RSS

Cinta - Layan Jangan, Lawan Pun Jangan

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.

Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.

Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.

Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.

“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.

Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.

Cakap biasa sudahlah.

Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.

Sama juga dengan yang lelaki.

Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?

Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2007)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

72 Responses to “ Layan Jangan, Lawan Pun Jangan ”

  • # 1 UMMU HAKIM Says:

    salam.
    mmg betul jangan lawan dan layan. tapi ramai yg sibuk cari pasangan masa belajar,
    takut tak bertemu jodoh bila dah bekerja. all the good ones had been taken

    [Reply]

    Pak Din reply on May 23, 2008 9:57 am:

    Salam

    Cantik, tepat dan terang (laser) kesimpulan Ummu Hakim, dan rugi kehidupan sekiranya tidak memikirkan ke arah itu. Saya melihatnya sebagai alternatif kepada sekiranya kita tidak membuat keputusan maka orang lain akan membuat keputusan untuk kita. Maka akhirnya Islam Melayu mahupun Islam Arab akan menyalahkan takdir. Dah jodoh dia.

    Kesannya amat besar dalam kehidupan. Kemahiran kehidupan perlu diasah dari peringkat bawah. Isunya bukan jangan layan, tetapi bagaimana melayan, di mana had melayan dan untuk apa layanan. Kalau kita merasakan dengan pelayanan itu menjejaskan tujuan asal masuk ke IPT, maka fikirkan tentang tujuan keluar dari IPT pula, menyediakan diri untuk kehidupan seterusnya. Dengan tidak melayan mungkin mengurangkan CGPA IPT tetapi mengurangkan kemahiran kerana tidak menguji diri dalam meningkatkan CGPA Kemahiran hidup.

    Kehidupan penuh dengan laluan dan ujian serupa dengan keadaan yang dibincang. Saleman datang rumah, bukan soalnya tidak boleh dilayan, tetapi kelemahan diri hanyut dilayan itu yang perlu difikirkan. Sudah pasti yang datang itu akan mencairkan hati, tetapi itu istu utamanya. Ikut hati (perasaan) atau ikut akal. Kalau tak dilatih, di IPTA, ketika silibus lain diajar, silibus mengajar akal dan hati ini diketepikan pula.

    Kita kekadang memandang remah ujian seperti ini. Bukan silibus yang perlu dimasukkan di dalam pelajaran, katanya. Tetapi di situlah kepekaan kita, kebijaksanaan dan latihan praktikal bermula, bagi yang berakal sudah pasti. Bagi yang melihatnya dengna indera lain sememangnya tidak relevant perbincangan ini. Melayan bukan dengan nafsu atau perasaan, tetapi dengan akal.

    Maka saya sangat setuju “Layan jangan, lawan jangan” kalau hati dan perasaan dijadikan modal, tetapi ingtlah hidup ini perlu bermodalkan akal untuk meraih keuntungan kejayaan. Layan dan lawanlah dengan akal. Semuga berhikmah pun terlatih kemudiannya, dengan akal dan tidak hati dan perasaan.

    [Reply]

  • # 2 MalimDemam Says:

    Haramkan saja sebarang hubungan atas nama kekasih pada zaman sekarang..Tunang pun tak boleh lama-lama. Kejadian zina sangat berleluasa. Tanyalah kaunselor di Sek,kolej,uni kalau tak caye.Mudah sangat budak sekarang skrg terjebak di kancah zina. Tiada undang2 yang cegah samada di sek, kampus atau kat luar..Ya Rabb Sallim.

    [Reply]

  • # 3 Abu Saif Says:
    Maafkan saya sebab pendekatan enforcement ni saya tak berapa percaya sangat, biar pun saya tidak menolaknya.

    Siapa yang tak tahu benda-benda haram ni? Semua tahu belaka. Tapi TAHU tu macam tak berguna dan berfungsi pulak. Sebab itu, kita nak kena cari, kat mana skru longgar dalam fikiran yang menyebabkan benda-benda ni terjadi.

    Kesemua artikal saya ialah untuk memeriksa skru-skru ni.

    Bab enforcement, carrot and stick, saya serahkan kepada pemegang cemeti di gelanggang masing-masing untuk mempertimbangkannya

    [Reply]

  • # 4 Ummizulfa Says:

    Cabaran cinta terkadang menjadi menekan untuk mahasiswa/i. Saya rasa sebab persekitaran yang menjadikannya sedemikian. orang kata tak ‘cool’ kalau tak bercouple.

    Budak sekolah pun hatta sekolah rendah pun pandai nak bermain cinta.

    Kemahiran mengurus emosi perlu diajar kepada anak-anak kita supaya pandai membawa diri dan emosi bila dikelilingi oleh faktor-faktor negatif.

    untuk mahasiswa, tidak ada yang lebih berkesan untuk melupakan cinta selain dari menyibukkan diri seperti kata ustaz dan sentiasalah ingat ibu-bapa di kampung.
    Buat ‘dek’ je bila ada orang lain bercouple …. sentiasalah ingat, bila tiba masanya cinta akan datang tanpa perlu banyak bersusah payah jika kita ikhlas.

    Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik…jadi apa yang perlu dirisaukan sangat. Berusahalah untuk menjadi yang baik kerana fitrah alam memang begitu.

    Allahu’alam

    [Reply]

    Musafir_86 reply on May 21, 2008 9:08 pm:

    Assalamu’alaikum,

    @Saudari Ummi Zulfa,

    -Ana tengok website yang saudari link tu (2uzulfa.blogpsot.com) website KRISTIANISASI! Website saudari rasanya 2uzulfa.blogspot.com kan? Hati-hati, ‘typo’ pun boleh bawa bahaya besar; jangan kita pula ‘menolong’ orang lain menyebar dakyah kristian.

