RSS

Hukum Berkawan Berlainan Jantina

Hukum Berkawan Berlainan Jantina :)

Di sini saya ada kemusykilan tentang
hukum sekiranya bersahabat atau berkawan
dengan ajnabi.Apakah hukum sebenar bg
konteks ini?
Saya ade sedikit cerita yang ingin
dikongsikan.Maklumat ini diberi oleh
kawan lelaki saya.Dia memberitahu saya
apabila dia pulang dari Yamen.Dia
mengatakan bahawa dia mengetahui satu
pendapat dari alim ulama’ iaitu drpd.
prof syed najib asybiti yang berpendapat
haram hukumnya bagi seorang lelaki dan
perempuan berkawan tanpa ikatan dan niat
kahwin walaupun untuk tujuan
belajar.Jadi,sejak itu kami tidak
berkawan lagi.Maka,adakah benar hukumnya
begitu?
Diharap sudi untuk menjawab persaoalan
ini dan segala kerjasama saya dahului
dengan ucapan terima kasih.
Wassalam

jawapan:

Fatawa alQardhawi:

Pendapat dari Yemen itu termasuk
pendapat yg keras yang tidak berpijak
kepada nas, ia banyak menzalimi wanita
dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat
hingga wanita terpenjara di rumah-rumah
mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum
Liberal/Women’s lib yang berlawanan
dengan fatwa Yemen itu, yakni menyeru
wanita meninggalkan syari’at dan lepas
bebas spt wanita Barat.

Pokoknya: kedua-dua golongan ini :
liberalis yg membebaskan wanita
semaksimanya dan aliran keTimuran yg
mengongkong wanita, memenjara dan
menzaliminya.

Adapun pendapat pertengahan Islam ialah
wanita sejak zaman salaf assoleh tidak
lepas bebas atau terpenjara di rumah
mereka, bahkan mereka aktif keluar
bersama kaum lelaki (dlm suasana
terkawal) cthnya: ke mesjid utk solat
berjama’ah, Juma’at, hari Raya, di mana
mesjid tidak ada sebarang tirai pemisah,
wanita keluar melakukan dakwah, amar
makruf dan nahy mungkar, menghadiri
majlis ilmu, menyertai perang jihad,
mencari rezki atau berkerjaya,
berpolitik, mendapatkan hiburan yg baik,
menghadiri perayaan dan menyertai
perkumpulan yg membawa manfa’at.

Inilah maksud firman Allah ta’ala”

” dan orang2 beriman lelaki dan
perempuan, setengahnya menjadi penolong
bg setengah yg lain, mereka menyuruh
berbuat makruf dan mencegah mungkar.”
AQT 9: 71

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki
dan perempuan ajnabi berkawan dan
bersahabat serta liqa’ atau pertemuan
dalam bekerjasama dalam perkara2
kebaikan: menuntut ilmu, program2
kebajikan dan jihad.

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah
(sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah
dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati
syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada
pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di
tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang
ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa
perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus wanita jika keluar
mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan
bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir
alMar’ah, Darul Qolam, Kuwait, 1990)amat
panjang sekali bukunya membicarakan
perihal etika pergaulan lelaki dan
wanita secara Islam dalam bentuk rincian
setebal 548 mukasurat dan saya
ringkaskan shj. Juga Fatwa Dr Qardhawi
setebal 22 halaman.

* Dr Abdul Halim Abu Syuqqah wafat 1995
adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ
Qatar. Dr alQardhawi (80 tahun) adalah
kelahiran Mesir dan menetap di Qatar. WA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...