun belum. Jika tidak mampu melakukannya secara berseorangan, laksanakannya secara berjemaah. Hak umat ini yang terbesar yang perlu kita tunaikan ialah hak kalimah La’ilaaha'illalllah. Sampai-sampaikan, sebar-sebarkan. Tugas kita hanya bangun membuat kerja + berdoa, hidayah urusan Allah.
Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana Untuk Menjadi Pasangan Yang Lebih Baik.....

"KPD YG SEDANG & BELUM BERCINTA... ... .

Bagaimana menjadi pasangan yang lebih baik Bila anda pernah mengalami putusnya hubungan cinta, dan memikirkan serta menanyakan apa sebenarnya yang telah terjadi , biasanya lebih mudah untuk mengenali kesalahan pasangan anda, tetapi akan lebih sulit untuk menentukan apakah anda sendiri yang berbuat salah atas putusnya hubungan tersebut. Semua orang umumnya akan berbuat yang terbaik atas apa yang dilakukannya. Menjadi pasangan yang baik juga merupakan suatu keharusan.

Dibawah ini terdapat beberapa tip untuk menjadi pasangan yang lebih baik... .

1.. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2.. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3.. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4.. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5.. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi. Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan... ..??

6.. Jangan merendahkan pasangan anda Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7.. Jangan memberi janji yang anda tidak bisa penuhi Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8.. Usahakan untuk selalu berada disisinya Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup... .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka... .

9.. Komunikasi Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10.. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda Cukup jelas...

11.. Hormati pasangan anda Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

12.. Jujurlah selalu Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum. " "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip pikat isteri

1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri.

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ekspresikan Cinta Anda

"kekuatan cinta terletak pada hati. keikhlasan dan kejujuran adalah 'tiang' yang mengukuhkan jalinan kasih. Mencipta cinta adalah sangat mudah ia bagaikan menyeberangi sungai. Namun untuk mengekalkan cinta harapan dan keyakinan yang tinggi serta 1001 rempah percintaan perlu kita pelajari."

Semoga tips ini mendorong anda untuk mencari kebahagian dalam percintaan anda.


1.Sisipkan sehelai kertas dan pen dalam beg atau simpan lah coretan/nukilan yang menyatakan perkara-perkara yang menjadikan anda mencintai pasangan anda.

2.Sentiasa memahami pasangan anda dengan bertanyakan mengenai kesukaan,hari-hari penting dalam hidupnya dan saat yang paling manis buat dirinya.

3." Cintailah pasangan anda seperti anda menyintai diri anda".

4. Bagi lelaki jadilah seorang yang "GENTELMAN",sebabnya kini amat sukar untuk menemui lelaki yang penuh dengan ciri-ciri lelaki sejati.

5. Bagi wanita,anda adalah apa yang ada percaya... jadikanlah pasangan anda itu apa yang adalah dalam fikiran dan impian anda dan seterusnya berusaha dan belajar untuk memahami cinta lelaki dan pasangan anda yang penuh dengan "teka-teki".

6. Ambillah setiap kata-kata yang terlafaz oleh pasangan anda dengan sikap positif,percaya pada dirinya dan mengkaguminya... ...

selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karekter Suara- gambar kualiti hati kita...

Tidak ada pengenal karakter yang lebih meyakinkan kecuali suara.

Kualiti hati kita cenderung dikenali melalui suara, mata, gerak-geri cara berjalan, gerak muka. Ada kecenderungan semulajadi untuk menampilkan semua yang terjadi atau yang kita rasakan dalam diri kita.

Suara dan mata adalah pengenal palaing baik yang melukiskan karakter sebenarnya dari pemiliknya. Keajajaran pancaran mata dan suara dengan karakter ini semulajadi, dan kita seringkaliharus belajar untuk mengeluarkan suara menyenangkan untuk membuang kebiasaan kasar yang berasal dari fikiran sedar.

Suara kita seharusnya mengalir lancar, tidak terlalu cepat sehingga kata-kata bertumpang-tindih, juga tidak terlalu lambatsehingga pendengar menjadi tertidur.Tidak berlebihan adalah batu penyangga dalam hal suara mnarik, seperti juga dalam hal-hal lain. Nada suara kita sebaiknya sederhana: tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu rendah. Suara yang teratur ini akan memberi kesan, kita meninggikan suara untuk menekankan kata-kata penting dan merendahkan suara untuk menggambarkan kelembutan mental.

