Terima kasih kepada anda yang memilih untuk klik link blog ~Dominasi Pertamaku // My First Domination~ untuk membaca artikel yang insyA-Allah memberi manfaat kepada anda.
Ayat 1 - 5 ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami/isteri/anak yang degil, yang tak mahu solat. Melalui pembacaan saya pada buku-buku dan blog yang lain, setelah membaca doa ini 3x hendaklah dihembuskan ke muka yang tersayang anda semasa mereka sedang tidur nyenyak, apabila mereka sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya tujuh kali seminggu.
Maksudnya:
- Taa. Haa.
- Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
- Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
- Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
- Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Untuk download audio mp3 ayat 1 - 5 ini, boleh klik sini
Kisah Umar al-Khattab
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW: "Benar"
Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.
sumber*
Doa Untuk Anak Yang Degil.
Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.
Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.
Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.
Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.
Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh "jurang generasi".
Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.
Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.
Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.
Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi ilham anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.
Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.
Lakukan rawatan ini ketika anak sedang tidur. Ini kerana ketika tidur, jiwa anak anak ini tenang. Ulangilah rawatan ini beberapa hari sehingga ada perubahan pada sikap anak-anak. Jika keadaan agak kritikal, lakukan solat sunat hajat.
Semoga post ini memberi manfaat kepada anda dan dapat membantu menyelesaikan masalah anda. InsyaAllah.
Wassalam.
sumber: *
6 comments:
assalamulaikum shbt..smogs kau d rahmati allah atas niat baik post entry ini.amin..:-)
assalamualaikum shbt smg engkau d rahmati allah atas niat baik post entry yg bguna utk smua yg ingn tahu.amin tq.
Waalaikumussalam wrhmatullah.. Amin..amin..amin.. Tq sebab baca artikel di blig saya :)
Terima kasih
boleh tak kalau surah ni dibaca pada air minum
@butterfly salam.. saya tidak pasti pula mahu beri jawapan apa kerana saya kurang juga ilmu untuk memberi jawapan ini.. :) mungkin boleh ditanya ke ustaz/ustazah yang saudara/saudari kenali untuk jawapan yang lebih jelas. tq )
Post a Comment