RSS

Zikir Pagi dan Petang (Fajr Du'a)


بسمك اللهم ندعو

في غدو وروى

لك منا كل حمد

في مساء وصباح

حبلنا منك رشدا

واهدنا سبل اصلاح

إن تقوى الله نور

وطريق للفلاح

bismikallahumma nada`u= in the name of Allah

fi ghuduwiw wa rawah= we pray,in the morning and evening

laka minna kullu hamdin= for u all the praise

fi masaiw wa sobah= in the morning and evening

hablana minka roshadah= give us the guide

wahdiina subulasolah= show us the right path

inna taqwa allahi nurun= truly, taqwa to Allah

wa toriqul lil falah= is the light and way to success

Dengan namamu Ya Allah

Kami meminta pada waktu pagi dan petang

bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang

kurniakan kami dari sisiMu petunjuk

Tunjukkan kami jalan kebaikan

sesungguhnya ketaqwaan kpd Allah

cahaya dan jalan kejayaan

Sumber: Amalgamation of Thought

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~: NASI GORENG BELACAN KLOROFIL@ Nasi Goreng Belacan Hijau.

Resepi: NASI GORENG BELACAN KLOROFIL@ nasi goreng belacan hijao. (seswai untuk diberi kepada mereka yg bukan pemakan sayur-sayuran secara langsung -direct-).

assalamualaikum dan camat pagee kepade tuan2 dan puan2 sekalian, bertemu agi kiter dlm rancangannnnn, "Macak Macak Bersame Inia LuLun Sopi".... ;> kali ni ye, tema kite adelah Kesihatan Darah yang baik bermula dari pemakanan yang berwarne hijau semulajadi....(haha, merepek hape ni..) :D resepi kali ni saye dapat ilham baru jew tadi-12 jun 2011 jam 9.30 pagi-, adelah seswai untuk disediakan kepada mereka yang bukan pemakan sayo-sayoran. kite masak terus direct sayo tu kedalam nasi supaye jadi 'halimunan' di mata mereka yang susah nk makan sayo nie...

APE YG KITE PERLUKAN NI??
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 7 biji cili padi
- belacan sama besar ngan ibu jari
- 3 batang sayur sawi
- 5 sudu besar minyak masak
- 5 cawan nasi
- 1 sudu besar gula
- garam ngan tok aji secukup rasa

JOM MULE MASAKKKK ;>

1. masukkan bawang putih, bawang besar, cili padi, belacan dan sayur sawi ke dalam blender, blender bagi hancur lebo kebabo! :))
2. panaskan kuali, bubuh minyak 5 sudu besar tadi, lepas tu masukkan bahan2 yg diblender tadi..
3. biar mendidih, pastu masukkan gula 1 sudu, kemudian garam dan tok aji.
4. selepas gaul rata boleh masukkan nasi dan goreng hingga garing.
5. dah, sekarang boley bersiap tuk makannnn.. ;>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Masak Lemak Ikan Keli Salai Tempoyak

Salam.., saja mau kongsi resepi yg dibuat nie, manalah tau kawan2 nak cube wat... insya-Allah sedap rasanya. Ni hidangan tuk 5-6 orang.:

BAHAN-BAHAN:


  • 5 ekor ikan keli (disalai atas kuali leper wat burger tu- salai sampai kepala tercabut! haha)
  • 2 ruas jari asam jawa untuk basuh ikan keli (nak bagi hanyir ikan keli kurang, guna limau nipis atau limau kasturi pun boleh)
  • 2 ruas jari telunjuk kunyit hidup besar dan debab
  • 2/ 3/ 4 biji bawang besar (fungsinya salah satu supaya kuah tak cair)
  • 2 biji bawang putih
  • 2 ruas jari telunjuk halia (resepi saya memang suka letak halia dalam masak lemak, tujuan kesihatan: buang angin dalam badan.)
  • 6-8 biji cili padi (ikut la kalau tak mahu pedas boleh kurang lagi)
  • 3 batang serai
  • 4 keping asam keping (asam keping saya kecil-kecil, kalau besar bunganya 2 sahaja)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 cawan santan parut
  • 1 kotak santan kotak (ikut p la nk guna jenama apa, haha)
  • Garam ngan tok aji (terpulang pada individu, kalau tak guna ajinomoto boleh tukarkan dengan gula) secukup rasa~~

JOM MASAK! :


  1. Ikan keli tu sebelum salai kena ramas-ramas dengan air asam supaya hanyir hilang dan naik bau sedap.
  2. Letakkan garam sikit kat tangan kemudian diramas-ramas rata pada ikan keli, kemudian bubuh serbuk kunyit kat ikan keli.
  3. Panaskan kuali leper, kemudian letakkan 2 sudu besar minyak masak, dan salailah ikan-ikan keli bagi masak.
  4. Sementara tunggu ikan keli disalai, blender bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit, halia, dan satu batang serai beserta air.
  5. Panaskan 6 sudu besar minyak dalam kuali, kemudian boleh terus masukkan bahan-bahan yang diblender ke dalam minyak. Biarkan hingga pecah minyak.
  6. Titik 2 batang serai yang berbaki tadi, dan masukkan kedalam kuali, gaul bagi rata supaya tiada hangit pada dasar kuali.
  7. Masukkan asam keping, garam, ajinomoto dan air sikit, supaya asam keping tu keluarkan rasa masam.
  8. Apabila mendidih masukkan santan parut. Biarkan hingga mendidih dan kuah nampak pekat pekat.
  9. Selepas mendidih, masukkan tempoyak.
  10. Tambah air sedikit (kalau nak bagi lebih kuah) dan rasalah kuah itu, kalau masin boleh ditambah air.
  11. Tambah lagi 1 kotak santan kelapa bagi dia pekat, dibiar mendidih.
  12. Ikan keli yang disalai tadi dimasukkan ke dalam bekas hidangan, dan terus tuangkan kuah masak lemak cili api tempoyak yang dimasak ini ke dalamnya (ni wat style macam masak hotel lak - kate adik saye-, haha)
  13. SEDIA UNTUK DIMAMAMMMMMM... AUMMMMM... NYAM NYAMMMM
Selamat mencuba! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...