Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak .
 
1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  
 
1. Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas  
 
Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik  
 
Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang untuk memenuhi keperluan murid – murid yang berbeza.  
 
Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza  
 
Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik darjah adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh – akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi.
 
Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan dalam bilik darjah.  
 
Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing kanak-kanak keperluan khas.  
 
1.1 Keperluan Khas  
 
· Limitation on a person’s functioning restricts the individual activities.  
 
· Sensory and physical disabilities  
 
- visual ( vision problem )  
 
- hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral – membaca bibir) atau pendekatan manual – isyarat tangan )  
 
· Physical disorders  
- cerebral palsy ( spastic)  
- epilepsy  
· Mental retardation  
 
- masalah mental ( intelektual) / IQ rendah  
 
· Speech and language disorders  
- masalah menyebut perkataan  
- masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )  
- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)  
- masalah memahami arahan secara oral  
- masalah memberi respon dalam komunikasi  
- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi  
 
· Emotional and behavioral disorders  
- masalah pergaulan  
- autisme  
- agresif  
- kemurungan ( mood disorder)  
- ketakutan ( fear)  
- cemas ( anxiety)  
 
· Kanak-kanak pintar cerdas  
 
- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain  
 
( 120 lebih )  
 
-menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain  
 
-lebih berdikari dalam aktiviti p & p  
 
-mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p  
 
-mempunyai kepimpinan  
 
-dll  
 
1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh  
 
· Faktor genetic  
 
· Persekitaran  
 
· Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran biasanya:  
 
a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain  
 
b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau lebihmata pelajaran akademik  
 
c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya  
 
1.3 Pengesanan (Screening)  
 
Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan semasa sesi p & p di bilik darjah .  
 
1.4 Proses Pengesanan  
 
· Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas  
 
· Mengumpul maklumat  
 
-kesihatan kanak-kanak  
 
-kesihatan ibu bapa  
 
-penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll  
 
· Memproses maklumat / data  
 
· Menganalisis maklumat / data  
 
· Mengambil tindakan susulan  
 
· Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)  
 
1.5 Alat Pengesanan  
 
· Ujian khas menggunakan instrument  
 
-Debver Developmental Screening Test (DDST) – lahir-6 tahun  
 
-Batelle Developmental Inventory (BDI) – lahir – 8 tahun  
 
-Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R)  
 
-DIAl-R  
 
-BRIGANCE K and 1 – prasekolah – tahun 1  
 
· Pemerhatian  
 
-senarai semak  
 
-rekod anekdot  
 
-rekod berterusan  
 
-time sampling  
 
-soal selidik ibu bapa / penjaga  
 
· Portfolio murid-  
 
-Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,  
 
sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk  
 
melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,  
 
motor halus, sosial dan kognitif)  
 
-hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio.  
 
· Kesihatan ibubapa murid  
 
SOALAN  
 
1. Apakah kepentingan pengesanan kepada guru prasekolah ?  
 
2. Apakah cara yang paling sesuai bagi guru menjalankan pengesanan perkembangan di prasekolah. Berikan cadangan dan langkah-langkah mengikut situasi keperluan khas.
 
3. Apakah data / maklumat yang anda perolehi berasaskan pengesanan hasil kerja ( portfolio) kanak-kanak ?  
 
2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan  
 
· pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu  
 
· soalan-soalan yang perlu difikirkan ..  
 
-kenapa pemerhatian itu dijalankan  
 
-apakah objektif yang hendak dicapai  
 
-apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)  
 
-apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan  
 
( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,  
 
bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan &hellip  
 
-bagaimana merekod maklumat  
 
-siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak ..)  
 
-bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot ..)  
 
-apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian  
 
-terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?  
 
-Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian  
 
-event sampling – perlukan masa yang lama  
 
- time sampling – masa yang pendek sahaja  
 
2.1  
Matlamat pemerhatian  
 
- Antara matlamat membuat pemerhatian :  
 
-sebagai satu latihan professional  
 
- pengalaman  
 
-mengenalpasti tingkah laku kank-kanak  
 
-membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat permainan, ruang dll  
 
-keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  
 
· Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan s  
umber  
 
2.2 Pendekatan pemerhatian  
 
· Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :  
 
-participant observation – terlibat dengan sample  
 
-without being seen – behind mirror  
 
-in distance – present in the situation  
 
-jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid  
 
pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.  
 
