RSS

Assalamualaikum..

Sebuah kisah berkenaan makna sebenar subsidi...

Di sebuah negara Antah Berantah terdapat seorang bijak lagi sana bernama Che Det yang..





memiliki sebuah ladang buah Apel yang mampu mengeluarkan 10 biji buah Apel setiap hari dan di kendalikan oleh 5 orang pekerja yang mengurskan ladang tersebut.

Pada kebiasaannya setiap pekerja Che Det akan memakan sebiji buah apel setiap hari dan ianya cukup buat pekerja tadi untuk terus melakukan kerja kerja di ladang apel tadi.

Setelah ditolak sebiji untuk Che Det dan menjual selebihnya ia itu sebanyak 4 biji baki apel tadi dengan harga RM10.00 setiap biji dan Che Det mendapat keuntungan sebanyak RM40.00 hasil jualan tadi.

Walaupun mendapat sedikit keuntungan jika dibandingkan dengan jumlah hasil yang dapat jika tidak diberi pada pekerjanya, Che Det masih mampu untuk mengagihkan keuntungan tadi untuk memajukan lagi ladangnya dan juga menangung kos operasi ladang sebanyak RM25.00, memberi sebanyak RM2.00 kepada setiap pekerjanya dan menyimpan bakinya sebanyak RM5.00 sebagai keuntungan.

Dari hari ke sehari ladang Che Det bertambah maju dan makmur termasuklah pekerja perkerja nya yang setia tadi yang turut bergumbira disamping dapat berjimat dan menyimpan duit yang diberikan oleh Che Det kepada mereka disamping kemewahan makanan yang disediakan.



Bulan berganti tahun bertahun kini tiba lah masa Che Det untuk berehat dari tugas hariannya kerana di mamah usia maka Che Det telah melantik seorang yang boleh di katakan baik tingkah budinya dikala itu yang bernama Al Bedul dua pupu dengan al-capon untuk meneruskan tradisi berladang dan menyerahkan ladang apel tersebut dengan keadaan yang sangat subur dan makmurnya.

Selepas mengambil alih dari Che Det , Al Bedol telah bercakap kepada pada pekerja ladang yang berbunyi “Kita mesti berjimat cermat dan mengubah gaya hidup supaya kita dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik, Mulai dari hari ini kamu semua perlu membayar sebanyak RM1.00 bagi setiap buah apel yang kamu makan” sambil meneruskan kata kata ” Walaubagaimana pun kamu tak perlu risau ianya masih murah jika di bandingkan dengan harga di pasaran luar ladang ini ia itu sebanyak RM10.00, kamu masih untung lagi dan perlu bersyukur”

Para pekerja tiada pilihan melainkan terpaksa membayar sebanyak RM1.00 bagi setiap buah apel yang mereka makan wal hal dulunya percuma sahaja. Dan kini pendapatan mereka telah berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap pekerja kerana terpaksa membayar harga buah apel yang mereka makan.

Saperti biasa Al Bedol akan menjual 4 biji buah apel dan mendapat RM40.00 sama saperti mana yang dilakukan oleh Che Det. Mengunakan RM25.00 untuk kegunaan operasi ladang dan memberi RM10.00 kepada lima pekerjanya dan meyimpan selebihnya sebanyak rm5.00 sebagai keuntungan dan kelaianannya Al Bedol mendapat wang tambahan dari hasil yang di bayar oleh pekerjanya tadi sebanyak RM5.00.

Secara kasarnya Al Bedol mendapat RM10.00 keuntungan setiap hari Minggu berganti bulan tersebarlah se entero dunia harga buah apel telah naik kepada RM20.00 sebiji dan Al Bedol mendapat keuntungan yang besar berlipat kali ganda ia itu sebanyak RM80.00 sehari hasil bagi 4 biji buah apel yang di jual.

Kemudian Al Bedol bercadang untuk memajukan lagi ladang apelnya dan ianya telah meminta bantuan pada seorang rakan karibnya untuk memajukan ladang tersebut ia itu En Samy.

En Samy mengatakan ” harga apel telah naik jadi kos pembaikkan ladang juga musti naik jugak”

Jadi Al Bedol bersetujulah untuk menaikkan belanjawan untuk kemajuan ladang dari RM25.00 kepada RM50.00 walaupun pada keadaan sebenarnya kos pertambahan untuk menaiktaraf ladang hanyalah sebanyak RM30.00 sahaja dah lebih dari belanjawan tersebut sebanyak RM20.00 telah diambil dan di konsi bersama oleh Al Bedol dan En Samy.

perghhh…letihnyamengarang he he he… sekarang meh kita kira berapakah yang Al Bedol dapat setiap hari.

RM10 Dari kos menaik taraf ladang.

RM20 Untung bersih dari jualan 4 biji apel [pendapatan jualan kasar RM80] tolak [kos menaiktaraf ladang RM50] tolak [Duit upah pekerja RM10] = RM20)

RM5 Untung dari hasil jualan pada pekerjanya.

Jadi jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Al Bedol adalah sebanyak RM35.00 setiap hari berbanding dengan Che Det hanya RM10.00 sahaja, Pendapatannya bertambah sebanyak RM25.00 dan pekerjanya mendapat pengurangan sebanyak RM1.00 sehari bagi setiap seorang.

Ketamakkan si Al Bedol tidak berhenti setakat itu sahaja, satu hari datanglah ilham bijaknya seraya berkata kepada semua pekerjanya ” kamu lihat sekarang…harga pasaran untuk sebiji apel telah meningkat kepada RM20.00 sebiji dan kamu masih membayar sebanyak RM1.00, bertapa beruntungnya kamu kerana saya terpaksa menanggung “SUBSIDI” sebanyak RM19.00 untuk setiap biji buah apel yang kamu beli dan jumlah yang perlu saya belanjakan sebagai SUBSIDI untuk kamu adalah sebanyak RM95..00. betapa bagusnya saya ” kata Al Bedol dengan kembang lubang hidung.

“Ini boleh menjahanamkan dan boleh menyebabkan ladang ini “bankrupt” sekiranya kita berterusan bergini” kata Al Bedol kepada pekerjanya.

“bagi mengelakkan dari berlakunya Kerugian besar besaran, saya bercadang untuk menaikkan harga buah apel yang kamu beli dari RM1.00 kepada RM1.50 dan saya akan tetap memberi sebanyak RM18.50 setiap biji buah apel sebagai SUBSIDI kepada kamu semua” kata Al Bedol mengakhiri ucapannya.

Akhirnya si Al Bedol berjaya menambah sebanyak RM2.50 kedalam jumlah pendapatannya yang bertambah menjadi sebanyak RM37.50 Dan para pekerjanya terpaksa mengurangkan pendapatannya dengan rela tapi terpaksa.

Ini lah yang di katakan sudsidi..yang kaya bertambah kaya yang susah akan terus terhimpit kesempitan…Di era Al Bedol bukan kata nak simpan nak belanja pun tak sampai hati.. macam dapat buah epal nak makan pun sayang … pegang jer lerr



Aku harap korang paham apa yang aku tulis kat atas tu…. sendiri mau ingat lerrr.. Kekayaan tidak di agih sesama rasa dan rata…
Ps/- err..cerita di atas tak ada kene mengena pada yang mati atau pun yang tengah nyawa nyawa ikan…

** Source: VF.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Wexeeda said...

my mom blend green apple w/ salari... its decrease hers blood glucose.... n its delicious

p/s xde kne mngene pn ngn citer ko... hehehe but ur green apple pic seem delicious... heheheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...