Suara lembut menjadi lebih baik kalau disertai pengucapan kata secara jelas. Kemampuan mengucapkan kata-kata secara jelas ini akan meningkatakan keberkesanan komunikasi. Kita tidak boleh melupakan bahawa tujuan utama percakapan adalah keberkesanan komunikasi. Usahawan yang berjaya tahu bahawa keberhasilan jualan lebih terletak pada keberhasilan penggunaan suara secara berkesan daripada disesaskan keperluan nyata pelanggan. Dalam dunia perniagaan, suara yang menyenangkan, gambaran dan layanan yang baik mempunyai nilai komersial.

Mari kita perlihatkan kualiti hati kita terpancar melalui suara yang menarik, lagi menyenangkan.Suara seperti ini mempunyai nilai lebih tinggi daripada segala perhiasan mewah yang biasa dikenakan wanita. Keamaman, simpati, pengertian, cinta adan sokongan akan terasa baikdalam suara terlatih untuk menggambarkan perasaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tidak ada pengenal karakter yang lebih meyakinkan kecuali suara.

Kualiti hati kita cenderung dikenali melalui suara, mata, gerak-geri cara berjalan, gerak muka. Ada kecenderungan semulajadi untuk menampilkan semua yang terjadi atau yang kita rasakan dalam diri kita.

Suara dan mata adalah pengenal palaing baik yang melukiskan karakter sebenarnya dari pemiliknya. Keajajaran pancaran mata dan suara dengan karakter ini semulajadi, dan kita seringkaliharus belajar untuk mengeluarkan suara menyenangkan untuk membuang kebiasaan kasar yang berasal dari fikiran sedar.

Suara kita seharusnya mengalir lancar, tidak terlalu cepat sehingga kata-kata bertumpang-tindih, juga tidak terlalu lambatsehingga pendengar menjadi tertidur.Tidak berlebihan adalah batu penyangga dalam hal suara mnarik, seperti juga dalam hal-hal lain. Nada suara kita sebaiknya sederhana: tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu rendah. Suara yang teratur ini akan memberi kesan, kita meninggikan suara untuk menekankan kata-kata penting dan merendahkan suara untuk menggambarkan kelembutan mental.

Suara lembut menjadi lebih baik kalau disertai pengucapan kata secara jelas. Kemampuan mengucapkan kata-kata secara jelas ini akan meningkatakan keberkesanan komunikasi. Kita tidak boleh melupakan bahawa tujuan utama percakapan adalah keberkesanan komunikasi. Usahawan yang berjaya tahu bahawa keberhasilan jualan lebih terletak pada keberhasilan penggunaan suara secara berkesan daripada disesaskan keperluan nyata pelanggan. Dalam dunia perniagaan, suara yang menyenangkan, gambaran dan layanan yang baik mempunyai nilai komersial.

Mari kita perlihatkan kualiti hati kita terpancar melalui suara yang menarik, lagi menyenangkan.Suara seperti ini mempunyai nilai lebih tinggi daripada segala perhiasan mewah yang biasa dikenakan wanita. Keamaman, simpati, pengertian, cinta adan sokongan akan terasa baikdalam suara terlatih untuk menggambarkan perasaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pendidikan Awal Penentu Kejayaan, Keperibadian Ank

CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah satu natijah daripada amalan dan pengalaman yang mereka lalui.

Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejak kecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.

Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Ia antara faktor penentu kejayaan anak pada masa depan.‘Izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk membina sahsiah anak sejak kecil.

Kajian mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah. Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.

Berikut adalah 10 tips penting yang perlu disemai dalam diri anak untuk mencapai tujuan itu.
Melahirkan hubungan kasih sayang, rapat dan berasa selamat sejak bayi dilahirkan.

Rangsangan peringkat awal ini penting dan tidak dapat diambil alih oleh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya kanak-kanak berasa diketepikan dan tidak diterima, ia sukar untuk membina keyakinan dan mempelajari sesuatu. Kasih sayang yang diberikan mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil kira rupa paras dan kebolehan mereka. Kita harus berlaku adil kepada anak. Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri anak-anak. Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Samakanlah pemberian antara anak seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yang sama kepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Hadis riwayat Muslim).

Fahami dunia dan emosi anak dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mengenakan butang baju mungkin masalah besar kepada anak berumur tiga tahun. Apabila memberikan perhatian dan menggalakkan mereka menyelesaikan masalah, anak akan berasa lebih yakin diri.

Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan anak. Kita hendaklah membetulkan ‘perbuatan’ salah laku mereka, bukan diri mereka. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan itu akan merosakkan buku. Elak memarahi dengan mengatakan mereka nakal. Dengan cara ini, anak akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidak disukai.