    Wassalam.

    [Reply]

    Ummizulfa reply on May 22, 2008 9:53 am:

    waalaikumussalam,

    tak pasti pulak saya macam mana boleh pergi ke website tu….

    nauzubullillah menjadi penyebar kesesatan..

    I will delete my link then.

    Jazakallah

    [Reply]

  • # 5 ro ya alip dhod Says:

    Saya kira persoalan dalam artikel sebelum ini valid juga untuk isu ini. Jernihkan tujuan bercinta sebelum mencari cinta.

    Letak jauh2 semua model hubungan yang dicipta barat, kadang2 mak ayah kita sendiri legalizekan, kadang2 adik beradik bagi green light dan juga yang dicipta oleh media TV dan filem. Juga oleh nasyid2 ‘berbisa’.

    [Reply]

  • # 6 Azree Hanifiah Says:

    Kebanyakkan remaja sudah tahu hukum tentang ‘couple’ dan mendekati zina itu. Cuma ramainya sekadar TAHU tetapi tetap mengikut hawa nafsu sendiri juga.

    Dan ustaz, di universiti tempat saya belajar, yang sibuk dengan persatuan dan aktiviti dakwah pun ramai yang terlibat dalam isu ‘couple’ atau dalam ayat ustaz Maszle, ‘Cinta anta-anti’.

    Saya ada juga menulis tentang ini di entri http://studiomuslim.com/dakwah/dakwah-dan-cinta/

    [Reply]

  • # 7 mira_safiah Says:

    salam..ustaz kalau dah terlanjur bercinta macam mana lak ustaz?cth situasi…sebelum kita kenal dakwah,kita kenal cinta dulu…apa cara yang terbaik nak buat?

    [Reply]

  • # 8 kahfi8 Says:

    assalamu’alaikum.. ana setuju dengan cadangan untuk menyibukkan diri dengan aktiviti ‘memberi’ itu.. pemuda dan pemudi zaman sekarang banyak membuang masa, lebih baik diluangkan masa untuk menambah ilmu serta berda’wah.

    jangan layan, jangan lawan..

    [Reply]

  • # 9 soalhati Says:

    saya setuju sangat ngan ustaz. memang bila sibukkan diri, kita jadi tak terfkir soal cinta ni. jadi, aktifkan dirimu!:)

    [Reply]

  • # 10 ummininasma Says:

    Salam.

    Cinta bangku sekolah - jangan dilayan dan jangan dilawan. Betul! setuju. Masuk tahun 1 kat uni. senior dah tanya “tak nak cari boyfriend ke?” Well, I put the idea on hold because I don’t want to find a boyfriend but I want to find a husband and therefore I need to accomplish what I have just started because my future husband should be doing the same. Alhamdulillah bertemu jugak dengan buah hati three years after graduation. Ironically, he was my classmate when I did my degree but we never had any feelings towards each other back then. Well it is jodoh. tsk… tsk… tsk..!

    [Reply]

  • # 11 mira_safiah Says:

    salam..ustaz kalau dah terlanjur bercinta macam mana lak ustaz?cth situasi…sebelum kita kenal dakwah,kita kenal cinta dulu…apa cara yang terbaik nak buat?

    [Reply]

    concern reply on May 21, 2008 4:33 pm:

    ustaz..ni..yang ni. byk orang masalah part ni. kenal cinta dulu sebelum dakwah… :-(

    [Reply]

    SH reply on May 21, 2008 6:01 pm:

    orang dalam berdakwah pun banyak bercinta jugak!!!

    [Reply]

    egypt_medik reply on May 22, 2008 3:32 am:

    bagi saya la, bagus la sebab mira_safiah dah kenal dakwah..
    so, berdasarkan ilmu yang nti belajar, mesti nti tau batasan2 yang Islam dah gariskan dalam hubungan lelaki dan perempuan, kan?

    pada saya, kalau nti dah faham tentang konsep tu, nti jelaskan la kat ’si dia’ tu, stand nti sekarang based on ilmu yang ada pada nti tu..

    cinta tu mesti menuju ke arah perkahwinan, kan?
    di sinilah, letaknya keyakinan kita kepada Allah. andaikata dia memang diciptakan untuk nti, insya Allah, tak kemana dia tu..

    dan andaikata Allah nak gantikan dia dengan orang lain, yang lebih baik dari dia… tu semua terpulang kepada Allah..

    tawakkan dan berserah lah kepada Nya..

    beriman kepada Qadha’ dan Qadar… :)

  • # 12 ciklee Says:

    Fuyoo MalimDemam. Brutal sangat tu. Pada saya yang manusia biasa ini, amat susah untuk tidak jatuh cinta. Satu kajian menunjukkan lelaki boleh jatuh cinta sebanyak 300 kali dalam sehari. Kekasih tu susah nak dibendung, boleh saja di alam maya mahupun nyata.

    Rasanya kembali kepada sistem pendidikan kita pada hari ini. Norma-norma yang diterapkan kepada bakal-bakal pewaris dan pemimpin negara apa yang ingin di tujukan.

    Sekadar berkongsi, seorang rakan saya memberitahu. (Terserah nak terima atau tidak). 80% kelahiran di Hospital Sg. Buluh, adalah diluar nikah. Wallahualam!

    [Reply]

    Kak Ija reply on May 21, 2008 1:14 pm:

    Biar benar? Anak buluh betung kot.

