RSS

Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017

*Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017*

Klik Untuk Meneruskan Pembukaan Akaun SSPNI-Plus
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000002295

*Soalan 1 :*
*Siapa yang layak menerima insentif RM50 dalam bentuk akaun SSPN-i / SSPN-i Plus ?*

Jawapan :
Semua murid yang mendaftar tahun 1 di sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017. Ibu bapa/penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia. Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

*Soalan 2 :*
*Apa yang perlu dilakukan untuk melayakkan insentif ini?*

Jawapan :
Ibu bapa/ penjaga perlu membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Insentif ini akan diberikan apabila jumlah deposit mencecah RM50.

*Soalan 3 :*
*Adakah ibu bapa / penjaga yang mempunyai lebih dari seorang anak yang mendaftar Tahun 1 pada Januari 2017 layak menerima insentif tersebut?*

Jawapan :
Layak.

*Soalan 4 :*
*Sekiranya murid terlibat sudah mempunyai akaun SSPN-i / SSPN-i Plus, adakah akaun baharu perlu dibuka semula?*

Jawapan :
Tidak perlu. Walau bagaimanapun ibu bapa/penjaga perlu membuat penambahan deposit sekurang-kurangnya RM50 dalam tahun 2017 bagi memperolehi insentif ini.

*Soalan 5 :*
*Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk mendapatkan insentif ini?*

Jawapan :
Tidak perlu.

*Soalan 6 :*
*Bilakah insentif ini dimasukkan ke dalam akaun?*

Jawapan :
Insentif geran sepadan RM50 ini akan diberikan sekali sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM50.

*Soalan 7 :*
*Bagaimanakah cara untuk membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus?*

Jawapan :
Akaun SSPN-i boleh dibuka di ejen bank yang dilantik iaitu Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agro Bank dan RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN yang terdekat. Manakala akaun SSPN-i plus boleh dibuka melalui Eksekutif Pemasaran Online (EPO) atau secara online dengan melayari laman web PTPTN https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000002295 tertakluk kepada syarat pembukaan akaun SSPN-i Plus.

*Soalan 8 :*
*Sekiranya memilih untuk membuka akaun SSPN-i Plus, mengapa borang permohonan potongan gaji perlu diisi?*

Jawapan :
Borang potongan gaji perlu diisi kerana SSPN-i plus merupakan simpanan yang memerlukan komitmen bulanan. Ianya bagi memudahkan penambahan deposit dilakukan secara automatik bagi bulan-bulan berikutnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...