RSS

Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017

*Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017*

Klik Untuk Meneruskan Pembukaan Akaun SSPNI-Plus
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000002295

*Soalan 1 :*
*Siapa yang layak menerima insentif RM50 dalam bentuk akaun SSPN-i / SSPN-i Plus ?*

Jawapan :
Semua murid yang mendaftar tahun 1 di sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017. Ibu bapa/penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia. Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

*Soalan 2 :*
*Apa yang perlu dilakukan untuk melayakkan insentif ini?*

Jawapan :
Ibu bapa/ penjaga perlu membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Insentif ini akan diberikan apabila jumlah deposit mencecah RM50.

*Soalan 3 :*
*Adakah ibu bapa / penjaga yang mempunyai lebih dari seorang anak yang mendaftar Tahun 1 pada Januari 2017 layak menerima insentif tersebut?*

Jawapan :
Layak.

*Soalan 4 :*
*Sekiranya murid terlibat sudah mempunyai akaun SSPN-i / SSPN-i Plus, adakah akaun baharu perlu dibuka semula?*

Jawapan :
Tidak perlu. Walau bagaimanapun ibu bapa/penjaga perlu membuat penambahan deposit sekurang-kurangnya RM50 dalam tahun 2017 bagi memperolehi insentif ini.

*Soalan 5 :*
*Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk mendapatkan insentif ini?*

Jawapan :
Tidak perlu.

*Soalan 6 :*
*Bilakah insentif ini dimasukkan ke dalam akaun?*

Jawapan :
Insentif geran sepadan RM50 ini akan diberikan sekali sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM50.

*Soalan 7 :*
*Bagaimanakah cara untuk membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus?*

Jawapan :
Akaun SSPN-i boleh dibuka di ejen bank yang dilantik iaitu Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agro Bank dan RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN yang terdekat. Manakala akaun SSPN-i plus boleh dibuka melalui Eksekutif Pemasaran Online (EPO) atau secara online dengan melayari laman web PTPTN https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000002295 tertakluk kepada syarat pembukaan akaun SSPN-i Plus.

*Soalan 8 :*
*Sekiranya memilih untuk membuka akaun SSPN-i Plus, mengapa borang permohonan potongan gaji perlu diisi?*

Jawapan :
Borang potongan gaji perlu diisi kerana SSPN-i plus merupakan simpanan yang memerlukan komitmen bulanan. Ianya bagi memudahkan penambahan deposit dilakukan secara automatik bagi bulan-bulan berikutnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING

JIKA KAU RASA....

Jika kita rasa dikhianati oleh saudara kandung, ingatilah bagaimana kisah Nabi Yusuf A.S yang dikhianati oleh abang-abangnya sehingga dicampak kedalam perigi.

Jika kita rasa orang tua menentang dalam soal agama, ingatilah kisah Nabi Ibrahim A.S yang dibakar hidup-hidup oleh  bapanya sendiri.

Jika kita rasa diejek-ejek oleh saudara mara, ingatilah kisah Nabi Muhammad S.A.W yang sering diejek oleh saudara maranya sendiri.

Jika kita rasa masalah hidup terlalu berat menghimpit jiwa, ingatilah kisah Nabi Yunus A.S yang terperangkap dalam perut ikan nun, gelap gelita tanpa cahaya termangu seorang diri.

Jika kita rasa penyakit yang kita hidapi begitu berat dan seolah-olah tiada penawar, ingatilah kisah Nabi Ayub A.S yang sakitnya begitu berat tanpa ada penawar melainkan dari Allah.

Jika kita rasa hina dan rendah diri kerana fizikal, ingatilah kisah Nabi Musa A.S dimana beliau tak boleh bercakap dengan sempurna.

Jika kita difitnah dengan pelbagai tohmahan yang keji dan hina, ingatilah kisah Aishah R.A yang difitnah sehingga seluruh kota memperkatakan tentangnya.

Jika kita rasa sunyi hidup keseorangan, ingatilah kisah Nabi Adam A.S yang bersendirian ketika diutus ke muka bumi.

Jika kita tak dapat melihat logik atas apa yang berlaku dan hati memberontak tertanya-tanya kenapa berlaku sedemikian, ingatilah kisah Nabi Nuh A.S yang diminta membina kapal/bahtera tanpa banyak tanya dan soal oleh Tuhannya.

SubhanAllah... Allahhu Akbar...

ALLAH menguji pesonaliti hebat dan para Nabi agar suatu hari nanti jika ada diantara kita diuji sebegini, janganlah bertanya "WHY ME?"

Ingatlah kepada kisah-kisah insan terdahulu yang hebat diuji, agar ianya menjadi pesanan sanubari setiap jiwa dan hati.

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIP NAK BERJAYA UNTUK USAHAWAN OLEH JUTAWAN MALAYSIA

TIP NAK BERJAYA UNTUK USAHAWAN OLEH JUTAWAN MALAYSIA 😊

1.Jangan buat bisnes,anda tak tahu tentangnya.

2.Nak bisnes,kena ada black n white.

3.Panggil pekerja,staf kita dengan ayat "TEAM"
T-Together
E-Everyone
A-Achieve
M-More

4.Tips Abjad A-J untuk orang bisnes berjaya

A-Attitude
-nak berjaya,attitude mesti berfikiran positif
-jutawan ini pernah pergi seminar bisnes nama BNI-Business Network International yg dihadiri puluhan/ratusan(jika x silap) ribu usahawan dari luarnegara,
jam 6.30 pagi sharp dah kena ada masa seminar BNI.
.
.
B-Ada tiga abjad "B" yg utama:
i)Believe-percaya dengan bisnes boleh buat kita berjaya,jutawan ni rekomen tengok cerita shark tank
ii)Brave-berani amik risiko jadi usahawan secara fulltime
iii)Big Why -kata jutawan ini,kebanyakan usahawan yag dah berjaya mesti ada big why.Biasanya big why mereka kerana parent,family,children,dan wife.
.
.
C-Commitment
boot strap-usahawan peringkat baru,mesti ikat penuh 100% commitment,bersusah2 dahulu maksudnya,bersenang2 kemudian.
.
.
D-Discipline
.
E-Enthusiasm(semangat)
-kita sebagai entrepreneur atau majikan sekalipun,kitalah yang paling mesti semangat,kalau tak,konfirm pekerja kita pun tak semangat.
-cara senang,buat affirmation,affirmation ni,dlm seminar IMKK oleh Azizan Osman dipanggil declaration,contoh senang,kita bangun dari tidur,
terus katakan pada diri sendiri dengan semangat "KAU MEMANG BOLEH !"
.
.
F-Fokus
-dalam bisnes,mesti fokus 1 bisnes dulu.
contohnya apabila helang nak cari mangsa iaitu ikan,ia akan fokus pada 1 ikan yang nak ditangkap walaupun ada banyak ikan di suatu kawasan,
kalau helang tak fokus tengok semua ikan,peninglah helang tu nak tangkap ikan last2 gagal hehe.
.
.
G-Goal
-apabila dah fokus,mesti ada matlamat sekali.apa matlamat yg ingind dicapai?
-matlamat msti ada matlamat jangka pendek,sederhana dan panjang.
.
.
H-Honesty(kejujuran)
-ultimate goal buat bisnes mesti jujur dan amanah
-jangan menipu testimoni produk/servis apabila buat bisnes
.
.
I-Ikhlas
-bantu orang tanpa mengharap,jangan mengungkit dan bantu untuk dapatkan suatu ganjaran maksudnya.
.
J-Just Do It
-seminar junkies-lompat-lompat seminar
-buat sahaja apabila sudah ada ilmu,jangan lompat-lompat seminar,ambil tindakan.

KREDIT:Tn. Hj.Imran Hadi(speaker jemputan seminar funnelevo.com 15APRIL 2017)
*diambil dari whatsapp group saye= sbg nota peribadi gak sambil sharing - Inia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...