RSS

Titian Siratul Mustaqim itu sangat gelap

Rupa-rupanya Titian Siratul Mustaqim itu sangat gelap.

Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad, "Kalau gelap macam mana kita nak melintasinya?"

Jawab Nabi Muhammad, "Dengan cahaya yang keluar dari anggota kita. Terang atau malap cahaya tu, bergantung kepada amalan kita masa di dunia."

Ada orang, anggotanya bercahaya terang benderang. Senanglah dia melintas Titian Siratul Mustaqim.

Ada orang, cahayanya terdapat pada ibu jari kakinya sahaja. Maka melintaslah dia dengan cahaya yang terbatas itu.

Ada orang pula, cahayanya kejap ada kejap padam. Masa keluar cahaya dia pun berjalan. Masa cahaya hilang dia berhenti dulu. Begitulah dia sepanjang perjalanannya.

Ya Allah.. Dengar macam ni, kita rasa kita ni orang yang punyai cahaya yang gilang gemilang, atau yang sekejap ada sekejap takde, atau yang bercahaya pada hujung kakinya sahaja?

Takutnya...

Doa Rasulullah memohon cahaya.

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikanlah cahaya di pendengaranku,
Jadikanlah cahaya di lisanku,
Jadikanlah cahaya di dalam hatiku,
Jadikanlah cahaya di kananku,
Jadikanlah cahaya di kiriku,
Jadikanlah cahaya di depanku,
Jadikanlah cahaya di belakangku,
Jadikanlah cahaya di atasku,
Jadikanlah cahaya di bawahku,
Jadikanlah untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang tidak akan bercakap perkara-perkara yang lagha.

Ahli-ahli syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca Quran dan melafazkan zikir memuji Allah.

Kata Nabi Muhammad SAW, "Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup. Maknanya dia kejap mati, kejap hidup. Begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu."

Tubuh badan anak Adam dilebarkan oleh Allah di dalam neraka beberapa hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak.

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.

Bayangkan berapa lama di neraka kerana kerana dosa-dosa?

Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kepada Allah, doa para ulama' agar orang ini juga akan mati dalam ketaatan kepada Allah.

Ada yang dibakar hingga tamat tempoh. Kemudian bila dah habis tu dia diam di dalam neraka menjadi arang. Hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga.

Bayangkan, orang bukan Islam ni berapa lama dia akan tinggal di neraka Allah. Sebab itu kadang-kadang mengalir air mata kita bila kita lihat lalunya jenazah orang-orang yang bukan Islam.

Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah Nabi melangkah masuk ke syurga.

Diriwayatkn Nabi tunggu sampai orang yang terakhir melintas Titian Siratul Mustaqim. Dia berjalan dengan lambatnya, Nabi tunggu.

Titian tu gelap sebab ia dibentangkn di atas neraka jahannam.

Di hadapan Titian Siratul Mustaqim itulah syurga. Ada yg berjalan selaju angin. Ini orang-orang yang tidak pernah sakitkan hati orang. Sentiasa memberi daripada menerima.

Orang yang terakhir ni, orang yang imannya paling lemah.

Diriwayatkan, syurga ni pinggirnya saja sudah terlalu indah. Belum lagi masuk ke dalamnya.  Ahli syurga suara pun sedap bunyinya.

Lepas dia melintas Titian Siratul Mustaqim tadi, dia melihat sebatang pokok besar yang di bawahnya ada air yang mengalir. Dia minta pada Allah untuk duduk di situ. Allah kata duduk lah.

Kemudian di depan lagi dia tengok ada pokok lain yang lagi indah. Dia mintak nak berada di bawah pokok tu. Allah pun izin.

Kemudian dia tengok lagi di hadapannya pokok yang lagi indah, yang ada banyak lagi kenikmatan. Dia pun mintak lagi nak duduk di situ. Allah pun benarkan juga.

Dari situ dia dengar suara-suara orang di dalam syurga. Suara-suara itu begitu merdu. Dia minta dengan Allah untuk masuk dalam syurga. Allah pun benarkan.

Bila masuk, dia keluar semula. Dia tanya Allah, adakah tempat untuk dia?

Allah kata, pernah tak dengar masa di dunia dulu org yang paling kaya? Dia kata pernah. Allah kata, "Sesungguhnya untuk mu akan Ku anugerahkan 10x ganda malah lebih-lebih lagi berbanding kekayaan org yang paling kaya tu." MasyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yang paling akhir pun diberi nikmat sebegitu besar. Apatah lagi orang-orang yang taat pada Allah.

* Sampaikan kebaikan walau sebaris ayat. Semoga bermanfaat.

Sungguh perjalanan di dunia ini pun sebenarnya gelap pekat ujian di mana-mana. Kita di pesongkan dengan hal lagha terlalu banyak. Jalan yang dekat jadi jauh. Ada jalan yang mudah, tapi yang rumit kita ambil. Sahabat yang di jalan mengenal amat sedikit. Syaitan pula hatinya sakit di perangkap kita menjerit-jerit - Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Akhirnya kita sedar kita kena yakin pada naluri sendiri yang perlu di bimbing. Yakin bulat hanya pada Allah.

Sama-sama muhasabah.

untukperingatananakcucu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...