Tetapkan peraturan dan terangkan sebab peraturan itu diberikan kepadanya. Kanak-kanak belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letih untuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah cara mereka belajar mengingati sesuatu. Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidak selalu menukar peraturan, terutama pada kanak-kanak yang masih kecil. Mereka mungkin tidak akan belajar cara membuang sampah yang betul sekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.

Galakkan anak membuat pilihan sendiri. Elakkan memaksa anak menerima saja keputusan yang dibuat. Bagi kanak-kanak kecil, berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkan mereka memilih. Ia seperti memilih untuk memakai baju hijau atau biru dan makan nasi atau mi.

Membina pengalaman baru dalam diri anak. Beri sokongan kepada mereka apabila mengambil risiko positif seperti belajar menunggang basikal. Kegiatan ini walaupun berisiko, namun jika anak tidak mencuba, kejayaan tidak akan dicipta dalam diri mereka. Ibu bapa dan guru perlu mencari keseimbangan antara melindungi anak dan membiarkan anak memperoleh kemahiran baru dalam hidup mereka. Kita mesti bersabar daripada terlalu membantu anak. Biarkan mereka mencuba sendiri dan belajar daripada kesilapan.

Tidak semua kesilapan akan membunuh keyakinan diri, sebaliknya memupuk sifat lebih berhati-hati. Anak yang tergelincir di tempat licin mungkin akan lebih berhati-hati apabila berjalan. Kadang-kadang mereka sememangnya perlu belajar daripada kesilapan.Mereka mungkin berkeras untuk melakukan sesuatu yang tidak sesuai seperti memakai baju tangan panjang pada cuaca panas. Biarkan mereka melakukan kesilapan. Bawa baju yang lain untuk ditukar apabila mereka merungut kepanasan. Kita tidak perlu memarahi lagi kerana sebenarnya mereka telah menyedari kesilapan dan akibat daripada kedegilan mereka.

Meminta maaf sekiranya ibu bapa melakukan kesilapan. Anak akan belajar bahawa melakukan kesalahan secara tidak sengaja adalah tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta maaf dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan.

Berilah pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha melakukan sesuatu. Perkara itu perlu dilakukan selalu dan segera untuk memberikan kesan. Contohnya, beri pujian pada anak yang mencuba untuk menyuap makanan sendiri walaupun tumpah dan comot. Dengan cara ini mereka akan lebih bersemangat dan tekun mencuba melakukan atau mempelajari sesuatu.Berbeza pula dengan memberi ganjaran apabila anak melakukan yang terbaik. Hal ini akan memberi tekanan kepada mereka untuk melakukan hanya yang terbaik.Elakkan juga daripada hanya menegur anak apabila melakukan kesilapan. Perkara ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka. Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendiri kerja di depan anak. Contohnya, jika anak menyepahkan mainannya, kita harus memimpin tangan anak, melutut pada lantai melakukan permainan menyimpan mainan sambil berkata “sekarang masanya untuk menyimpan mainan kamu.”Galakkan anak berkreatif secara bebas.

Jangan mengongkong anak dengan satu cara melakukan sesuatu. Contohnya, meminta anak melukis rumah mengikut bentuk yang biasa kita lukis. Semua kegiatan seni dan estetika baik untuk meningkatkan keyakinan mereka. Hargai hasil kerja anak dengan mempamer atau merakam aksi mereka.

Menggunakan disiplin secara positif. Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupan seharian mereka berdisiplin. Masa untuk kegiatan harian mestilah tetap dan tidak selalu diubah. Contohnya, masa makan dan belajar. Anak akan rasa lebih yakin, berdisiplin dan terdidik. Islam juga mendidik untuk mempunyai disiplin diri tinggi seperti solat dan puasa.Mengasuh dan mendidik anak adalah amanah Allah yang memerlukan komitmen tinggi dan berpanjangan. Apapun ia sememangnya sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kita mempunyai ilmu untuk melakukannya.

Perkongsian pengalaman dan ilmu keibubapaan sangat praktikal dan berharga. Ia mestilah sentiasa dipupuk dalam masyarakat supaya kita dapat membina anak yang lebih bersedia untuk menjadi khalifah Allah di bumi ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ghairul Fikri... Cikgu!!! Kapur - Kapur. Pemadam - Pemadam!!! Kapur - Pemadam, Pemadam - Kapur???

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Di bawah ini ada Inia jumpa satu artikel menarik tentang "Perang Fikiran" @ Ghazwul Fikri...
Cubalah baca... Insya-Allah... Anda pasti insaf.... Mungkin anda sudah pernah baca artikel ini.. Moga is menjadi panduan kita di dalam hidup ini... Insya-Allah... :) Nampak artikel ni macam simple, tetapi mendalam. :)

==================================

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Sang guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!". Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.

