RSS

Makin kita berumur

Makin Kita Berumur...

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni,
6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur,
7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal,
*8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, sehari kena baca Al-Quran,*
9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali,
10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga,

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

🍩🍇30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN🍰🍛

Jom Prepare!

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..
❤💙💛🧡💜💚🖤

SILA SHARE DAN SEBARKAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BILIK AIR PUNCA REZEKI TERHALANG

BILIK AIR PUNCA REZEKI TERHALANG

Hari ini saya nak share bab bilik air. Saja nak share walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.

PERTAMA

Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah kita. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – kita termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SETAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.

Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?

Tandas kotor
Adakah bilik air kita bersih seperti ini?

☑ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?

☑ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?

☑ Sinki dalam bilik air berkerak?

☑ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?

☑ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Setan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Setan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!

☑ Setan dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

☑ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

☑ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

☑ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.

*Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: _“Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits_ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)*

Kongsikan jika bermanfaat kpd org lain..In Shaa Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...