RSS


Pengenalan
Program Ibadat Aqiqah OnLine adalah satu program dimana sesorang yang berhajat untuk mengaqiqahkan anak mereka mewakilkan pengurusan Kijang Kota Trading untuk menyempurnakan ibadat tersebut. Pembeli hanya perlu memilih haiwan ternakkan yang hendak di sembelih dari gambar sampel yang dipaparkan, menyatakan butir-butir anak dan membuat pembayaran kepada Kijang Kota Trading.

Kijang Kota Trading pula, setelah menerima pembayaran akan menguruskan ibadat tersebut dan memilih ternakan untuk di sembelih, melapah dan menghantar daging ke Madrasah Tahfiz atau ke Rumah Anak Yatim untuk di masak

Butir-Butir Aqiqah
Pembeli memberi butir-butir anak (nama, jantina, tarikh lahir dan menetapkan dimana daging harus disedekahkan) dan mewakilkan pengurusan Kijang Kota Trading untuk menguruskan penyembelihan, memasak dan pembahagian daging.

Haiwan
Pembeli memilih haiwan ternakan dari gambar sample yang dipaparkan. Bagi haiwan ternakan kambing, Kijang Kota Trading menyediakan 4 pilihan iaitu Bebiri Kampung, Bebiri Import (Merino), Kambing Kampung dan Kambing Import (Farell).



Lain-lain
Pembeli akan menerima Sijil Aqiqah dari Kijang Kota Trading (optional). Sijil tersebut akan di pos ke alamat pembeli sebaik sahaja urusan Ibadat Aqiqah selesai.

Kijang Kota Trading akan mengambil amanah untuk menyempurnakan amalan ibadat aqiqah selewat-lewatnya 3 hari sebaik sahaja menerima pembayaraan penuh, butir-butir anak dan jenis haiwan yang di pilih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...