Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu Ãa minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.
Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata:
Bacaan Asas 10 Pertama
BACAAN ASAS 10 PERTAMA | ||
No. | Bacaan | Audio (MP3) |
1 | Surah Al-Fatihah Terjemahan: (1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. | Surah Al-Fatihah Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
2 | Ayatul Kursi Terjemahan; Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255) | Ayatul Kursi Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
3 | Terjemahan: Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit | Yaa-Baari’ Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
4 | Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof | Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
5 | Selawat Syifa’ Terjemahan: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. | Selawat Syifa’ Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
6 | Selawat Tafrijiyyah Terjemahan: Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu. | Selawat Tafrijiyyah Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
7 | Lauanzalna Terjemahan: (21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24) | Lauanzalna Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
8 | Doa Menghindar Syaitan Terjemahan: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”. | Doa Menghindar Syaitan Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
9 | Sejahtera ke atas nabi Sulaiman Terjemahan: Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman di dunia dan akhirat | Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Zulkifly |
10 | Doa Sulaiman Terjemahan: Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya. | Doa Sulaiman Bacaan Talaqi dengan Tuan Guru Bacaan bertajwid oleh Ustaz Nasrin |
Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama
Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:
Kategori | Kombinasi Bacaan | Kegunaan |
1 | 1. Surah-Al-Fatihah 2. Selawat Syifa’ | Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit |
1. Surah-Al-Fatihah 2. Selawat Syifa’ 3. Lauanzalna | Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya. | |
2 | 1. Surah-Al-Fatihah 2. Doa Menghindar Syaitan 3. Salam Selahtera Sulaiman 4. Doa Sulaiman | Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh |
3 | 1. Surah-Al-Fatihah 2. Selawat Syifa’ 3. Selawat Tafrijiyyah | Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya |
4 | 1. Surah-Al-Fatihah 2. Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini | Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan. |
5 | 1. Surah-Al-Fatihah 2. Ayatul Kursi Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit membaca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak 3 atau 7 kali. | Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang |
RANGKAIAN ZIKIR
Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.
Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca Surah Yaasin.
RANGKAIAN ZIKIR | |||
No. | BACAAN | Audio (MP3) (Zikir beramai-ramai dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din) | |
1 | | | |
2 | | ||
3 | | ||
4 | | ||
5 | | ||
6 | | ||
7 | | ||
8 | | ||
9 | |
Untuk mendengar keseluruhan Majlis Zikir iaitu Bacaan Yaasin, Asas 10, Rangkaian Zikir serta Doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din sila "Muat Turun Disini"
| |
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel. 03-89250443 Email: alsyifa@streamyx.com |
0 comments:
Post a Comment