RSS

Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan

By Datuk Mohamed Khaled Nordin

Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.Buat permulaan ujar beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Ramai Memilih Ebay?

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda manfaat menjadi ahli eBay.Semua orang tahu bahawa eBay adalah platform dimana seseorang itu boleh membeli atau menjual produk yang mereka inginkan pada harga yang rendah dan menarik.Sewaktu saya menulis artikel ini, lebih daripada USD1,000 transaksi berlaku setiap saat di laman eBay dan setiap saat juga lebih dari 1000 orang melawat laman ini dari seluruh dunia.Cuba anda gambarkan, jika anda mempunyai kedai, kemudian kedai anda dimasuki 1000 orang setiap saat dan 10% dari jumlah itu melakukan pembelian dan berapakah jumlah keuntungan yang bakal anda perolehi dalam jangka masa 60 saat? Begitulah sibuk dan lumayannya jika anda mengalaminya.Seperti mana mereka yang lain, saya juga turut memilih untuk membeli dan menjual di eBay. Kenapa saya memilih eBay dan kenapa juga orang lain memilih eBay?Jika anda inginkan produk yang berkualiti dengan harga yang menarik, silalah ke eBay. Ebay berbeza dengan laman web lelongan tempatan kerana terlalu banyak barangan tiruan atau barangan tidak berkualiti dijual.Anda boleh lihat, bagaimana handphone buatan dari China, Taiwan menguasi pasaran lelongan tempatan. Begitu juga jam tangan berjenama tiruan. Walau apapun, citarasa terletak kepada individu itu sendiri.Berfikir sejenak, kenapa usahawan internet tempatan ketika dahulu memilih laman eBay sebagai platform mereka menuntut ilmu atau mengasah bakat sebelum mengembangkan sayap ke perniagaan internet lain?Ya, ini kerana dengan memahami proses jual beli dan karenah pelanggan, kesemua ini dapat diterjemah atau dipraktikkan dalam perniagaan sebenar mereka.Akan tetapi ramai juga yang meneruskan hasrat menjadi penjual yang professional di laman eBay. Malah mereka mengaut keuntungan berganda-ganda banyaknya. Tidakkah anda mahu menyertai dan menjadi seperti mereka?

Jika anda rasa ianya perlu sebagai ilmu, apakata anda mendaftar di eBay hari ini dan rasai kehebatan kuasa lelong dunia ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Usahawan Bumiputera Digalakkan Ceburi 13 Bidang Kritikal

Usahawan bumiputera digalakkan menceburi 13 bidang kritikal dan strategik kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada negara dan usahawan itu sendiri. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop berkata, bidang kritikal itu adalah sektor bioteknologi dan herba, makanan halal, pertanian moden, farmaseutikal, teknologi maklumat dan komunikasi, petrokimia, elektrik dan elektronik, automotif, pelancongan, pengangkutan, perkhidmatan, perundingan dan profesional, serta sektor aeroangkasa.



"Industri halal umpamanya, ia akan memberikan pulangan sebanyak AS$0.5 trilion sehingga AS$2.5 trilion setahun dan ini merupakan peluang keemasan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pasir Mas 2006 di sini, hari ini.




Sementara itu, Khamsiyah berkata kementerian tidak mahu koperasi menjalankan kegiatan seperti kaedah konvensional iaitu semata-mata mahu memberikan tumpuan pada kebajikan ahli semata-mata. "Kita nak koperasi lebih mantap lagi iaitu ke arah keusahawanan dan bergerak bersama secara mantap dengan menggunakan modal ahli yang ada,'' katanya. Khamsiyah juga berkata dengan tertubuhnya Suruhanjaya Koperasi tidak lama lagi, ia akan menjadikan koperasi yang ada di seluruh negara berdaya saing kerana kementerian menyediakan dua tabung untuk menggerakkan koperasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...