    [Reply]

  • # 13 Ummu Auni Says:

    salam
    benar, saya setuju dgn pandangan ustaz
    sibukkan diri dengan aktiviti
    dengan masa yang disibukkan, tidak berfikir tentang hendak bercinta tanpa ikatan sah
    tak perlu berfikiran sejauh seperti “org lain dah ada, aku bagaimana?”
    insya Allah, ya akan tiba bila sampai masanya
    terus si lelaki ajak untuk bernikah tanda bersungguh :D

    [Reply]

  • # 14 ahmh Says:

    Saya lebih gemar dengan kaedah pengurusan kepentingan (piority management). Susun piority aktiviti berdasarkan aturan yang hak dan disiplin dan berperancangan dalam pelaksanaannya. Pastinya piority ke arah jalan yang hak mengatasi aktiviti-aktiviti batil/lagho.
    Bukan apa, takut nanti bila dah melupakan cinta, sampai tahap lupa bagaimana nak suburkan cinta bila tiba waktu bercinta sebagaimana kes melawan cinta yang penulis ulas.

    [Reply]

  • # 15 ciklee Says:

    Pengalaman saya semasa belajar dulu, tak sempat nak bercinta pun. keluarga susah. Banyak kena kerja part-time. Struggle to survive. jadi tengok anak orang dari jauh-jauh je la. Kepada yang tengah belajar, fully sponsored, tiap2 bulan dapat duit belanja tu hargailah apa yang diperolehi. Ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti anda-anda sekalian.

    [Reply]

  • # 16 Adham Hambali Says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Ya, melupakan dengan menyibukkan diri.. Tapi menyibukkan diri bukankah salah satu cara untuk melawan.. Hanya pendapat saya ustaz:) Apapun saya setuju dan gembira mengatakan itulah cara terbaik sebab saya sedang dan dah lakukan.. Belum cukup lagi sibuknya, masih lagi bertarung..

    [Reply]

    Abu Saif reply on May 21, 2008 4:01 pm:

    jangan sibukkan diri untuk mengelakkan diri dari bercinta. tetapi sibukkan diri kerana tujuan dan keperluan hidup yang pelbagai itu, Insya Allah natijahnya ialah, tak sempat nak merewang bab cinta. Itu sahaja.

    [Reply]

  • # 17 Permata_delima Says:

    Salam. Macam mana yer, sebab saya mengalami situasi yang berbeza pula? Tak taulah puncanya sebab ‘melawan atau tak layan’ cinta ke, atau ada sebab lain. Dari sekolah agama sampai habis belajar kat U, memang saya cuba elakkan untuk bercinta sebab takut bermain dengan perasaan dan nak tumpukan pada pengajian. Disibukkan dengan kerja dakwah pun ada (mungkin tak cukup sibuk kot?). Tapi, sampai la ni, tak kahwin lagi. Umur pun dah agak lanjut juga bagi orang yang tak kahwin lagi. Sampai pernah terfikir, ‘patut aku bercinta ke masa kampus dulu?’ Tapi saya berpegang pada pendapat biarlah bercinta selepas berkahwin. Cuma bila lihatkan keadaan saya sekarang ni, entahlah..(maaflah, pendapat saya bertentangan arus dengan pendapat ramai).

    [Reply]

    Abu Saif reply on May 21, 2008 4:04 pm:

    hmm… satu masalah yang complicated… tetapi yang pasti, jika masa sibuk dulu niatnya betul, maka tidaklah pula kesibukan itu jadi alasan mengapa tidak (belum) bertemu jodoh.

    Wallahul Musta’aan

    [Reply]

    Permata_delima reply on May 21, 2008 5:40 pm:

    Harap betullah niat saya masa sibuk dulu dan tak jadikannya alasan kenapa tak bertemu jodoh lagi. Cuma terfikir pasal ‘melawan dan tak layan’ cinta sebelum ni aje. Insha-Allah, harapnya saya masih dan dapat terus bersangka baik padaNya dengan keadaan saya ni. Mungkin Abu Saif boleh tolong doakan pada saya, agar bertemu jodoh yang soleh? :-) Terima kasih atas respon yang diberikan. Jarang-jarang sekali dapat respon ‘direct’ dari Abu Saif ni…Jzkk. Salam…

    [Reply]

    Tahun Akhir UM reply on May 24, 2008 8:45 am:

    Ini kisah saya.

    Dibesarkan dengan adat Melayu, saya selalu berpegang pada “kalau suka risik, kemudian tunang, lepas tu kahwin.” Kalau nak kenal lebih-lebih, masa bertunanglah buat begitu. Dan, setiap perempuan wajib dihormati kerana ibu saya juga perempuan. Pendek kata, saya masih berpegang dengan amalan orang tua-tua.

    Saya tak pernah bercinta sejak kecil sampai tamat pengajian di UM awal bulan ini.

    Sebahagian hati saya, saya isikan untuk cinta kepada tanah air, bahasa, sastera selain keluarga dan kampung halaman. Dan insya Allah, selepas ini sebahagian hati saya akan diisi dengan cinta kepada perempuan.Hahaha.

    Walaupun orang sibuk bercinta (termasuk bakal ustaz/ustazah), saya masih tak berganjak. Saya tidak cemburu dengan orang yang bercinta kerana ayah saya telah tanamkan dalam diri saya bahawa ber’couple’ merupakan satu perbuatan yang hina dan memalukan serta memualkan. Adalah menjadi satu keaiban kalau be’couple’.Hujung minggu/bulan biasanya berbengkel dan berkursus serta membaca.

    Saya tak pernah menyibukkan diri semata-mata untuk mengelakkan cinta. Apa yang saya perjuangkan ialah mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek Matematik dan Sains. Selain itu, perjuangan menyedarkan kepentingan bahasa dan sastera Melayu di samping turut menyertai usaha memperbanyak buku dalam bahasa Melayu. Kesemua ini saya lakukan kerana cinta kepada bangsa saya sendiri. Kalau hidup hanya mahu berbakti kepada diri sendiri dan keluarga, tahap kita sama seperti kebanyakan orang ramai. Kita perlu ingkatkan kualiti sebagai seorang mahasiswa.

