RSS

Kenal peribadi melalui Graphology

Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
� Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
� Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
� Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
� Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
� Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
� Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
� Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
� Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
� Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
� Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
� Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
� Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
� Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
� Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
� Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...