RSS

Tanda Menyintai ....

Tanda-tanda bahawa seorang hamba (manusia) itu menyintai Allah swt antaranya ialah:

Ia ingin berjumpa dengan siapa yang dicintaiNYA. Keinginan itu kuat sekali untuk berjumpa, sehingga jika ia yakin bahawa tiada jalan untuk itu kecuali dengan meninggalkan dunia ini, tentu ia tidak keberatan.

Ia bersedia meninggalkn segala yang disukainya jika bertentangan dengan perintah Allah swt.

Ia menyintai Al-Quran (kitab suciNya), Rasulullah (pesuruhNya), menyintai apa saja dan siapa yang ada hubungannya dengan Dia. Barangsiapa cintakan Allah swt, tentulah iacinta kepada makhlukNya.

Suka bermunajat dan berbisik2 denganNya, di keheningan malam diambilnya kesempatan untuk solat tahajjud.

Ia sangat merasa sayang kalau dalam hidupnya ada sesaat tidak terisi dengan zikir (ingat) padaNya.

Taat kepadaNya itu dirasakan sebagai nikmat. Setiap orang yang asyik tidak akan merasa berat berbuat apa saja.

Ia merasa kasih sayang kepada sekalian hamba Allah swt, tetapi keras terhadap musuh-musuhNya.

Dalam cintanya itu ia merasa takut dan merasa dirinya rendah kerana hormat dan takzim. Takut di sini tidak bertentangan dengan cinta. Insaf akan kebesaran Allah itu menumbuhkan rasa ngeri. Berhadapan dengan keindahanNya dan kesempurnaanNya itu mendatangkan cinta.

Ia merahsiakan cintanya, iaitu kerana takzim akan yang dicintainya, kerana memuliakanNya, kerana haibah kepadaNya dan kerana ghairah akan rahsiaNya.

Merasa ramah dan gembira dalam bergaul dan berdekatan denganNya.

Rela dan menerimasegalanya dengansenang hati semua sesuatu yang datang daripadaNya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...