RSS

Pesan Nabi, Seminit Amalan Sebelum Tidur

Assalamualaikum warohmatulahi wabarokatuh.

Artikel ini adalah untuk peringatan buat diri sendiri khasnya, dan untuk para Muslimin dan Muslimat amnya. Antara tanggungjawab seorang penulis blog adalah dapat menyampaikan atau berpesan-pesan tentang kebenaran dan kebaikan. Mudah-mudahan dapat menjadi renungan untuk kita semua. Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku pada hari ini, mungkin ada atau sememangnya ada di antara kita yang terlepas pandang atau sudah menjadi kebiasaan melupakan amalan-amalan yang asas dilakukan dalam kehidupan kita sebagai orang Islam.

Sedangkan kita tahu sesetengah amalan jika dilakukan seumur hidup kita bakal mendapat barakah yang tidak ternilai ganjarannya. Insya-Allah.

Amalan yang paling ringan dilakukan kita adalah seperti melakukan amalan sebelum tidur. Saya rasa memang jarang kita nak buat . Yalah dan terbongkang kat tilam dan dah dapat bantal empuk, apalagi, lelap la bukan?

Fikirkan kembali!

Amalkan amalan tersebut sebelum tidur yang dikenali sebagai tafsir haqqi. Rasulullah pernah berpesan kepada Aisyah ra,

Ya Aisyah, jangan engkau tidur melakukan empat perkara.

Empat perkara yang dimaksudkan Rasulullah ialah,

  1. Sebelum khatam Al-Quran.
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
  4. Sebelum kamu laksanakan haji dan umrah.

Aisyah bertanya,

Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam satu masa?

Rasulullah tersenyum lalu bersabda,

Jika engkau tidur, bacalah,

1. Al-Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.

Surah Al-Ikhlas

Maksudnya,

  1. Katakanlah (Wahai Muhammad), (tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa-NYA.

2. Selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Allohhumma solli a’laa syaidina Muhammad wa’ala alihi syaidina Muhammad

Baca selawat sebanyak 3 kali.

3. Istighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astagfiruloh al adzhiim alladzi laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih

Beristighfar sebanyak 3 kali.

4. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Subhanaloohi walhamdulillahi wala ilaha illallahi wallahu akbar

Dibaca 3 kali.

Renungkanlah! Insya-Allah dengan usaha kita sedari kecil ini memungkinkan kita mendapat lebih hidayah dan nur keimanan yang lebih teguh dan cekal menghadapi hari-hari yang penuh cabaran pada masa ini. Amin... Amin..

Mungkin juga bermulanya amalan tersebut menguatkan dan dapat memperbaiki lagi hubungan kita dengan Allah.


Sumber: Megat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

♠aQ.DaN.pUtera.kU♠ said...

bykkn lg tips2 ya ... suka bca ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...