RSS

Hak Anak-Anak Terhadap Ibu Bapa

"Kata Umar: hak bapamu terhadap engkau bahawa ia memilih sebaik-baik perempuan menjadi ibumu dan memilih sebaik-baik nama untukmu serta ia mengajar kamu al-Quran, kata anak itu : demi Allah, bapaku tidak pernah membuat semua itu kepadaku. Lalu Umar menoleh pandangan kepada bapa anak itu serta berkata pergilah engkau sesungguhnya engkau telah menderhakai anak kau sebelum anak kau menderhakai kau."
=================================

Allah telah memberikan anak-anak hak atas ibu-bapa mereka seperti ibu-bapa mempunyai hak keatas anak-anak mereka.

Telah diriwayatkan bahawa Ibn 'Umar berkata:

"Allah telah memanggil mereka abraar (orang yang baik) kerana mereka menghormati (barru) bapa-bapa mereka. Seperti ayah anda ada hak atas anda, begitu juga anak-anak anda ada hak atas anda."

Al-Adab al-Mufrad, 94.

Rasulullah (SAW) bersabda, mengikut satu hadith yang diriwayatkan Abdullah ibn 'Umar,
"Dan anak-anak anda ada hak atas anda." Muslim, 1159.

Hak anak atas ibu-bapa mereka termasuk beberapa yang datang walaupun sebelum
anak-anak itu dilahirkan, contohnya:

1 - Memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu yang baik.

Adalah diriwayatkan dari Abu Hurayrah (RA) yang Nabi (SAW) bersabda:

"Seorang perempuan dikahwini untuk empat sebab: hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan ketaatan agamanya. Berkahwinlah dengan seseorang yang taat agamanya, semoga tangan anda di seliputi debu (iaitu semoga anda makmur)."
(Riwayat al-Bukhaari, 4802; Muslim, 1466).

Shaykh 'Abd al-Ghani al-Dahlawi berkata:

"Pilihlah dari kalangan wanita yang taat beragama dan baik, dan yang berketurunan baik, kerana perempuan yang berketurunan tidak baik, sifat buruknya mungkin di turunkan kepada anak-anaknya."

Allah berfirman (yang bermaksud):

"Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang
berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini
melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,"
[al-Nur 24:3]

Bahkan Islam menasihatkan keserasian dengan tujuan harmoni dan untuk mengelakkan seorang menjadi malu jika dia berkahwin ke dalam keluarga yang tidak sesuai.
(Sharh Sunan Ibn Maajah, 1/141)

Hak selepas anak-anak dilahirkan

1 - Adalah Sunnah untuk membuat tahneek kepada anak-anak selepas dia dilahirkan:

Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik (RA) berkata: Anak Abu Talhah sakit. Abu Talhah keluar dan anak itu mati, dan apabila Abu Talhah kembali dia berkata, "Apa khabar anakku?" Umm Sulaym (isterinya) berkata, 'Dia lebih diam dari biasa." Maka isterinya membawa makanan dan dia makan, kemudian dia mengadakan persetubuhan dengan isterinya, dan apabila selesai isterinya berkata, "Mereka telah kebumikan anak itu."

Pagi esoknya, Abu Talhah pergi kepada Rasulullah (SAW) dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Dia berkata, "Adakah kamu mengadakan persetubuhan malam tadi?" Dia berkata,
"Ya." Baginda bersabda, "Ya Allah, rahmatilah mereka."

Isterinya kemudian melahirkan seorang bayi lelaki. Abu Talhah berkata kepada ku, "Jagalah dia
sehingga aku membawanya ke Rasulullah (SAW)." Dia membawa bayi itu kepada
Rasulullah (SAW) dan aku mengirimkan sedikit kurma dengan dia.

Rasulullah (SAW) mengambil bayi dan bersabda, "Ada apa-apa bersamanya?" Mereka
berkata, "Ya, sedikit kurma." Rasulullah (SAW) mengambil beberapa kurma dan
mengunyahnya, kemudian baginda ambil sedikit dari mulut baginda dan letak
kurma itu dalam mulut anak itu (tahneek), dan menamakan anak itu Abdullah.
(Riwayat al-Bukhaari, 5153; Muslim, 2144)

Al-Nawawi berkata:

Ulama bersepakat yang adalah mustahabb( digalakkan) untuk membuat tahneek dengan kurma untuk anak selepas anak itu dilahirkan; jika tiada kurma maka gunakan sebarang yang manis. Kurma itu harus dikunyah sehingga ia menjadi cukup lembut untuk ditelan, maka mulut anak itu dibuka dan sedikit kurma diletakkan dalam mulutnya.
(Sharh al-Nawawi 'ala Muslim, 14/122-123)

2 - Anak-anak itu mesti diberikan nama yang baik, seperti 'Abdullah atau 'Abdul Raman.

