Perkhidmatan yang Cendekiawan Educare berikan memastikan anak-anak memperolehi dan menguasai 6 jenis perkembangan iaitu :-
- Perkembangan Fizikal
- Perkembangan Sosioemosi
- Perkembangan Bahasa & Komunikasi
- Perkembangan Kognitif
- Perkembangan Kerohanian & Moral
- Perkembangan Kreativiti & Estetika
Pelajar-pelajar kami boleh membaca Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi dan Al-Quran sebelum memasuki tahun satu lagi. Mereka juga dapat menyelesaikan masalah matematik dengan baik, berjaya menghafaz Al-Quran dengan baik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani bila berhadapan dengan masyarakat.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Cendekiawan Educare
- Aktiviti-aktiviti berpusatkan murid
- Menyeronokkan
- Menarik minat murid
- Kaedah yang mudah serta efektif
Cendekiawan Educare ditubuhkan pada tahun 2001. Mempunyai kakitangan dan guru seramai 26 orang. Tertubuhnya Cendekiawan Educare adalah di atas dasar ingin melihat anak-anak dapat menguasai kesemua 6 perkembangan asas dengan baik dan boleh membaca sebelum memasuki tahun satu.
MISI
Mendukung dan melaksanakan falsafah pendidikan kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Berusaha melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI
Menjadi sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak dan remaja yang bermutu, standard dan berkualiti.
WAWASAN
Melahirkan generasi yang berilmu, beriman, berakhlak mulia dan terbilang.
Kandungan Pembelajaran
Kandungan Pembelajaran mengikut kategori umur.
| |
2 bulan hingga 18 bulan | Aktiviti-aktiviti yang menyokong
|
| |
19 bulan hingga 3 Tahun |
|
| |
3 Tahun |
|
| |
4 Tahun |
|
| |
5 Tahun & 6 Tahun |
|
| |
7 Tahun ke atas |
|
Hubungi
Keterangan Lanjut Sila Hubungi :-
| |
Handphone | : 019-382 1377 (Pn. Nurmah) |
: cendekiawanp9@yahoo.com | |
Telefon/Faks | : 03-8888 9967 |
Alamat | : Bangunan TADIKA CENDEKIAWAN, Jalan P9G1, Presint 9, 62250 Putrajaya. (berhadapan surau Presint 9 & bersebelahan taman permainan Presint 9) |
Klik untuk peta | |
Cawangan | : No. 792, Jln Lyana 4, Taman Tunku Sarina (Lyana), Bandar Darul Aman, 06100 Jitra, Kedah . |
http://www.cendekiawaneducare.com/index.php
0 comments:
Post a Comment