RSS

Rai Anak Pergi, Pulang Sekolah

Kerap berlaku ibu bapa yang gagal memberi didikan dan tumpuan terhadap anak yang bersekolah, terutama ketika mereka pergi atau pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak meraian anak-anak mereka ketika pergi dan pulang dari sekolah. Ini berpunca daripada kesibukan seharian mereka atau sememangnya malas serta menganggap kerja seperti itu perkara keciil dan remeh. Anak yang dibiarkan pergi dan pulang dari sekolah tanpa ditanya serta diraikan membuatkan mereka berasa kurang ceria, kurang berminat dan ada kalanya anak boleh membohongi ibubapa dangan mudah. Bahkan, kadangkala ibu bapa tidak tahu apa yang dilakukan anak mereka.

Bagi anak prasekolah terutama yang baru bersekolah atau hanya baru setahun bersekolah, mereka masih ada perasaan takut untuk ke sana. Ketika proses awal persekolahan inilah ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak. Ibu bapa perlu melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian:

§ Mengejutkan mereka daripada tidur dengan penuh kasih sayang.

§ Menahan sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum ke sekolah.

§ Cuba untuk bersama-sama bersarapan dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan.

§ Sama-sama bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalaman dan berdakapan.

§ Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting terutama bagi mencairkan kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Jika ada peluang, cuba hantar sendiri anak ke sekolah.

Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan dan jadikan rutin itu sesuatu yang menyeronokkan.

§ Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku di sekolah serta sajikan makanan untuk mereka. Jika ada mesa terluang, sama-sama menjamah makanan dengan mereka.

§ Sering ingatkan mereka tanggungjawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka melakukan perkara lain.

§ Mendidik moral anak adalah kewajipan ibu bapa.

Variasi, v8, Harian Metro Rabu, 16 Julai 2008

Rencana ditulis oleh Noriah Idris (nori@hmetro.com.my)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...