RSS

Menu Seminggu Untuk Meningkatkan Berat Badan




Assalamualaikum semua...

Untuk posting kali ini, adalah atas permintaan daripada rakan saya Whose, yang mana beliau meminta saya untuk memuatkan artikel tentang Menu untuk meningkatkan berat badan pula. Klik untuk ke ---> [Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan]


========================

Isnin

Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping tosai + dhal  +  1 biji kuih apam + nescafe susu
Minum Pagi: 2 biji karipap + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan masak kari + 1/2 cawan kangkung goreng + 1 potong betik + air suam
Minum Petang: 2 biji pau kacang kukus + teh tarik
Makan Malam: 1 pinggan mee goreng + 1 biji epal
Snek: 1 gelas susu penuh krim

Selasa

Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 3 keping roti + 2 sudu jem/kaya & marjerin + milo susu
Minum Pagi: 2 biji tauhu sumbat + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 2 ketul rendang ayam + 1/2 cawan sayur campur + 1/2 biji jambu batu + air suam
Minum Petang: 1 biji jagung kukus + nescafe tarik
Makan Malam: 1 keping roti nan, 1 ketul ayam tandoori, 1 mangkuk dhal, 1 gelas air lobak susu
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah epal

Rabu

Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk mee kari + 1 biji kuih keria + teh tarik
Minum Pagi: 2 keping kuih ketayap + air suam
Makan Tengahari: 3 potong pizza + 1 mangkuk salad + 1 gelas air sirap limau + 1 biji pisang emas
Minum Petang: 2 ketul vadai + teh o
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan kailan goreng + 1 gelas jus buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah oren

Khamis

Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + nescafe susu
Minum Pagi: 2 biji cucur badak + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk sup tulang/ayam dan isinya + 1/2 cawan sayur hijau + 1 biji epal + air suam
Minum Petang: 2 ketul pulut panggang + teh O
Makan Malam: 1 ketul burger + 1/2 cawan kentang goreng + 1 biji limau + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 keping roti bakar

Jumaat

Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 3 keping roti & 2 sudu marjerin + 1/2 cawan kacang panggang + 1 biji telur hancur + nescafe susu
Minum Pagi: 2 ketul kuih seri muka + air suam
Makan Tengahari: 1 cawan nasi briyani + 1 ketul ayam masak merah + 1/2 cawan sayur campur + 1 potong tembikai + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 mangkuk bubur kacang hijau + teh O
Makan Malam: 1 keping capati + 1 ketul ayam masak kari + 1/2 cawan kobis goreng + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 ketul burger

Sabtu

Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk lontong + 1 gelas jus oren
Minum Pagi: 3 keping biskut krim kraker + 1 gelas nescafe O
Makan Tengahari: 1 pinggan spagheti + 1 mangkuk salad + 1 biji pir + air suam
Minum Petang: 2 ketul puding roti + teh tarik
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan bakar + 1/2 cawan sup sayur + 1 gelas air buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1/2 biji buah jambu batu

Ahad

Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + kuah dhal + 1 gelas teh tarik
Minum Pagi: 1 cawan yoghurt buah-buahan
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi ayam+ 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad & timun + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 pinggan rojak buah + 1 mangkuk ABC
Makan Malam: 1 pinggan mee bandung + 1 gelas air buah + 1/2 biji mangga
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 2 keping roti bakar

** Boleh ditambah menu ini dalam diet anda 2 minggu sekali/ sebulan sekali atau dua kali (lebih 'cost'ly dan jika minat Western food untuk makan malam:

Isnin - Pizza (regular) 2/3 keping (atau yg seangkatan dengannya)
Selasa - 1 set McDonald's (atau yg seangkatan dengannya)
Rabu - 1 set menu Subway (atau yg seangkatan dengannya)
Khamis - 1 set menu KFC/ RFC (atau yg seangkatan dengannya)
Jumaat - 1 atau 2 keping kek Secret Recipe/ 1 set Pasta (atau yg seangkatan dengannya)
Sabtu - 1 set Kenny Rogers Roasters (atau yg seangkatan dengannya)
Ahad - Buah-Buahan Tempatan/ Luar Negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

wh0se said...

terima kasih sangat2 inia...tak sangka whose inia wat artikel nie...terharu whose...pape pun whose akan cuba k..harap2 menjadi...hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...