Sang guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya
angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Anak-anak, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat-laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu... "

"Baik permainan kedua... " begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar
rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan... "

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (peperangan pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang... "

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesungguhnya - Raihan // Indeed (from Raihan)

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Indeed this heart loves You

Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Indeed I long for You

Tapi aku tidak mengerti
But I can't comprehend

Mengapa cinta masih tak hadir
Why love has not arrived

Tapi aku tidak mengerti
But I can't comprehend

Mengapa rindu belum berbunga
Why this longing has not bloomed

Sesungguhnya walau ku kutip
Truly, even if I collect

Semua permata di dasar lautan
All the jewels from the deepest ocean

Sesungguhnya walau ku siram
Truly, even if I water

dengan air hujan dari tujuh langitMu
with rain from Your seven skies

Namun cinta takkan hadir
Still love will not come

Namun rindu tak akan berbunga
Still the longing will not bloom

Kucuba menghulurkan
I try to hand

Sebuah hadiah kepadaMu
A gift for You

Tapi mungkin kerana isinya
Yet perhaps because of its contents

Tidak sempurna tiada seri
Is not complete without Splendour

Kucuba menyiramnya
I try to water it

Agar tumbuh dan berbunga
In the hope that it will grow and flower

Tapi mungkin kerana airnya
But yet, perhaps because of the water

Tidak sesegar Telaga Kauthar
Is not as pure as that from the Well of Kauthar

Sesungguhnya walau kukutip
Truly, even if I take

semua permata di dasar lautan
all the jewels from the deepest ocean

Sesungguhnya walau ku siram
Truly, even if I water

dengan air hujan dari tujuh langit-Mu
with rain from Your seven heavens

Namun cinta takkan hadir
Still love will not come

Namun rindu tak akan berbunga
Still the longing will not bloom

Jika tidak mengharap Rahmat-Mu
if without hoping for Your Grace

Jika tidak menagih simpati
If without craving for Your sympathy

padaMu Ya Allah
from You Oh Allah.

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Oh God! Grant Your love to me

Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Oh God! Bestow my longing to You

Moga ku tahu
so that I may know

Syukurku hanyalah milikMu
My gratitude belongs only to You

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

60 Tips Mendapatkan Jodoh

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk
berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat,benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarikanda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertanyaan Untuk Cinta?

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.



Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA


** Apa pendapat anda pembaca?? Benarkah seperti yang ditafsir?? Saya tiada jawapan! :-s

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HTML Tags for websites/ blogs

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Below are the HTML codings universally used worldwide.
It can be used to your websites/ blogs. :)

Source: http://www.web-source.net/html_codes_chart.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 Perkara Ganjil Dilihat Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
"Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya" sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Mudah Dekati Wanita Bersifat Keibuan

DALAM memilih jodoh, lelaki sering bersandarkan paras rupa atau kecantikan wanita.

Kecantikan sesuatu yang subjektif. Apapun, wanita harus menjadikan diri mereka cantik dalam segala aspek.

Jika ciri yang diperturunkan ini anda miliki, ia mungkin boleh dianggap satu pakej wanita idaman yang diingini lelaki sebagai pasangan hidup satu hari nanti.

* Keibuan. Inilah sikap sebenar wanita yang membuatkan lelaki teruja padanya. Banyak lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.

Wajah keibuan sesungguhnya mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang dalam keadaan tertekan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi memiliki sikap keibuan dalam diri masing-masing.

* Keanak-anakan. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka rasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.

Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian, malah wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.

* Penuh pengertian. Pengertian wanita sering membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya seperti perasaan mudah memaafkan dan memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah.

Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang penuh pengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk perkara sebenar.

* Menghargai. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

* Menjaga penampilan. Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita itu menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat dan menjaga kesihatan tubuhnya, meningkatkan kualiti hidup serta memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga, wanita berkenaan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang kelihatan cantik dan ramping walau sudah punya anak tiga?

* Pandai berbicara. Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita berkenaan dapat mengimbanginya.

Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi memberi tindak balas dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik serta mengalihkan topik agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga gemar wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

* Pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana baru, wanita itu cepat menyesuaikan diri.

* Menghormati diri sendiri. Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

* Simpati dan prihatin. Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib mereka yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.

Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Dia Curang???

Sakitnya hati!
Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.

Sikap Yg Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya, malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

Sikap Playboy!
Ahh... si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

Ada Orang Tidak Puas Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga- lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...