Adalah diriwayatkan dari Naafi' yang Ibn 'Umar berkata: Rasulullah (SAW) bersabda : "Nama-nama kamu yang disukai Allah ialah 'Abdullah dan 'Abdul Rahman."
(Riwayat Muslim, 2132)

Adalah mustahabb (digalakkan) untuk memberi anak-anak itu nama Nabi:

Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik bersabda: Rasulullah (SAW) bersabda:
"Seorang anak telah dilahirkan kepada ku malam tadi dan aku memanggilnya
dengan nama bapa ku Ibrahim."
(Riwayat Muslim, 2315)

Adalah mustahabb (digalakkan) untuk menamakan anak itu pada hari ke tujuh,
tetapi tiada salah untuk menamakannya pada hari kelahiran nya, sebab hadith
yang dipetik diatas.

Telah diriwayatkan dari Samurah ibn Jundub yang Rasulullah (SAW) bersabda:

"Setiap anak berada dalam tuntutan untuk 'aqiqah nya yang sepatutnya disembelih untuknya pada hari ke tujuh, kepalanya harus dicukur dan dia diberi nama."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2838; disahihkan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami', 4541)

Ibn al-Qayyim berkata:

Tujuan memberi nama adalah untuk mengenal-pasti sesuatu itu, kerana jika sesuatu yang tiada nama maka susah untuk merujuknya. Jadi dibenarkan untuk menamakan anak pada hari kelahirannya, dan dibenarkan untuk menangguhkan memberi nama hingga hari ketiga, atau sehingga hari 'aqiqah, atau sebelum atau selepas itu. Hal ini adalah besar ruangnya"
(Tuhfat al-Mawlud, halaman 111)

3 - Adalah Sunnah untuk mencukur kepala anak-anak pada hari ketujuh dan
untuk memberi sedekah dengan perak seberat rambut itu .

Telah diriwayatkan yang 'Ali ibn Abi Taalib berkata: Rasulullah (SAW) menyembelih seekor biri-biri untuk 'aqiqah bagi al-Hasan, dan baginda bersabda, "Wahai Faatimah, cukur kepalanya dan beri sedekah dengan perak seberat rambutnya." Jadi Fatimah menimbang rambut itu dan beratnya adalah satu dirham atau sebahagian dari satu dirham.
(Riwayat al-Tirmidhi, 1519; di kelaskan hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Tirmidhi, 1226.)

4 - Adalah mustahabb (digalakkan) untuk si bapa untuk membuat 'aqiqah, seperti dinyatakan dalam hadith yang dipetik diatas, "Setiap anak berada
dalam tuntutan untuk 'aqiqahnya."

Dua biri-biri dikorbankan untuk lelaki dan satu ekor biri-biri untuk perempuan.

Telah diriwayatkan daripada 'Aishah yang Rasulullah (SAW) mengarahkan mereka
(untuk mengorbankan) dua ekor biri-biri yang sama untuk lelaki dan seekor untuk perempuan.
(Riwayat oleh al-Tirmidhi, 1513; Saheeh al-Tirmidhi, 1221; Abu Daud, 2834; al-Nasaa'i, 4212; Ibn Maajah, 3163)

5 - Khatan

Telah diriwayatkan Abu Hurayrah berkata: Rasulullah (SAW) bersabda:
"Fitrah ada dalam lima perkara, atau lima perkara ialah sebahagian daripada fitrah:
berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai."
(Riwayat oleh al-Bukhaari, 5550; Muslim, 257)

Hak anak-anak dalam pendidikan dan asuhan

Telah diriwayatkan daripada 'Abdullah (RA) yang Rasulullah (SAW) bersabda:
"Setiap dari kamu adalah pengembala dan bertanggung-jawab untuk biri-birinya. Pemimpin yang memimpin manusia adalah pengembala dan bertanggung-jawab atas mereka. Lelaki adalah pengembala untuk ahli rumahnya dan bertanggung-jawab atas mereka. Perempuan adalah pengembala atas rumah dan anak-anak suaminya dan bertanggung-jawab atas mereka. Hamba adalah pengembala atas harta tuannya dan bertanggung-jawab atas harta itu. Setiap
kamu adalah pengembala dan setiap kamu adalah bertanggung-jawab atas biri-biri kamu."
(Riwayat oleh al-Bukhaari, 2416; Muslim, 1829.)

