RSS

TAHAJUD SEORANG KANAK-KANAK

Suatu hari, dalam sebuah masjid saya didatangi lelaki yang agak berumur dan menceritakan kisah anak perempuan beliau yang darjah 6 yang amat menyentuh hati.

Beliau memulakan bicaranya bersebelahan saya. 

Ustaz...!!!Saya ada 9 orang anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat, saya tak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz...Saya mula bangun tahajud sebab dia, anak yang ke-9 ustaz ni ustaz...dia baru darjah 6, katanya kepada saya.

Suatu malam ustaz...saya terdengar air, waktu tu pukul 3.00 pagi dari bilik air rumah saya, saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz...! dalam keadaan ambil wuduk, saya tunggu kat luar, sambungnya lagi.

Apabila dia keluar saja, saya tengok dia dan tanyakan kepadanya, kenapa dik...?
"Adik ambil wuduk abah...!" jawabnya.

Kenapa ambil wuduk..? "Adik tak solat Isyak lagi...?" tanya saya pada dia.

"Adik nak solat Tahajud bah..." dengar saja nak solat Tahajud saya diam, saya pun biarkan dia.

Kemudian anak saya solat di ruang tamu, saya tengok dia berdiri ustaz...! lama-lama dia menangis dalam qiam dia...saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud. Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya. Namun selesai sahaja dia solat ustaz..., dia angkat tangan, dia berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis. Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia,

" Ya Allah ampunkan dosa ayah saya Ya Allah, dosa ibu saya Ya Allah, dosa keluarga saya Ya Allah. Ayah saya tak bangun Ya Allah, Ayah saya tak Tahajud Ya Allah, ibu saya tak bangun.."
Dia sebut nama saya dalam doa dia ustaz.....!!!, saya datang, saya peluk, saya cium anak saya ustaz.

Saya tanya kenapa adik menangis? " Adik nak tengok abah solat dengan adik, bangun malam dengan adik".

Berjurai air mata saya ustaz...!!!
"Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun Tahajud, tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi". Saya kesat air mata dan janji dengan dia, abah akan bangun selalu dan solat dengan dia, beliau kemudian lap air matanya dan menamatkan perceritaannya.

Bila kita diuji dengan penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tak seperti yang lain, kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita...Kita rasa kurang, bila kita bangun Tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita menang untuk kehidupan akhirat dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya. Dosa banyak mana pun kita, bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita. Bila kita buat dosa malam hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkan dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita...Allah.

Ulangan.
Kredit :Catatan Rawi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...