    [Reply]

    Ummu Aniq reply on May 22, 2008 10:37 am:

    Salam.

    Soal jodoh itu adalah ketentuan Allah SWT… Saya masa belajar dulu lawan tidak, layan pun tidak walaupun ramai yang “kenen-kenen” namun jodoh datang sendiri. Jangan disesal tidak bercinta semasa di kampus dulu sebab saya lihat ada di kalangan kawan-kawan dulu, semasa bercinta bagai nak rak tapi kahwin dengan orang lain jugak! Buang masa dan buang perasaan aje!
    Sabarlah… Fikirkan hikmah disebaliknya. Allah tahu mana yang terbaik buat kita. Allah knows the best!

    [Reply]

  • # 18 ACTH Says:

    Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah. Menyibukkan diri dengan kerja yang berfaedah dpt membantu megelakkan diri membuang masa melayan cinta. Kerana org muda itu rosak apabila masa lapangnya tiada berisi :) Buat kerja2 yg berfaedah, dpt pahala n berbakti kpd org. X pun boleh cari ilmu…sibukkan diri belajar. Cinta x perlu dfikirkan sgt. Klu dah jodoh ketentuan Allah, x kan kemana. :D
    “Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah, ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil”

    Mari menyibukkan diri dengan cinta kepada Allah. InsyaAllah.

    [Reply]

  • # 19 insyirah Says:

    saya setuju bile diri tak sibuk ade kemungkinan kita melayan cinta. selama saya bersekolah saya tak berkawan dgn lelaki (sbb dok asrama yg sume perempuan). ade kawan melalui kursus semata2 utk exchange exam papers etc.

    lepas SPM dok rumah tak buat ape, mase tulah berkawan2 dgn lelaki dan akibatnye bercinta sebelum masuk uni lagi. tp tak kawin pun sbb awal sgt bercintenye..

    yg suami sekarang bercinta mase tgh practical..practical bukan buat keje sgt, tu yg boleh layan cinta.. hehe tp kire okaylah dah sampai masa yg dibolehkan kawin oleh mak ayah

    [Reply]

  • # 20 SH Says:

    Masa saya di kampus dulu, yang saya tengok mahasiswa/i yang kuat bercinta/bercouple ialah pelajar dalam gerakan dakwah, termasuk pelajar dalam jurusan Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin. Saya bukan maksudkan mereka ini berpegangan tangan/berkhalwat/berzina. Saya maksudkan mereka masing-masing mempunyai ‘ustazah’ atau ‘ustaz’ masing-masing. Menambahkan lagi, siap ada ‘biro baitulmuslim a.k.a. pencari dan penemu jodoh’ lagi.

    Menguatkan lagi keinginan bercouple ini ialah suasana bilik/rumah sewa mereka sering dipasang nasyid ‘jiwang’ (terutama Inteam/UNIC dsb.) dan antara agenda utama perbincangan kafeteria pelajar-pelajar dakwah ini ialah bertukar maklumat berkenaan ‘dia itu ‘ustazah’ dia ialah …..’ atau ”ustaz’ dia ialah …..’

    Mereka ini tidak berdating macam orang lain. Maksud saya, tidaklah pulak mereka keluar tengok wayang ke, makan berdua-duaan di kafeteria ke. Tetapi satu yang sering mereka lakukan, ialah ‘bercakap di sebalik kain tabir surau’. Namun itu tidak bermaksud mereka tidak romantik. Kalau baca pesanan sms sesama ‘ustaz-ustazah’ ini, apa bezanya dengan yang lain. Kadang-kadang di sebalik ‘ayat-ayat cinta’ sms mereka diselitkan secara tak langsung perkataan-perkataan lucah/keinginan seks dsb.

    Yang saya peliknya, saya lihat pelajar-pelajar dari jurusan Kejuruteraan/Sains Komputer atau berorientasi sains dan teknikalyang seolah-olah tiada masa untuk bercouple atau bercinta. Maklumlah, keluar ke kuliah/makmal pun pakai selekeh aje.

    Patutlah kawan-kawan lulusan Pengajian Islam atau gerakan dakwah ini majoritinya kahwin awal (average umur berkahwin sekitar 24 hingga 27 tahun, namun ada juga yang kahwin semasa belajar walaupun duit tiada) sedangkan lulusan lain masih sibuk berkerjaya (average umur berkahwin hanya sekitar 27 hingga 31 tahun).

    Apa komen ustaz?

    [Reply]

    umi nuha reply on May 23, 2008 9:44 pm:

    ade pro dan kontra cara cinta ustaz-ustazah ni(cinta anta-anti-ust maszlee)…pd pendpt saya, at least, itu lbh baik dari couple terang-terangan yang bukan sahaja bawa pada hampiri zina malah fitnah juga (tapi juga ada kontranya yang panjang utk diulas disini)…isi sms itu adalah hal antara pemberi sms dan Allah. Sekurang-kurangnya mereka faham kenapa mesti kahwin awal..

    Satu lg, saya dari jurusan kejuruteraan dan saya kahwin awal (22 thn),dan bukan saya sahaja, ramai lagi kawan sebaya dari jurusan yang sama kahwin awal…dan ada diantara mereka adalah produk baitulmuslim..saya anggap ini adalah pandangan peribadi SH, dan ia tidak umum.

    jangan layan dan jangan lawan…

    [Reply]

  • # 21 Amin Ahmad Says:

    testing usb keyboard kat sini la ustaz..hehe

    ustaz, kalau melupakannya menyebabkan kita jadi kekok bergaul dgn perempuan? (maksud saya kita jadi tak reti laras bahasa yang nak dipakai, orientasi pemikiran mereka dll?)..

    jujurnya, ni kira pengalaman ngeri satu waktu dulu la..takdela bercinta bagai nak rak..tp bila concern ditafsir sbg mencintai seseorang melebihi cinta Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w., pening juga kita dibuatnya..dah jadi sejarah pun!hurm..