Jadi ibu-bapa mesti berhati-hati dalam mengajar anak-anak mereka tugas-tugas dalam Islam dan kebaikan lain yang di syaratkan dalam shariah, dan hal-ehwal dunia yang mereka perlu dengan tujuan untuk hidup secara sopan dalam dunia ini.

Manusia sepatutnya mula dengan mengajar mereka benda-benda paling penting, kemudian benda lebih penting. Jadi dia mula mengajar mereka 'aqidah yang betul, bebas dari syirik dan bid'ah. Kemudian dia mengajar mereka tatacara ibadah, terutamanya solat. Kemudian dia mengajarkan mereka dan melatih mereka adab dan sifat mulia, dan semua yang baik-baik.

Allaah berfirman (yang bermaksud):

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi
pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang
besar.""
[Luqmaan 31:13]

Adalah diriwayatkan daripada 'Abd al-Malik ibn al-Rabee' ibn Sabrah dari bapanya yang datuknya berkata: Rasulullah (SAW) bersabda:
"Ajarlah anak-anak bersolat bila dia berumur tujuh tahun, dan pukul dia jika dia tidak solat bila dia berumur sepuluh tahun."
(Riwayat oleh al-Tirmidhi, 407; Abu Daud, 494. Di kelaskan sahih oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami', 4025)

Telah diriwayatkan al-Rubayyi' bint Mu'awwidh berkata: Rasulullah (SAW)
menghantar pesanan pada pagi Hari Asyura' ke kawasan yang orang Ansaar
tinggal (di pinggir Madinah), dengan bersabda: Sesiapa yang tidak berpuasa
pada pagi ini, biarkan dia tidak makan sepanjang hari, dan sesiapa yang
mulai berpuasa pagi ini, biarkan dia menyempurnakan puasanya. Dia
berkata:

"Kami selalu melakukan puasa ini selepas itu, dan kami selalu mengajak anak-anak kami puasa dan membuat untuk mereka mainan dari kapas; jika seorang dari mereka menangis untuk
makanan kami akan beri dia mainan itu sehingga sampai masa untuk buka puasa."
(Riwayat oleh al-Bukhaari, 1859; Muslim, 1136)

Telah diriwayatkan al-Saa'ib ibn Yazeed berkata:
"Saya di bawa untuk menunaikan Haji dengan Rasulullah (SAW) apabila saya berumur tujuh tahun."
(Riwayat oleh al-Bukhaari, 1759)

Mengajar Adab dan Sifat Mulia

Setiap ibu-bapa mesti melatih anak-anak mereka dengan sifat mulia dan adab sopan, sama ada kepada Allah, Nabi Nya Rasulullah (SAW), ke arah Qur'an dan ummah mereka , dan dengan sesiapa yang mereka kenal dan ada hak atas mereka. Mereka tidak sepatutnya berperangai buruk dengan siapa yang mereka bergaul, jiran mereka atau kawan mereka.

Al-Nawawi berkata:

Si ayah mesti mendisiplinkan anak-anaknya dan mengajar mereka apa yang dia perlu tahu akan tanggungjawab agama. Pendidikan ini adalah wajib kepada si ayah dan semua mereka yang menjaga anak-anak sebelum anak-anak itu mencapai usia remaja. Ini dinyatakan oleh al-Shaaf'i dan sahabatnya. Al-Shaafa'i dan
sahabatnya berkata :

"Pendidikan ini wajib atas si ibu, jika tiada si ayah, kerana ia adalah sebahagian dari asuhan anak-anak dan mereka ada hak dalam hal itu dan perbelanjaan untuk pendidikan itu bolehlah diambil daripada harta si anak itu sendiri. Jika si anak tiada harta maka orang yang wajib menanggung dia hendaklah menanggung pendidikannya, kerana itu adalah salah
satu perkara yang dia perlukan." Wallahualam.
(Sharh al-Nawawi 'ala Saheeh Muslim, 8/44)

Si ayah mesti membesarkan mereka dengan adab mulia dalam semua perkara; makan, minum, berpakaian, tidur, keluar dari rumah, masuk ke rumah, memandu kenderaan, dan sebagainnya, dan dalam semua hal-ehwal mereka. Dia mesti mengasuh mereka dengan sifat manusia baik, seperti suka berkorban, mengutamakan yang lain, menolong orang, adab mulia dan sifat dermawan.

Dia mesti menjauhkan mereka dari sifat buruk seperti sifat penakut, kedekut,
adab buruk, kurang cita-cita, dan sebagainya.

