RSS

Wanita Solehah

Wanita Solehah



“Persiapkanlah dirimu wahai Muslimah sejati, kerana kau adalah bidadari cinta yang didambakan oleh penghuni syurga…”

Wanita mengikur perspektif Islam adalah pelengkap kepada lelaki dan sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah.

Malah Rasulullah memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Sebagaimana sabda Baginda bermaksud:

“Dunia ini perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

=====*( 3 Fungsi Wanita )*=====

Jika dikaji dalam lembaran Al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi utama:

1. Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh seandainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
2. Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
3. Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

=====*( Ciri-ciri Wanita Solehah )*=====

  •  Sabda Rasulullah S.A.W.: “Orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik terhadap keluarga” (Riwayat Al-Tarmizi)
  •  Mentaati dan menyenangkan hati ibu.
  •  Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan.
  •  Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketikak ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami).
  •  Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman.
  •  Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami).
  •  Wanita disuruh menutup secantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks.
  •  “Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga” (Riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi).
  •  “Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti wanita jahiliah” (Surah Al-Ahzab:33)
  •  Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita.

=====*( Wanita Contoh )*=====

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; Mereka itu isalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” (Riwayat Bukhari)

  • Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
  • Maryam ialah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat. Ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T.
  • Khadijah adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan dibahu Rasulullah.
  • Fatimah adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah, anak yang soleh, dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana kepada putera puterinya.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan tenang, mesra dan sejahtera di dunia dan di akhirat. Hendaklah mereka ini kita jadikan sebagai teladan dalam usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.

=====*( Isteri Solehah )*=====

Rasulullah bersabda maksudnya:

“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; Janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama, sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagi mu” (Riwayat Abdullah Ibn Humiad)

Jelas di sini aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

  •  Isteri solehah akan taat kepada suaminya pada semua perkara selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan lemudaratan kepada dirinya.
  •  Isteri yang solehah akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya.
  •  Menjaga maruah,
  •  Mememlihara dirinya seperti tidak keluar dari rumah tanpa izin suaminya,
  •  Tidak boleh melayan tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:
“… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah An-Nisa ayat 34)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat memasuki mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki”. (Riwayat Imam Ahmad)

Apa yang paling penting ialah:
  •  Isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya.
  •  Juga penyejuk hati ibu bapa
  •  Saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia
  •  Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan sahaja kepada ibu bapa, bahkan paling utama ia taat kepada Allah.

Akhirnya, Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yangmulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri dari pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat al-Tausi)


http://inia-lurun.blogspot.com @ Jun 2008
* Catatan: Artikel ini ditaip semula oleh Inia Lurun Sophie (inia-lurun.blogspot.com).

Susunan:
Pusat Pembimbing Komuniti Nadwah (QUDWAH)
Badan Nadwah Islamiah Pahang
No. 121A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota 25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-517 8703
E-mail: qudwah_05@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...