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on May 21, 2008 9:06 pm:

    Tidak bercinta tidak bererti tidak langsung bergaul dengan perempuan. Cuma pergaulan tersebut perlulah dikawal selari dengan apa yang telah digariskan oleh agama.

    [Reply]

  • # 22 white_sabre Says:

    salam..
    terjumpa ayat yang rasanya berkaitan..

    “the opposite of love is not hate..it’s indifference..”
    benci pun akan ada kaitan dengan hati…hilangkan ingatan dalam hatilah cara yang terbaik untuk mengelakkan hati ada cinta…insyaallah..

    wallahualam..

    [Reply]

  • # 23 Abu Uwais Says:

    Assalamualaikum,

    Sekadar pandangan,

    Semua komen di artikel tentang ‘cinta’ ini telah kaitkannya dengan ‘nafsu’. Ustaz hurai penyebabnya (cinta), dan saya cuba komen tentang kesannya (nafsu).

    Formula yang ustaz utarakan mungkin sesuai pada mereka yang belum ber’cinta’, pada mereka yang berlatar belakang pendidikan agama dan taat terhadap adab dan adat bermasyarakat. Tetapi bagaimana pula pada 60% ke 70% dari remaja yang berpendidikan biasa yang mana imannya naik turun macam ombak di laut. Panduan hidup lebih kepada apa yang nampak dimata.

    Pelayan-pelayan nafsu ini ada yang ‘TAHU agamanya’ tinggi. Mereka menyesal selepas setiap episod ‘ aku kalah pada godaan’ tapi bila ribut nafsu datang kembali, walaupun mereka sedar tapi mereka gagal bertindak-balas; akhirnya LEMAS (perasaan yang tak dapat nak dihuraikan bila keinginan nafsu mesti dipenuhi walau dimana dan apa cara sekalipun) .

    Bila dah LEMAS lahirlah segala macam masalah sosial yang kita dengar dan tengok dalam berita. Kalau kaki motor yang lemas mereka ‘Merempet’, kalau kaki lepak yang lemas mereka membohsia-bohjan dan merosak harta benda awam, kalau kaki zina dia buang bayi, kalau bapak budak dia sumbang mahram, bagi kaki porno (bahan lucah) lemas dia boleh jadi hampir semua diatas, dan senarai berterusan.

    Sesungguhnya cinta selepas berkahwin itulah lebih selamat. wallahualam

    [Reply]

    concern reply on May 22, 2008 12:24 am:

    haah. sy nak kawin cepat2,ni tgh doa byk2.
    nak jaga diri ni…moga dipermudahkan…amin…

    [Reply]

  • # 24 House Says:

    Are we dealing with it (cinta) by trying not to deal with it?

    [Reply]

  • # 25 Hadi Mahdi Muhtadi Says:

    salam. sekadar berkongsi pandangan:

    http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2008/04/hitam-putih-dan-kelabu.html
    http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/12/cinta-daie-daieyyah-cerita-versi.html

    seadanya. wallahu a’lam.

    [Reply]

  • # 26 egypt_medik Says:

    salam..
    dalam hidup ni, kita bergaul dengan orang lelaki dan perempuan.
    memang Islam dah meletakkan batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.. cuma sebab ketidakjelasan dalam ilmu tersebut menyebabkan sesetangah mengambil tindakan yang berbeza.

    ada golongan manusia yang bercakap macam askar, tidak memandang muka atau tidak bermuka manis langsung semasa berbicara, bermuka masam atau serius apabila bertembung, dan memusingkan kepala 30 darjah apabila berselisih dan tidak menyapa apabila bertemu di jalanan(walhal kawan sekampung atau kawan sekuliah) apa berselisih antara lelaki dan perempuan…

    bahkan si ikhwah tidak mahu menjadi ‘musyrif’ dan si akhawat tidak mahu meminta bantuan ‘muysrif’ atas alasan nak menjaga hati.. takut jatuh cinta dan ini akan mengganggu hubungan dengan Allah dan pelajaran..

    apa komen ustaz?

    adakah mereka terlalu syadid atau bertindak tepat sesuai dengan ajaran Islam??

    atau

    adakah perbuatan2 begitu dikatakan tidak melayan cinta, dan boleh mengelakkan kita dari bercinta??

    apa pandangan ustaz untuk golongan macam ni? alasan yang diberikan, nak jaga hati…

    sekian, wassalam.

    u/p: musyrif ialah LELAKI yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan orang dibawah jagaannya.. sistem ni memang diamalkan di Mesir(di kalangan orang melayu).. di jordan pun, ada gak kan, ustaz? :)

    [Reply]

    neo rantissi reply on May 24, 2008 10:02 pm:

    mcm x percaya ada org yg guna reason tu utk xnak guna sistem musyrif~ pendapat saya yg humble, tu syadid x bertempat…org nk tlg memudahkan urusan dan menjaga keselamatan, so paham2 ajer la. yg pasal jalan bertembung pusing 180 darjah, teringat kata seorang sahabat, “Ek eleh, bila nmpak geng2 dak laki melayu, laju jer lari amik jalan lain, selisih dgn laki arab xper plak. Bukan aku nk tegur pun, tp jalan ni besar, xyah la susah2kan diri amik jln lain”, mungkin ada betulnya kata kawan saya ni, segan/syadid x bertempat.