Al-Manaawi berkata:

"Seperti ibu-bapa anda mempunyai hak atas anda, begitu juga anak anda ada hak atas anda, bahkan banyak hak, seperti mengajar mereka tanggung-jawab individu, mengajar mereka adab Islam, memberikan mereka pemberian yang sama, sama ada itu hadiah, wakaf, atau hadiah lain. Jika keutamaan ditunjukkan tanpa alasan, itu dianggap tidak sah oleh sesetengah ulama dan makruh oleh yang lain."
(Fayd al-Qadeer, 2/574)

Si ayah mesti melindungi anak-anak lelaki dan perempuannya dari perkara yang boleh membawa mereka dekat kepada Neraka. Allaah berfirman (yang bermaksud):

"Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."
[al-Tahreem 66:6]

al-Qurtubi berkata:

Al-Hasan mentafsirkan ayat ini dengan berkata, Suruhlah mereka dan larang
mereka. Seorang ulama berkata: (Frasa) peliharalah (atau lindungilah) dirimu
termasuk anak-anak, kerana anak-anak sebahagian dari diri nya, seperti dalam
ayat (yang bermakna): ".Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama
mereka atau sendirian ." [al-Nur 24:61], di mana saudara-mara tidak
dinyatakan secara individu. Jadi si ayah sepatutnya mengajarkan anak-anak
perkara yang halal dan perkara yang haram, dan mengajarkan anak-anak
menjauhi dosa, dan mengajarkan anak-anak hukum lain.
(Tafseer al-Qurtubi, 18/194-195.)

Perbelanjaan

Ini ialah satu tugas si bapa terhadap anak-anaknya; maka dilarang si bapa dari mengabaikan atau cuai dalam hal ini, bahkan dia diwajibkan untuk melaksanakan tugas ini dengan sepenuh hati.

Telah diriwayatkan 'Abdullaah ibn 'Amr (RA) berkata: Rasulullah (SAW)
bersabda: "Cukup berdosa bagi seseorang jika dia mengabaikan mereka yang dia diwajibkan menanggung."
(Riwayat Abu Daud, 1692; di anggap hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami', 4481.)

Hak utama yang lain ialah memberikan anak itu asuhan baik dan menjaganya dengan cermat - terutamanya jika anak-anak itu perempuan. Rasulullah (SAW) menggalakkan amalan mulia ini.

Telah diriwayatkan 'Aishah isteri kepada Rasulullah (SAW) berkata:
Seorang perempuan datang kepada ku dengan dua orang anak perempuan dan meminta makanan dari ku, dan aku tidak menjumpai sesuatu kecuali satu biji tamar yang aku berikan kepadanya. Dia berkongsi tamar itu dengan dua anak perempuannya, kemudian dia bangun dan pergi. Rasulullah (SAW) masuk dan aku memberitahunya apa yang telah berlaku. Baginda bersabda: "Sesiapa yang menjaga anak-anak perempuan itu dan menjaga mereka dengan baik, mereka akan jadi pelindung untuk dia dari Neraka."
(Riwayat al-Bukhaari, 5649; Muslim, 2629)

Satu perkara penting lain yang merupakan hak anak-anak yang mesti diberi perhatian ialah melayan anak-anak dengan adil . Hak ini ditegaskan oleh Rasulullah (SAW) dalam hadith sahih: "Takutilah Allah dan layan anak-anak kamu dengan adil."
(Riwayat al-Bukhaari, 2447; Muslim, 1623).

Tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada perempuan atas lelaki, sebagaimana tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada lelaki atas perempuan. Jika si bapa membuat kesalahan ini dan menunjukkan keutamaan kepada sesetengah anak-anaknya atas yang lain, dan tidak melayan mereka dengan adil, ini akan mendorong kepada banyak keburukan, seperti:

Bahaya itu akan menimpa si bapa itu sendiri, kerana anak-anak itu yang dinafikan atau ditekan akan membesar dengan membencinya. Rasulullah (SAW) memaklumlan hal ini dalam hadith yang diriwayatkan Muslim (1623) apabila dia berkata kepada Abu al-Nu'maan, "Adakah kamu mahu mereka menghormati kamu dengan adil?" Dia berkata, "Ya." Dalam perkataan lain, jika anda mahu mereka semua menghormati anda dengan adil, maka jadilah adil dalam memberikan
mereka hadiah.

Akibat buruk lain ialah anak-anak membenci satu sama lain, dan menyalakan api kebencian dan permusuhan antara mereka.

Wallahualam

Terjemahan dari: Rights of children
Sumber: http://www.islamonline.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...