RSS

Inilah percintaan

Kamu telah terpikat kepada seseorang. Si dia benar-benar menepati citarasa kamu. Kamu pandai berjenaka dan mempunyai rupa paras yang menarik. Kamu tahu si dia adalah pasangan paling ideal untuk mu. Suatu hari, teman baik kamu telah memberitahu si dia bahawa kamu amat meminatinya. Rupanya kamu tidak bertepuk sebelah tangan. Bunga cinta pun berputik. Namun demikian, ini bukan masalahnya.

Masalahnya ialah bagaimana kamu dapat memastikan perhubungan istimewa dengan si dia kekal indah dan mesra?

Memang benar kata orang bahawa jatuh cinta itu amat mudah sekali. Bagaimana pun, ada kalanya perhubungan istimewa juga boleh mendatangkan kekeliruan. Oleh itu, jatuh cinta memang mudah tapi perhubungan selepas itu adalah antara permasalah yang memeningkan. Percintaan tidak selalunya indah jika tiada kerjasama antara dua pihak: kamu dan si dia! Selain itu, perhubungan juga ada kalanya dilanda masalah yang tidak pernah kamu sangkakan.

Berikut adalah antara beberapa tips positif yang boleh kamu pratikkan agar percintaan kamu lebih indah dan menyeronokkan:

Jangan prasangka!

Jika si dia berada dalam keadaan marah, ini tidak bermakna si dia memarahi kamu. Dan, hanya kerana si dia tidak mengatakan "aku cinta padamu... " seratus kali dalam sehari, tidak bermakna si dia tidak mencintai mu.

Mungkin si dia mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan kasih sayangnya padamu. Kadang kala cinta itu tidak perlu di luahkan melalui perkataan, perbuatan sudah cukup memadai untuk menerangkan betapa si dia mencintai kamu.

Mempunysi kehidupan

Walaupun kamu sudah mempunyai seorang teman istimewa, namun kamu juga perlukan kehidupan kamu sendiri. Mungkin kamu berasa menghabiskan 24 jam sehari bersama si dia menyeronokkan tapi cuba kamu fikir kembali sewaktu kamu masih solo. Kamu sering melakukan perkara-perkara yang kamu anggap menyeronokkan kamu tapi setelah kamu sudah berpunya, kamu tidak lagi melakukannya. Bercinta tidak semestinya kamu meninggalkan semua aktiviti yang menyeronokkan kamu dan kamu juga perlu ingat cinta tidak boleh mengenyangkan perut kamu!

Biarkan dia dan cara hidupnya

lngat, biarkan si dia lakukan apa yang dia suka. Jangan cuba mengongkongnya. Jika kamu cuba menjadi 'pengawal', kamu hanya mengundang masalah!

Cuba bersikap bertolak ansur dalam sesetengah perkara. Contohnya, jika si dia pergi ke satu konvoi motosikal tanpa mengajak kamu. Tentu kamu berkecil hati tapi jangan salahkan si dia kerana mungkin si dia berpendapat yang kamu pun kurang suka pergi ke acara seperti itu.

Begitu juga jika kamu pergi ke Lot 10 bersama teman-teman mu untuk membeli kasut. Dan, pada mu, si dia tentu tidak suka menghabiskan masa bersama perempuan di gedung membeli belah. Jadi buat apa ajak si dia. Tentu perasaan kamu dan si dia sebelum ini adalah sama. Yang penting ialah bertolak ansur antara satu sama lain. Jangan hanya disebabkan perkara remeh temeh, kamu marah padanya.


Jangan bandingkan dia dengan orang lain

Secara peribadi, setiap pasangan mahukan satu perhubungan yang harmoni dan sentiasa berfikiran terbuka di antara satu sama lain.

Jangan membandingkan si dia dengan bekas teman lelakimu atau teman lelaki orang lain. Kamu terpaksa menerima apa jua keadaan terhadap teman lelakimu seadanya.