    [Reply]

    ahmad reply on May 25, 2008 12:03 am:

    alaaa bai..bende mcm ni pon nak bawak ke sini ke?
    masalah mushrif kat mesir ni.byk sgt pendapat.
    so kiter berlapang dada dengan pendapat masing2 sama ada nak gune mushrif atau tak.

    [Reply]

  • # 27 HambaAllah Says:

    Saya anakdan cucu-cucu tak naklah orang-orang yang tak faham konsep belajar sepanjang hayat.

    [Reply]

  • # 28 Danial Says:

    Saya tergerak nak memberi komen di sini, sebab saya rasa cara yang ustaz sarankan itu, so far berkesan. saya dah cuba selama 3 tahun. kadang kadang tersekat jugak. terima kasih ustaz atas perkongsian ini. =)

    [Reply]

  • # 29 mira_safiah Says:

    salam…syukran.aah gtu la yang ana buat..tapi masalahnya perasaan bersalah tu sering menghantui…apa pun keyakinan terhadap perjuangan dan keyakinan Allah akan kurniakan yang terbaik jika menolong agamaNya…betul kata ustaz kita kena sibukkan diri kita dengan kerja2 islam.cara yang terbaik untuk melupakan sesuatu…benda selalu terjadi kepada madu’ baru yang lama pun ada juga…hampir 3 tahun juga,sama ngan saudara danial…tak dinafikan kadang2 tu rasa macam putus asa..cara yang ana buat,sibukkan dr hadiri prgram2 dakwah.moga orang2 yang mengalami masalah ini terus istiqamah..

    [Reply]

  • # 30 mira_safiah Says:

    cinta ni mmag complicated..moga kita tak tarjatuh dalam jurang cinta murahan.

    [Reply]

  • # 31 dhieya Says:

    saya setuju dengan ustaz. sebagai seorang pelajar, apa yang ustaz utarakan sangat bersesuaian dengan persekitaran pelajar yang sangat memerlukan konsentrasi dan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran dan aktiviti persatuan atau kemasyarakatan yang disertai. Akan tetapi, di sini pada saya terdapat sedikit cabaran bagi seorang pelajar seperti saya untuk tidak melayan perasaan dan keinginan untuk melayan cinta. Memandangkan cinta itu sendiri agak signifikan dengan pelajar yang masih lagi di awal usia dewasa atau menuju kedewasaan.
    Saya juga bersetuju dengan komen #20 oleh saudara/ri SH di atas. Bukanlah mereka yang berlatarbelakangkan pengajian Islam ini tidak tahu akan hukum bercinta pra nikah ini. Tetapi, ia seakan-akan satu fenomena baru dunia dakwah Islam dalam membenarkan pejuangnya bercinta sebelum berkahwin. Entahlah, saya sendiri pun belum benar-benar tegar untuk bersikap indifference dalam hal cinta sebelum sampai waktunya ini. Doakan saya agar terus istiqamah mempertahankan hasrat saya untuk bercinta selepas kahwin. Insya Allah… kerana, pada saya, cinta sebelum kahwin adalah sia-sia, palsu dan menyakitkan. Dan memang itulah hakikat sebenarnya.

    [Reply]

  • # 32 Adham Hambali Says:

    syukran ustaz atas nasihat..

    Doakan saya ustaz :)= Sebenarnya saya baru setahun berada di alam kerjaya slepas menamatkan pengajian diploma IT di kuis.. AlhamduLillah skrg saya bekerja sambil belajar di OUM dalam bidang Network Computing.. Utk pngetahuan ustaz, saya berumur 24 tahun.. Saya juga aktif dalam grakan dakwah di kampus.. wlupun skrg cabaran utk terus aktif gerakan dakwah diluar semakin memeningkan dan ia membuatkan saya bertambah berpeluh memikirkannya, InsyaAllah saya akan terus bertarung dan berjuang :)= Artikel2 ustaz kenapa anda berdakwah siri 1,2, dan 3 dll artikel banyak mmbantu menguatkan saya, AlhamduLillah.. Sya pernah merancang utk berkahwin pd usia ini, tetapi ayah meminta saya menangguhkannya memandangkan saya anak sulung lelaki tunggal dari 4 org adik beradik.. mknanya, saya ada 3 adik prempuan.. Saya akur, kerna redha ibuayah penting dalam menerbitkan redha Allah.. Dgn komitmen yg smkin btambah skrg, saya scara jujurnya tidak lagi meletakkan sasaran bilakah saya akan menamatkan zmn bujang.. Saya yakin masanya akn tiba, moga Allah permudahkan:)= Doakan saya… Wallahua’alam

    [Reply]

  • # 33 Redha Says:

    salam…ana tertarik dgn artikel nie…bgs gak…tp x dinafikan mmg perasaan cinta tu wujud dan sukar di kawal termasuk lah ana sndri…lbh2 lg dlm usia remaja nie,ujian nya mmg hebat…ckit2 tgk tv cite psl cinta,p klas ckit bdk dh cite psl awek2 diorang,blm p cafe lg mmg pnh dgn couple…so,terserah la mcm mne nk kawal…semoga kte dijauhkan dr cinta yg blh membawa kpd zina…igt Allah sentiasa melihat ape yg kte wat…klau dh bersedia,gne cre halal k…

    [Reply]