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian  
 
· sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak  
 
· personaliti pemerhati  
 
· pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll  
 
2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian  
 
· memilih kedudukan yang sesuai  
 
· membuat catatan  
 
2.5 Ralat dalam pemerhatian  
 
· silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku  
 
· tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)  
 
· menambah maklumat yang tidak wujud  
 
· keletihan dalam pemerhatian  
 
· gangguan cth . bunyi dari persekitaran  
 
· ketidak selesaaan  
 
· personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)  
 
· sikap bias ( biases) dalam pemerhatian  
 
· kesesuaian tempat / situasi  
 
2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan  
 
Kumpulan  
 
- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat yang samadan homogeneous ( umur dan tahap perkembangan )  
 
- sulit mencatat perbualan  
 
- sesuai menggunakan rakaman video  
 
- untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti panjang masa.  
 
- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam kumpulan dan bukan individu .  
 
Komponen kumpulan  
 
· karakter ahli kumpulan ( member characteristic) – umur , bangsa , etnik , budaya dan agama .  
 
- ianya mempengaruhi output aktiviti dalam kumpulan  
 
· tingkah laku ahli ( member behavior)  
· tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara ahli kumpulan sebagai satu sistem ( norma)  
 
2.7 Langkah-langkah pemerhatian  
 
·tentukan perkara yang hendak diperhati  
 
· merekod maklumat dengan lengkap  
 
· merekod serta merta semasa pemerhatian  
 
· hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja  
 
· rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi  
 
· rekod peristiwa positif dan negative  
 
2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)  
 
· kaedah bermaksud ‘ how to do it' dan seluruh proses yang terlibat dengan pemerhatian, prosedur pemerhatian  
 
- tingkah laku – behavior  
 
- setting dan situation  
 
· normal dan tidak formal  
 
-normal – dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik  
 
-tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa  
 
Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku  
 
· penulisan narrative ( narrative description)  
 
-menggunakan huraian yang panjang dan terperinci  
 
-on the spot  
 
-khusus kepada tingkah laku  
 
-tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian  
 
-boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian terus  
 
-cth:  
 
masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan lain tiba di sekolah . Ia meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah rak beg dan melihat rakan-rakannya . Ia melihat rakan dan keadaan persekitaran bilik darjah. Ia tidak bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerakkan matanya selama ia berdiri dan melihat terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti dalam bilik darjah .
 
tamat : 9.22 pagi  
 
kebaikan penulisan narrative  
 
-gambaran penuh tentang peristiwa sebenar  
 
-menjadi data mentah yang boleh diguna semula  
 
-mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian  
 
kelemahan  
 
-memerlukan masa dan tenaga yang lama  
 
-data perlu diproses untuk mendapat maklumat  
 
-teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan tingkah laku  
 
-memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati  
 
· time sampling  
 
-pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku yang sesuai untuk dijadikan sample  
 
- pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu tingkahlaku berulang / berlaku .  
 
Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh, bertengkar dan panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu merupakan 'samples'
 
- Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhatikan . .  
 
-cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat pemerhatian.
 
-biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan semasa membuat pemerhatian .  
 
kebaikan  
 
-mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku  
 
-tidak memerlukan belanja tinggi  
 
-jimat masa  
 
-data mempunyai kebolehpercayaan tinggi  
 
· event sampling  
 
-pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample untuk  
diperhati semasa membuat pemerhatian Cth :  
tingkah laku sosial  
 
-Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan oleh murid semasa time sampling dilakukan.  
 
- Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hendak diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis.
 
-maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding  
 
( senarai semak )  
 
-catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian  
 
-tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira ( senarai semak ) , namu jika menggunakan penulisan naratif semua perkara perlu dicatat.
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


 
 










1 comments:
selamat sejahtera...
kami di Perpustakaan Negara Malaysia ingin mengadakan bengkel puppet show yg akan di kelolakan oleh mama zakiah (isteri Yusof Gajah,illustrator buku kanak- kanak)pada 14 hb Mac jam 9.30 - 4.30 ptg di PNM.
kami menjemput semua ahli2 persatuan untuk menyertainya kerana ia percuma.
hubungi saya: 26871743 utk keterangan lanjut.T/K.
Post a Comment