Aries (21 Mac-20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
Perwatakan: Anak mak! Smart.. Intelligent (boleh laa)..
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (betul).. Jejaka Aries suka wanita yang sopan santun, penuh tata-tertib.. Sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya..
WARNING: Jika anda betul anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah.. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya.. Hati dah luka sukar nak dibaiki.. Macam motor yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik..
Tahap Cemburu: Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx
Leo (24 Julai-23 Ogos)
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah. Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.
Perwatakan: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayanginya.. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (kadang-kadang je ego).. Pandai berkata-kata..
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya.. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti yang ada pada jejaka Leo..
WARNING: JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO.. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. Mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik mengadu kat mak..
Tahap Cemburu: Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
Virgo (24 Ogos-23 September)
Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.
Perwatakan: Pemalu, tak pandai mengawal emosi.. Suka mencari perhatian dari perempuan..
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie).. So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran.. Kuat merajuk..
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang over-over.. virgo ini gatal.. kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia..
Tahap Cemburu: Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
Libra (24 September-23 Oktober)
Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai. Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.
Perwatakan: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan ‘last minute’.. Seringkala kontrol macho depan perempuan..
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself..
WARNING: So bila nak date.. pakailah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang ni semua hensem..
Tahap Cemburu: Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
Scorpio (24 Oktober-23 November)
Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.
Perwatakan: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.. Tak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain..
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio.. (jangan kata tak kasi warning)..
Tahap Cemburu: Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
Cancer (22 Jun-23 Julai)
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
Perwatakan: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya.. (berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya.. nanti habis duit dikebas..
WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..
Tahap Cemburu: Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
Sagitarius (23 November-21 December)
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain.
Perwatakan: Fuyoooh.. siapa dapat memang untung.. Sagitarius orangnya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous..
Tips utk memikat: Sentiasa adakan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosankan..
WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’..
Tahap Cemburu: Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx
Capricon (22 December-20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun. Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.
Perwatakan: Egoistic, ada batu duduk dalam itu kepala.. pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya.. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda..
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepaslah kau nanti..
Tahap Cemburu: Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks : xxx
Aquarius (21 Januari-19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.
Perwatakan: Pijak semut tak mati.. Suka yang cantik dan menarik perhatian..
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you..
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..
Tahap Cemburu: Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces (20 Februari-20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.
Perwatakan: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan.. walaupon tak hensem..
Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila..
WARNING: Mungkin bakal jadi playboy..
Tahap Cemburu: Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Taurus (21 April-21 Mei)
Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita. Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.
Perwatakan: Mencabar, garang seperti singa, takut seperti tikus.. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri.. Suka Bantu orang lain..
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang-sorang.. kesian takde orang lain layan..
Tahap Cemburu: Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini (22 Mei-21 Jun)
Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya. Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.
Perwatakan: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya..
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua..
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran.. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer..
Tahap Cemburu: Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
0 comments:
Post a Comment