RSS

Cara-cara Mandi Wajib / Mandi Hadas

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Wallahualam...

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.





Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Hj Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, walau bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."

Atau

" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

"Bagi wanita yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi wanita yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

"Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Hj. Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke-3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. "Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi, sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yg merumitkan. Sebjenarnnya, jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.

"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi, untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu Sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."

"Tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut
yang berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Hj. Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri drp 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan wanita iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum wanita sahaja,iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik."

"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknyanya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sebelum tidur adalah makhruh."

Wallahualam bi shawab..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...