*13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN 🏋*
1. *Tidur* tepat pada masa *11.00 malam hingga 4 pagi*. Tidur *miring ke kanan*, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.
2. *Tiada gula*. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
*Kurangkan nasi*. Hanya *10 suap sehari*. Bagi yang baru *bermula* kurangkan jadi *25 suap sehari*. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
*Beras basmathi*. Tiada tepung dan gandum.
*Banyakkan sayur* dan *buah buahan*.
3. Check dengan Doktor. *Buat ujian darah*. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.
4. *Ambil supplement* -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan *mengikut nasihat pakar*. *Bukan* dengar *cakap jurujual*.
5. *Exercise* supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional *dua minggu sekali*.
Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah *Isnin* dan *Khamis*. Dua hari itu *puasa*.
6. *Minum banyak air*. *Terutama* pagi masa *bangun pagi* dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.
7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.
8. *Biasakan lidah makan benda pahit*. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.
9. *Baca al Quran*. Gandakan sujud. *Banyak solat sunat* dan *taubat*. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. *Baca buku buku*. Membaca.
10. *Pilih team pergaulan*. *Kurangkan bersama "si mata lalat*" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.
11. *Bersyukur*. *Redha* dan *bersabar*. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.
12. *Jimat perkataan*. Usah *sembang kencang*. Usah *dibuai perasaan*.
*Banyakkan berfikir dan berzikir*. Utamakan masa bersama keluarga.
13. *Tidur malam* dengan *selimut kaki* atau *pakai stokin* supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. *Maafkan semua orang*. Bersihkan kolam jiwa. *Tiada dengki* dan *iri hati*. *Doa dan doa*.
#PetuaDanKesihatan