RSS

Resepi Masakan Satay

Salam a'laik...
Tiba-tiba inia rasa teringin nak masak satay di rumah. Hehe.. Jadi Inia carik resepi ni dan letak di blog supaya boleh dijadikan rujukan bila-bila masa! ;) Resepi ini Inia ambil dari MyResepi dan semoga para pembaca blog ~ Dominasi Pertamaku // My First Domination ~ yang berminat untuk memasak satay sendiri di rumah bolehlah ambil resepi ini.... ;)

Selamat mencuba! ;P

Satay Melayu Asli

27-07-07_2039

Satay penang mari..


Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)

  • BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak

  • BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk

  • BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

  • BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

whose said...

Pasni kalau whose nak wat open house ker leh la order kat inia jer...hehe..leh x?

Inia Lurun Sophie said...

whose.. hehe.. inia pun lum cuba wat lagik.. :P
nanti dah try nanti inia bgtau ler.. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...