  • # 34 bintuQAMAR Says:

    kalau kat tempat saya ni… saya rasa nak elak dari pergi program2 dakwah…
    sebab program2 ni dianjurkan oleh ustaz2…
    kalau pergi maknanya akan bertembung dengan golongan ustaz2 ni…
    kerana sini kampus uni cawangan khas lelaki…
    dan perempuan yang ada hanyalah pelajar perubatan… yang tak sampai 50 orang pun…
    macam mana nak elak…!! aaaaaaaaaa……………
    dah cuba sibukkan diri dengan study medic yang susah ni..
    tapi, still kadang2 akan terpikir… habis tu macam mana?? isk3
    [kadang2 rasa, 6 tahun medic = tak sempat nak jumpa jodoh]
    dengan suasana tempat belajar yang pelajar kurang…ramai ustaz2 je!!
    alhamdulillah la diri masih terkawal kerana segan dengan kehadiran ustaz2 yang ramai…
    tapi, macam mana nak elak dar terfikir tentang jodoh sebab tengah study lagi…

    siapa boleh tolong~~

    [Reply]

    Abu Saif reply on May 22, 2008 8:51 pm:

    saya nak tolong selesaikan masalah bintuQAMAR tu tak pandai, tapi saya dah tolong betulkan ejaan. moga lebih sedap membacanya ya :)

    [Reply]

  • # 35 Ibn Hussin Says:

    Pelajar dgn masalah cinta semasa belajar, dan Pekerja dgn masalah bercinta semasa bekerja.

    [Reply]

    hamba Allah reply on May 22, 2008 11:34 pm:

    kahwin je lah…

    [Reply]

  • # 36 cinta :lawan jangan, layan pun jangan (versi dewasa) « Ikut Hati Anda Says:

    [...] dalam artikel asalnya, beliau sebenarnya mengulas mengenai cinta di kalangan para pelajar. Melihat betapa relevannya [...]

  • # 37 Nurman Mohd Nawi Says:

    salam ustaz..

    berkongsi cadangan ustaz klu boleh.. sbb lately saya buat terbukti berkesan, selain menyibukkan diri dgn tujuan hidup..

    caranya adalah : banyakkan bercakap/berbincang berkenaan poligami.. insyaAllah, tak ramai yg kacau.. bila xde org kacau, lebih mudah menghadapi situasi ini… heheh..

    p/s:bukan ada org kacau pun, tetapi baik buat dulu sblum ada org kacau..

    [Reply]

  • # 38 rohul Says:

    alamak, nurman berbicara poligami. insya Allah, study dulu, dah dpt PhD baru blh kawin

    [Reply]

  • # 39 Nuril_nz Says:

    mula, congrate kt ustaz utk cramah tu
    best..sy pn ade..:-D

    ustaz, mcm mn tgh2 berdakwah dn menyibukkn diri,
    tnpa di duga, cinta tu dtg..
    mmg ambil tindakan buat2 tak tahu
    tp…susahnye nk mengelak..
    kebtulan ‘dia’ mhntar khabar mluahkn perkara yg sama
    dan kami masing2 ambil keputusan utk biarkn dlu
    dan dua2 buat xtahu..
    sbelah pihak dia sy tak tahu,
    tp sbelah pihak sy, sy rasa susah
    tmbh2 berada d bwh 1 organisasi..
    apa2 cadangan? mcm mn nk buat?

    [Reply]

  • # 40 marDIHAH Says:

    benar kata ustaz, akan datang fitrah cinta pada lelaki yang benar-benar mahu mengahwini diri. Masa tu bercintalah..buatlah persiapan, merisik, pertunangan, berkenalan dalam masa 6 bulan, keluar pun biarlah ada peneman untuk berbincang mahupun jika membeli barang(sekiranya perlu)..usah merasakan sukar menjalinkan hubungan tetapi berhati-hati dan sentiasa mengawal diri. Bernikah dalam tempoh yang ditetapkan…amin sentiasa berusaha memperbaiki diri, insyaAllah…

    [Reply]

  • # 41 xara Says:

    Bila dah bekerja masuk tahun keempat, umur pula semakin meningkat dan masih bujang lagi single pula, mula la ada yang bercakap, “tulah.. dulu masa zaman belajar di universiti, jual mahal sangat. Masa belajar dululah waktu untuk mencari…,” eh, ke situ pula.

    “Masa studi dulu, masuk persatuan, tidak jumpa siapa-siapa?” tanya orang lain pula. Hoh.. saya berjumpa ramai orang. Tetapi rasanya semua maklum akan kegarangan saya. Bukan kerana mengelak cinta seperti yang disebutkan ustaz, tetapi kalau tidak garang, kerja-kerja tidak menjadi.

    Kini, zaman bekerja pun perlu menyibukkan diri. Bukan kerana mengelakkan cinta, tetapi mengelakkan ditanya orang soalan favourite, “bila lagi mahu berumahtangga?” lalu orang akan menghukum, “Kamu tidak berusaha untuk mencari,”. Tetapi apabila dipinta untuk membantu, pandai pula berdiam diri.

    [Reply]

  • # 42 syabab Says:

    erm.. maknanya, bercinta sebelum kahwin ni tak boleh ke? atau boleh bercinta sebelum kahwin tapi di sana ada batas-batas syariat yang mesti dijaga? kadang-kadang kita bukan nak sangat bercinta sebelum kahwin, cuma bila kita jumpa seseorang yang berkenan, kita terus taqdim dia sebab takut nanti kalau tak di taqdim awal-awal takut jatuh ke tangan orang lain. memang jodoh di tangan Tuhan, tapi kita kena usahakan. salah ke kalau kita berbuat demikian, dan dalam masa yang sama kita menjaga agar tidak melampau batas-batas yang di haruskan?

