Hai gadis-gadis chomeyl yang dilamun chenta sekalian.. hehe
Kamu ngah pening ye? Ada lelaki suka sangat kat kamu tapi tak pernah ucap kata “I love you” dari mulutnya. Apakah dia benar-benar cinta padamu? Ataukah sekadar menyenangkan hatimu saja? Sedarilah bahawa ada sebahagian kekasih yang begitu sukar mengungkapkan perasaan sayangnya melalui kata-kata romantik atau kata lain ayat maniss punya hehe. Si dia hanya mampu mengekspresikan rasa kasihnya hanya melalui tingkah laku saja. Untuk lebih jelas, jom baca artikel yang Inia ringkaskan ni.
1. Selalu Teringat Ucapanmu
Jika si dia masih mengingat apa yang kamu ucapkan kemarin, seminggu, atau bahkan sebulan yang lepas, memang betul si dia sedang jatuh cinta padamu. Padahal bagimu ucapan atau ayat kamu tu taklah penting tetapi bagi si dia kata-katamu itu itu adalah luar biasa sehingga si dia akan mengingatnya sampai bila-bila pun!
2. Menjadi/ Bertindak sebagai Seorang Gentleman
Si dia menjadi/ bertukar seorang lelaki yang sopan dan kamu diperlakukan laksana seorang puteri raja. Si dia menjadi esolah-olah pelayanmu dan akan membawa kamu ke mana sahaja kamu mahu.
3. Tiba-tiba Si Dia Top-upkan Handphone Kamu
Jika kamu tiba-tiba dikejutkan dengan tambahan kredit telefon bimbitmu, tapi kamu tidak perasan yang kamu takde tambahnilai pun kredit tu baru-baru ni. So, besar kemungkinan itu adalah dari si dia yang sangat sayang padamu. Seperti itulah cara dia mengungkapkan rasa cintanya padamu.
4. Kamu Diambil kira Dalam Perancangan Masa Depan Si Dia
Si dia akan berbicara tentang perkara-perkara tentang masa depan bersamamu. Sedar atau tidak, si dia akan memasukkan kamu ke dalam rencana-rencana tersebut. Si dia akan menggunakan perkataan "kita" dan bukan "aku" atau "saya" pada ketika berbincang-bincang tentang masa depannya.
5. Mengutamakan Pendapatmu
Jika ada pilihan yang sukar, si dia akan mengikut sarananmu dan nasihatmu; malah akan memilih sarananmu itu tanpa ragu.
6. Protektif dan Caring
Sebab terlalu menyayangimu, si dia begitu protektif dan caring. Ketika kamu merasa tidak sedap badan dan beritahu pada si dia, beberapa saat kemudian, so sweet, si dia akan datang di hadapanmu dengan membawa ubat untukmu seorang.
7. Begitu Tertarik dengan Butiran Kehidupanmu
Jangan terkejut jika dia begitu memberikan perhatiannya pada aktiviti seharianmu. Jadi tidak hairan jika tiba-tiba si dia datang ke tempat di mana kamu sedang berada.
8. Besedia Membantumu Bila-Bila Masa Pun
Si dia yang sedang jatuh cinta padamu, akan bersedia menghulurkan bantuaannya untuk membantumu dalam apa situasi pun. Walaupun dirinya sedang sibuk menjalani kegiatan rutinnya, jika kamu meminta bantuan darinya, dengan serta merta si dia akan menyingsingkan lengan bajunya lalu ikut permintaanmu.
9. Mengalah dan Cepat Memohon Maaf Mungkin kamu dan si dia tiba-tiba ada konflik/ salah faham/ merajuk/ bergaduh yang comel. Bila itu terjadi, si dia akan berusaha mengalah, bahkan, memohon maaf sekalipun sebenarnya kamu yang bersalah.
10. Bersedia Berkorban demi Dirimu
Si dia akan melakukan apa saja demi membahagiakan dirimu. Menjalankan aktiviti yang sama denganmu walaupun si dia tidak menyukai aktiviti itu. Si dia sanggup berkorban demi kebahagiaanmu.
11. Memberi Perhatian terhadap Keluarga Besarmu
Si dia berusaha untuk menjadi sebahagian dari keluarga besarmu. Oleh sebab itu, si dia akan sentiasa hadir dalam setiap kegiatan yang melibatkan keluarga besarmu.
12. Sangat Terbuka Padamu
Si dia yang sedang jatuh cinta, akan berusaha seterbuka mungkin kepada kekasih yang menjadi idamannya. Si dia akan berbicara segala hal termasuk perkara-perkara remeh mengenai peribadinya.
13. Tak Lupa Hari-hari Istimewa Kamu
Dia mencatat betul bila ulangtahun kamu serta hari-hari istimewa lainnya. Dan si dia berusaha membantu mempersiapkan perayaan peringatan hari-hari istimewa tersebut.
14. Tidak Merasa Terganggu oleh Kehadiranmu
Si dia merasa bahagia berada di sampingmu. Jadi, sesibuk manapun si dia, dia tidak merasa terganggu ketika kamu mengganggunya ataupun menggodanya.
Itulah beberapa tanda seorang lelaki sangat menyayangimu sekalipun dari mulutnya tak pernah terucap kata cinta padamu sepatah pun. Saya ucapkan selamat berbahagia atas anugerah Allah yang indah ini. :)
~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~: 1000 Tanda Seorang Lelaki Sedang Jatuh Cinta Padamu Tanpa Kata 'I Love You'
Friday, May 17, 2013 |
Labels:
Love
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment