RSS

Saya Diragut Mat Rempit 3 Hari Lalu & Sekarang Saya Sudah Meninggal Dunia.





-->


-->
“ Saya adalah seorang isteri, ke pasar tani menaiki motorsikal untuk membeli barangan dapur sebentar. Selepas membeli barang, sedang menunggang motorsikal dengan tak semena-mena dua lelaki bermotorsikal (MAT REMPIT) cuba meragut beg tangan yang berada di bakul motorsikal saya. Oleh kerana perbuatan mereka itu, saya gagal mengawal motorsikal yang sedang ditunggang dan saya jatuh ke jalan raya dengan kepala saya tersembam di jalan raya. Hidung dan telinga saya berdarah-darah. Saya dimasukkan segera ke hospital dan saya berada dalam keadaan koma selama 3 hari. Pada jam 7.30 pagi tadi, 5 Mei 2009, saya telah disahkan meninggal dunia.”


Mungkin inilah pernyataan yang dibuat mangsa kepada para wartawan sekarang jika ditanya. Apakah yang anda rasa sebagai pembaca kepada pernyataan di atas? Bayangkan anda berada di tempat wanita tersebut. Gerunkan? Dan sekarang, anda letakkanlah diri anda sebagai pembaca kepada berita kematian beliau. Dan sekarang apa yang anda rasa? Geram bukan? Jika tadi perasaan gerun melanda diri, sekarang perasaan geram, dan mungkin kasihan, marah dan pelbagai lagi perasaan berlegar di kotak perasaan anda – dan perasaan itu ditujukan kepada mangsa.


“ Saya sendiri pun dah beberapa kali kena samun, rompak dan ditikam. Saya minta tolong sangat pada pihak berkuasa tengok serius pada perkara macam ni. Ambil tindakan yang keraslah pada orang-orang macam ni…” kenalan (atau mungkin saudara) kepada mangsa di atas tadi mengeluarkan pernyataan ini dengan memek wajah yang ketakutan dan kekesalan dengan nada suara yang bergetar hampir menangis apabila wartawan menemubual beliau di luar hospital.


***


Berita kematian wanita tersebut saya saksikan di Buletin Utama lebih kurang jam 8.20 malam. Memang tersirap darah dan menggigil jugalah badan ni bila tengok berita tu. Mat rempit. Mat Rempit. MAT Rempit. MAT REMPIT. MAT REMPIT.


Ada apa dengan Mat Rempit?

“Sangat kesempitan wangkah budak-budak rempit tu hingga wanita yang sedang menunggang motorsikal itu sanggup diragut?” – Dah kalau sampai terdesak meragut orang yang tengah menunggang motor, namanya memang nak sesangatlah duit bebudak Rempit tu. Nak buat apa dengan duit tu? Nak upgrade motor? Nak beli minyak motor? Nak beli minyak masak kat umah? Nak beli henpon baru? Nak beli dadah? Nak beli ubat untuk emak yang sakit?

“Sangat kekurangan pantauan dari ibubapakah ‘kanak-kanak’ itu?” – Mak ayah sibuk bekerja sampai malam kot? “Balik dari tempat kerja kat rumah nak rehat je, anak-anak OK je kot… Tak yah amik tau kot pasal diorang.. Dah besar-besar dah anak-anak aku…”

Kurang kasih sayang sungguhkah budak-budak rempit itu hingga mahu mencari perhatian dengan melakukan jenayah dan menarik perhatian pihak polis dengan pernyataan lutsinar – “Pak cik polis, sayangilah saye pak cik polis. Saye dah berjaye tarik perhatian kamu terhadap saye. Tangkaplah saye. Bawaklah saye ke balai masuk hotel bername lokap. Bagilah leteran pade saye bahawa benda saye buat ni salah. Bagilah bimbingan kat saye. Mak ayah saye tak kisah pun kat saye..” —Mungkinkah pernyataan begini yang ada di benak fikiran para Mat Rempit ini?”

“Ibubapa tidak buat inisiatif memantau anak-anak merekakah?”

“Sangat takutkah ibubapa untuk menegur anak-anak jantan mereka?”

“Kenapa semua Mat Rempit adalah orang Melayu?”- Sebenarnya ada saja, orang putih pun ade merempit jugak. Tak caye? Cuba tengok cerita Ghost Rider nombor 2/3.

“Pihak berkuasa kurang membuat pantauankah?” – Siapa PIHAK BERKUASA tu? Polis? Majlis Perbandaran? Menteri Kerja Raya? Perdana Menteri? Atau bisnesmen? Berapa ramai pihak polis yang cedera atau terkorban semasa melakukan operasi menangkap Mat Rempit? Mungkin nak kena ‘transform’ semua anggota polis Malaysia kepada polis ROBOCOP yang ada pertahanan dan kekuatan diri yang super kat Malaysia ni baru aman kot Malaysia (atau dunia) ni dari jenayah? Naper tak ambik contoh Cicakman? Naper Robocop? Cicakman kan dari Malaysia? Tak patriotik lah kalau ambik contoh Robocop dan bukan Cicakman. Hmm… Cicakman bukan orang Malaysia lah awak, Cicakman warga Metrofulus. Orang yang buat Cicakman tu yang orang Malaysia. Jadi tak timbul isu patriotisme atau tak patriotisme dalam kenyataan saya ni. Robocop pulak dari Metropolis. (Betul ke dari Metropolis ni? Dalam ingatan ni rasa macam betullah dari Metropolis. Betulkan saya jika saya salah). Persamaan nama tempat tinggal Robocop ngan Cicakman hanya terletak pada ‘Metro’ dan beza nama pula letaknya pada perkataan ‘Polis’ dan ‘Fulus’. Pada perkataan sahaja boleh memberi gambaran mana yang perlu dipilih. Perkataan ‘polis’ memnunjukkan ketanggungjawabab tehadap keamanan sosial dalam masyarakat. Kalau perkataan ‘fulus’? Fulus = wang. Duit. Duit = Materialistik. Nampak mementingkan kebendaan sangat daripada mementingkan keamanan kalau guna contoh Cicakman. Lagipun memang tak petriotik jugalah kalau bandaraya Malaysia diubah animasi grafik macam kat luar negara. Kurang tulen sikit kat situ. Jadi, sebab itulah suka saya menjadikan ROBOCOP menjadi contoh terbak tuk tukar para polis di Malaysia ni…

vs.

“Tak takut mati ke bebudak rempit ni?” – Bukan ke bagus jika bebudak rempit punya KAMIKAZE ni digunakan di ISRAEL sana membantu saudara Palestin yang berusaha untuk perjuangkan hidup mereka.

“Jika hukum hudud dilaksanakan, akan terjadikah lagi perbuatan sebegini?” – Agaknya kat Malaysia ni kalau perundangan Islam benar-benar dipraktikkan, masalah jenayah masih berleluasakah?

***

“Time kitorang dulu pun ada jugak macam merempit ni, tapi kitorang bukan berlumba pun. Kitorang cuma dalam satu kumpulan naik motor ramai-ramai pusing KL jalan-jalan. Paling layan pun time kat selekoh Jalan Parlimen, ader gak layan pergi ke Brickfields. Itu pun untuk jalan-jalan je, takdelah sampai nak berlumba dan dapat pulak hadiah berupa ‘bohsia’ untuk para pemenang macam budak-budak rempit sekarang. Takde moral langsung. Kalau kata untuk suka-suka tu tipu la. Sampai ko punya nyawa (dan orang punya dara) buat taruhan, tu kerja gila! Korang mati pun mati katak je. Ingat la Tuhan adik-adik oi. Korang merempit tu maknanya korang sengaja mencarik pasal membunuh diri. Membunuh diri haram dalam agama. Tak bau syurga korang tahu?” – Mikail (bukan nama sebenar), awal 30-an, Seremban.

Moral: Kepada adik-adik atau abang-abang yang suka merempit, cubalah untuk berubah kerana nyawa itu berharga. :) Moga diberi hidayah hendaknya...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tiga beranak pilu tunggu jenazah mangsa ragut

Oleh Johan Afandi
johan@bharian.com.my



RAZALI Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari.


Wanita hamil diragut mati selepas 3 hari koma meninggal selepas diragut; Mangsa jatuh motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang mengandung dua bulan meninggal dunia semalam, selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Ahad lalu.

Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius di kepala akibat terhentak di atas jalan.
Suami Jamilah, Razali Ahmad, 41, berkata pada hari kejadian isterinya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebagai jurujual di kedai kraftangan di pekan Air Hitam ke rumah di Taman Mekar.

Katanya, isterinya berhenti untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Taman Air Hitam dan selepas itu menunggang motosikal jenis Honda EX 5 bersendirian sebelum diragut dua lelaki yang juga menunggang motosikal.

"Jamilah dikatakan terjatuh daripada motosikalnya dengan mukanya terhentak pada jalan. Seorang rakan abang saya yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki, terbabit melarikan diri manakala isteri sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA.

Razali berkata, mereka mempunyai empat anak berusia antara 17 dan lima tahun hasil perkahwinan terdahulu dan Jamilah mengandung dua bulan selepas mereka berkahwin tujuh bulan lalu.

"Saya mempunyai dua anak berusia 17 tahun dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama yang meninggal dunia akibat barah, manakala Jamilah mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan lima tahun dengan suaminya terdahulu. Kami berkahwin selepas Aidilfitri lalu," katanya yang bekerja sendiri.

Katanya, Jamilah pernah diragut pertengahan tahun lalu, di Jalan Johor-Air Hitam ketika menunggang motosikal dan turut kehilangan beg tangan yang diletakkan dalam bakul kenderaan itu.

Sehubungan itu, katanya, seorang rakan mengajar Jamilah menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelak kehilangannya akibat diragut.

"Berdasarkan cerita rakan, motosikal Jamilah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi... ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal kenderaannya sebelum terjatuh," katanya.

Razali berkata, arwah isterinya dibawa ke HSA daripada Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu, bagi menerima rawatan rapi tetapi gagal diselamatkan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta muka.

Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam juga.
* Sumber berita : Berita Harian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Ariey said...

Aku turut bersimpati pada keluarga mangsa..semoga rohnya dicucuri rahmat..inilah keadaan anak muda kita skrg yg lebih memalukan mereka bangsa melayu dan sudah tentu beragama islam dimana letaknya agama mereka..ingatlah kita didunia hanya tempat persinggahan dan di akhirat adalah tempat yg abadi.

Inia Lurun Sophie said...

ariey...
benar, moga dirahmati.
memang geram sangat bila dapat tau berita ni. hmm

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...