Setiap lelaki tidak suka dia dibanding-bandingkan dengan orang lain. Cuba kamu fikirkan jika ia berlaku ke atas diri kamu? Teman lelakimu suka membanding-bandingkan kamu dengan bekas teman wanitanya atau wanita-wanita yang lain. Apa perasaanmu pada ketika itu? Tentu kamu tidak menyenangi perbuatan teman lelakimu itu bukan? Jadi untuk menjamin perhubungan yang kekal dan harmoni jangan cuba membandingkan si dia dengan orang lain.

Kaji diri kamu

Fikirkan apa yang terbaik untuk diri kamu. Jangan paksa diri kamu menvukai apa yang disukai oleh si dia suka hanya kerana kamu mahu mengambil hatinya. Contohnya, si dia menyukai permainan bola keranjang, kamu tidak perlu memakai kemeja T yang mempunyai gambar Michael Jordan semata-mata ingin menunjukkan kepada si dia bahawa kamu jua suka akan permainan bola keranjang.

Jangan cepat terpengaruh dengan kehendak pasangan mu. Mungkin si dia tidak bermaksud sedemikian, tetapi di atas rasa hati kamu yang keras mahukan si dia bangga terhadap diri kamu. Bahaya!

Jika kamu berbuat demikian, ia bermakna kamu menipu diri sendiri dan tidak jujur di dalam perhubungan. Setiap perhubungan memerlukan kejujuran. Apa pendapat pasangan mu itu jika si dia mengetahui bahawa selama ini kamu hanya berpura-pura menyukai apa yang si dia suka. Tentu hati si dia tersinggung di atas sikap kamu yang tidak jujur dalam perhubungan. la bukan sahaja menyusah" kan kamu, malah kemungkinan kamu dan si dia tidak dapat menikmati erti percintaan yang sebenar.

Jangan cuba ubah si dia

Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu berubah dan mengikut citarasanya? Begitu juga si dia, jangan sekali-kali kamu cuba mengubah kehendaknya agar sama dengan kehendakmu. Biarkan dia dengan caranya dan kamu dengan caramu. Cuba bersikap jujur dalam perhubungan. Contohnya, jika pasangan mu itu suka mendengar muzik rap, tetapi kamu tidak suka akan muzik tersebut. Oleh itu, jangan kamu cuba melarang si dia mendengar muzik rap. lni kerana masing-masing ada hak dan minatnya tersendiri. Mungkin si dia menyukai muzik rap sebelum si dia mengenali kamu. la sudah sebati dengan hidupnya, masakan kamu dapat mengubahnya.

Berpijak di bumi yang nyata

Janganlah mudah kamu terperanjat dan melatah apabila kamu dapati teman istimewa itu ada melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan 'gila'. la bukan bermaksud si dia tidak berfikiran waras.

Ada kalanya manusia mudah terlupa. Kamu harus memahaminya. Contohnya, kamu mendapat tahu teman istimewa mu akan menyertai satu pertandingan badminton di hujung bulan dan kamu pun beriya-iya sanggup berjalan jauh semata-mata mahu memberi sokongan padanya. Tetapi hampanya, apabila kamu tiba ke Kuala Lumpur dan dapati pertandingan itu sudah dibatalkan. Rupa-rupanya si dia terlupa untuk memberitahu kamu. Namun demikian, kamu tidak perlu mengamuk hanya disebabkan perkara ini. Cubalah bersikap tenang dan memahami keadaan sebenar si dia menggapa dia boleh terlupa.




Luahkan pendapatmu

Masalah komunikasi adalah masalah besar yang sering melanda setiap perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, perhubungan tidak akan ke mana. Jadi setiap pasangan itu haruslah bersikap terbuka dan jangan memendam perasaan iri hati dan dengki.

Contohnya, jika kamu tidak suka si dia melakukan perkara yang kamu tidak suka, cuba berbincang dengannya. Jangan pula kamu memendam rasa benci hanya kerana mementingkan diri sendiri.

Bagaimana pun, jangan sesekali kamu berkomunikasi secara negatif dengannya. Contohnya, jangan kamu gunakan perkataan-perkataan yang keterlaluan terhadap pasangan mu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...