Oleh kerana agama adalah suatu ciri penting bagi negara ini maka adalah sewajarnya lah kita berusaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada tatacara perkhidmatan awam negara, ini selaras dengan perlembagaan seperti yang tertera di atas.
�
Sebagai permulaan, hendaklah disedari bahawa Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara dirinya, keluarganya dan juga bagi ibu-bapanya yang telah tua. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu KERJA yang halal ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada seseorang insan.
�
Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Dengan kata-kata lain hamba Allah itu beribadat. Maka menurut Islam setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat.
�
Oleh yang demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap kegiatannya, menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat, hendaklah dianggap sebagai ibadat. Bahkan Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud �barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah� (Riwayat Al-Bukhari)
�
Selain dari itu, Rasulullah saw juga ada bersabda yang bermaksud �mencari kerja yang halal itu adalah fardhu� (Riwayat Al-Baihaqi)
�
Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud �Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya� (Al-Baqarah: 286)
�
Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan tugasnya terlalu berat atau sukar. Dengan sendirinya ayat itu juga menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugasnya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya.
�
Selain dari itu setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud �tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya� (Al-Muddathir: 38)
�
Ini bererti iaitu sekiranya kita tidak menunaikan kerja kita dengan sewajarnya, seperti kita mencuri masa dengan membuat kerja-kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinya lah kita akan dihukum di akhirat kelak walaupun kita mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib ataupun hukuman di dunia ini.
�
Sebaliknya berbahagialah kita di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas kita dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam.
�
Daripada semua yang diutarakan di atas ini jelaslah bahawa menurut ajaran Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam benci kepada pengemis dan penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya.
�
Samada seseorang pekerja itu dapat menunaikan tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap pekerja itu sendiri. Seterusnya setiap kegiatan pekerja itu akan menerima ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti. Berasaskan semua ini maka etika kerja dalam Islam adalah seperti:
�
- bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
- bekerja dengan ikhlas dan amanah
- bekerja dengan tekun dan cekap
- bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
- bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
�
Petikan: Perdana 10 Jun 2007
0 comments:
Post a Comment