RSS

Sedih




Salam a'laik..
Balik kerja semalam tak tahu kenapa. Letih sangat. Mungkin sebab dah cuti 3 hari, kemudian ada kerja yg tertunggak. hmm.. Rancangan pengajaran masih belum update. Fikir jugak macam mana nak hias kelas 5 Cemerlang supaya suasana pembelajaran Matematik berlangsung dangan selesa dek kanak2 tu. Rasa 'chaos' dan serabut harini. Ramai cikgu tak datang, so banyak keja kena buat. huhu.. letih gak la, dengan tak cukup tidurnye malam tu. huhu.. tak dapat tidur sebab rindukan seseorang. tetiber lak rindu orang tu tak semena-mena, sblm ni tak da apa pulak. adehh..

so, balik keje tadi tunggu ngan Aina mak di bus stop, singgah kedai photostat kat presint 8 dan beli barang sikit (haha, sikit kuantiti tapi berat tuh nk bawak. haha). balik terus masak bihun sebab ayah duty stor arini, so lambat sikit balik. masak tuk ayah ngan mak ngan adik2, ganti shift ngan mak sebab tgh hari tadi mak da mask nasi goreng, mak nak study tuk exam bulan depan. habis masak terus tidur, ngantuk sgt. Ni bila bangun tadi, rasa sedih.. Mimpi saya agak teruk la. harap tak jadi macam tu.. ada pulak dalam mimpi tu kak Ida ngan kak Syam (staf di office) benci kat saya sebab anak diorang kena marah ngan saya (dalam mimpi tu saya marah anak kak Syam sebab baling mercun kepada orang yg lalu lalang di jalan) adehh.. punya la penat mimpi centu. astagfirullahal a'zim..

bangun2 dlm pukul 3pg, masih lagi gian ngan internet ni. adehh.. so, amiklah enpon ayah bukak internet.. dok tgk blog adik-adik ni... tetiba rasa sedihhhh sangat. hmm.. Untung adik-adik/ rakan-rakan yang dapat blajar di sekolah agama (Maahad etc.) sebab banyak tu pahala yang dapat. Dah la dapat tau bahasa Arab. tiba-tiba rasa rendah diri menjelma. Ilmu pun kurang... tambah2 lagi ilmu agama ni kurang, macam mana nak dapat jodoh yang soleh? Diri ini perlukan seseorang yg dapat membimbing diri ini... tentang imej berpurdah.., ramai bertanya diri ini, "dah berpurdah ke?", "ustazah ke?". hmm.. simbolik imej ni. inia pandang tinggi imej ni.. tenang jer, sejuk hati sangat. bila pakai rasa selamat sangat.. macam hati ini ada orang pegang. Allah lah tu kan? **k*k H*** ada cakap, hati kita semua manusia ni Allah yang pegang, kerja dakwah yang kita buat, segala ilmu yang kita bagi pada orang, sama ada faham atau tidak itu semua letak pada kesungguhan diri dan rahmat Allah.. kalau Allah nak beri hidayah, rahmat dan nikmatnya masya-Allah tak terhingga ternilainya... jadi, bila orang tanya ttg purdah ni, inia positive jawab. inia masih belum berpurdah, sebab rasa rendah diri dengan-Nya sebab masih banyak amalan dan ilmu yang kurang... pandangan orang ni, ingat kita yang berpurdah ni Ustazah. ai... A generalisation that is not really good though. I don't really like it. hmm.. tapi niat mmg nak sangat berpurdah sebab rasa selamat.

wallahualam bi shawab..
Berilah rahmat-Mu ya Allah..
Kurniakan aku jodoh yang mampu memberiku rasa selamat dan ketenangan.
Kurniakan aku rasa jiwa yang tenang akan jalan hidup yang dipilihku atas pilihan-
pilihan jalan yang lain.
Terima kasih kerana menemukan diriku dengan rakan-rakan dan sahabat
yang memberi sokongan. sudi bersama ketika susah dan senang.. Alhamdulillah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

wh0se said...

Orang kata kegembiraan boleh menyebabkan kita lupa tentang hakikat asal-usul kita yang sebenar...orang jugak berkata kesedihan mampu membawa kita kepada kebahagian yang sebenar...Hope inia kuat orangnya..dan tabah..

Inia Lurun Sophie said...

whose..
betul kata-kata whose tu.
kalau kita asyik gembira, kita akan lupakan asal usul kita. Alhamdulillah diberi kesedihan begini..
:)

Wexeeda said...

huhu ak pn sedey...
frust dgn diri ini...
takut diri ini menjauhi-Nya...

mykrk said...

السلام عليكم نور العين
ۖوَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لإنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلإِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ۝

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14, ayat 7)

Nurul, jika direnung2 semula, sebenarnya dalam diri Nurul ni banyak kelebihan Allah beri. Terutamanya (yang aku cemburui sekali) ialah Nurul ni terror dalam English! Nak tahu tak aku punyalah berazam nak pandai Eng. ni setiap tahun, tapi azam cuma tinggal azam. Bersyukurlah wahai Nurul, insyaAllah dengan cara itu nanti, Allah akan tambahi lagi nikmatNya. Ntah2 nanti mu lagi pandai kecek Arab dari aku. Yelah mana tahu dapat kawin bilioner (mesti tak btol ejaan aku tu kan?) Arab. Hah, nak tak nak kenalah cakap arab kan? nak tak nak kenalah bukak blog aku selalu kan? Sekali kita jumpa, aku ternganga2 nak kecek (pasai aku menulis jerk). Nurul dah bedezum laju cakap bahasa tu. Ha, sapa tau kan? Sebab apa? SYUKUR..... hehehe....

Inia Lurun Sophie said...

wexeeda, moga dilindungi-Nya hendaknya.. Amin..

Inia Lurun Sophie said...

mykrk, syukran ja ziilan anta.
terima kasih abe mykrk. saya bersyukur.. alhamdulillah.. :D

haha.. tapi lawak lar part 'kawen ngan pak Arab' tu.. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...