    [Reply]

    depankomputer reply on May 24, 2008 7:48 pm:

    ustad,mntk tolong jawab soalan yg atas ni leh?yang pasal taqdim awal tuh..ramai dah yang bagi pernyataan sebegini rupa..mekasih=)

    [Reply]

  • # 43 ana Says:

    setuju sikit dgn #20 SH..

    rasanya, di sesetengah kampus, org2 yg kuat dakwah ni juga kuat bercinta. ramai yg ada, ‘ukhti’ dan ‘akhi’ masing2. kemudian, topik perbualan/gurauan juga selalu mengenai ukhti akhi masing2.. kdg2 melibihi dr org2 yg baik biasa2.

    ada sesetengah dr mereka yg tak nak memikirkan ttg cinta semasa belajar pun, tp asyik diganggu soalan ‘mahukah dia ini?’ @ ‘kenapa taknak dia ini’. seperti menggalakkan utk ada ‘ukhti’ ‘akhi’ sendiri. kdg2 alasan yg diberi, kita kena selamatkn muslimat kita dr diambil org bukan sefikrah. pandai..

    [Reply]

  • # 44 saifuddin Says:

    cinta itu seperti jeruk, perlu diperam supaya ia tahan.

    [Reply]

  • # 45 aimi Says:

    cinta? kesibukan?

    setakat ni, saya memang sentiasa menyibukkan diri dengan mende2 luar silibus belajar, ada masa jadi koopian kat banting dulu (masa orang tengah belajar, tido, ‘berdating’ dan sebagainya) saya g susun kotak2 minuman dalam fridge koop dan jaga kaunter.

    kire memang berkesan la kesibukan ini daripada terjebak dalam perkara2 yg bukan pada masanya ini…

    pasal jodoh ini, payah jugak nak kata…
    yang pentingnya selalu berdoa semoga Allah temukan kita dengan orang yang complimentary dan yang dapat membawa kepada kehidupan yang diredhai di dunia dan akhirat… Amiiinnn,,,

    [Reply]

  • # 46 medicalstudent Says:

    salam..

    hemm…memang sukar nak lawan cinta ni..
    saya terjatuh hati pada kawan sekumpulan saya…
    memang seksa dibuatnya, hari-hari jumpa…
    tetapi, disebabkan saya nak elak perasaan itu, saya tak pernah cakap dengan dia cuma bila dia menegur tu saya cakaplah juga elok2, takde la mcm askar bertitah,
    cuma saya tak cari peluang untuk memulakan percakapan dengan dia bagi menjaga hati ni..
    masa tahun 1 mmg sukar, tapi bila dah naik tahun, saya dah makin ok, dah dapat kawal dan buat tak tahu je…
    betulkah apa yang saya buat ni?? dengan jauhkan diri macam tu??

    [Reply]

    ryna zynnirah reply on May 23, 2008 11:01 pm:

    macam sama jer
    penyelesaian masalah hati ni

    berkesan jugak rasanya bg akak ler
    hehe…

    [Reply]

  • # 47 kembara ilmu Says:

    alhamdulillah, artikel yang bermanfaat,
    syukran ustaz,
    memang sekarang banyaknya couple berleluasa cuma yang penting macammana kita kawal hati kita dan diri kita
    letakkan cinta Allah yang teratas, insya Allah Allah akan berikan cinta orang yang mencintaiNYA

    [Reply]

  • # 48 ryna zynnirah Says:

    assalamualaikum…

    cinta tu memang pelik sangat
    hadirnya x dipinta
    perginya x berpesan

    ikut suker hati dia jer
    nak datang dan pergi
    yg sakit x tertanggung
    hearty kita ler

    Cdgn ustad untk sibukkan diri tu wajar sangat
    bila masa kita terisi
    at least kurang or takder ler
    nak terfikir ker berangan ker

    so, InsyaAllah sama 2 kita doa
    yg si dia pun sama2 mujahadah untuk memBUSYkan diri dalam mencari hakikat cinta

    jazakillah ustad

    [Reply]

  • # 49 MUS00 Says:

    boleh x ana timbulkn 1 prsoalan??
    persoalan nye:::
    adakah cinta itu utk bkahwin???
    adakah cinta itu utk bzina???
    atau
    adakah cinta itu merupakan larangan ALLAH???
    sdgkn tidak sempurna iman seseorg yg tidak mencintai sedara nye.
    pendapat ana: cinta d salah ertikn sbgai satu perasaan yg brpasangan.

    [Reply]

    Redha reply on May 24, 2008 6:05 pm:

    bg ana cinta tu fitrah dan suci…terpulang kpd kita utk mencorakkanya…klau nafsu yg menguasai cinta akn menyebabkan cinta berkalung noda..tp jika sandaran cinta kpd Allah yg Maha Esa maka kita akn tng dirimbun kasihNya…cinta kpd manusia juga adlh cinta kpd Allah cnthnya Keredhaan Allah tereletak pd Keredhaan Allah…jgn kita slh tafsir cinta kpd manusia adlh sbgi alat semata-mata kpd menuju cinta Allah..bkn kh cinta kpd Allah itu meliputi segalanya…wallahua’alam..

    [Reply]

    Redha reply on May 24, 2008 6:55 pm:

    bg ana cinta tu fitrah dan suci…terpulang kpd kita utk mencorakkannya…klau nafsu yg menguasai cinta akn menyebabkan cinta berkalung noda..tp jika sandaran cinta kpd Allah yg Maha Esa maka kita akn tng dirimbun kasihNya…cinta kpd manusia juga adlh cinta kpd Allah cnthnya Keredhaan Allah tereletak pd Keredhaan Ayah Ibu…jgn kita slh tafsir cinta kpd manusia adlh sbgi alat semata-mata kpd menuju cinta Allah..bkn kh cinta kpd Allah itu meliputi segalanya…wallahua’alam..

    p/s:maaf slh taip yg kt ats…

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...