RSS

Lebih 100,000 murid belum dapat kuasai 3M

hartiniazhar - July 20, 2006 01:33 PM (GMT)
:)
KUALA LUMPUR 19 Julai – Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim berkata, lebih 100,000 daripada 5 juta murid sekolah rendah di negara ini belum dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

“Mengikut statistik kementerian, lebih 100,000 murid sekolah rendah masih belum dapat menguasai 3M tetapi bukan semua murid ini tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

“Kemungkinan seseorang murid itu tidak tahu mengira tetapi kita (kementerian) mengklasifikasikan bahawa murid berkenaan tidak menguasai 3M,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Sharifah Azizah Syed Zain di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjelaskan, bagi mengatasi masalah itu, kementeriannya memperkenalkan kaedah baru bertajuk Plus Intervensi awal membaca dan menulis (K2M) untuk murid-murid tahun satu.

Dipertingkat

“Kementerian akan meneruskan usaha (K2M) ini supaya prestasi anak-anak kita dapat dipertingkat sejak mereka belajar di tahun satu lagi,” ujar beliau.

Menjawab soalan asal Senator Datuk Armani Mahiruddin, Choon Kim berkata, terdapat pelbagai faktor menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat menguasai 3M.

Antaranya ialah kekurangan alat saringan dan diagnosis yang tepat dan efektif untuk menguji tahap kebolehan murid, kurangnya motivasi anggota keluarga, persekitaran tempat tinggal, status sosioekonomi keluarga dan suasana sekolah tidak kondusif, katanya.

* Ade bezake Kelas Intervensi Awal dengan Plus Kelas Intervensi Awal?

Asabakri - July 20, 2006 02:03 PM (GMT)
Persoalannya tidak pula dinyatakan apakah pelbagai faktor itu? Berapa pertaus daripada murid itu dari kaum Melayu, Cina, India, dll, juga tidak dinyatakan.

Adakah mereka itu dari kalngan murid-murid yang tidak pernah belajar di Tadika, atau pra-sekolah, juga tidak dinyatakan.

Jika murid-murid itu semua yang gagal adalah mereka yang telah mengikutu kelas-kelas Tadika atau pra-sekolah, di manakah silapnya P&P di Tadika/pra sekolah itu, perlu dibuat kajian!

Ini adalah kerana kegagalan itu adalah melibatkan faktor "KECICIRAN". Jika di Tadika/pra-sekolah lagi murid itu sudah mula keciciran, maka keciciran itu akan berterusan ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah. Dengan sebab itu elemen-elemen keciciran yang ada pada setiap murid itu perlu dikanal pasti supaya elemen-elemen keciciran itu dapat dibaik-pulih bagi setiap individu murid.

Wasalam.

.

hartiniazhar - July 21, 2006 01:12 PM (GMT)
:) Di sekolah teman ni, murid Tahun 1 ade juge yang keciciran. Mereka langsung tak boleh membaca atau mengeja perkataan yang paling mudah pun. Tapi kenal ABC sampai Z. Kami dapati takde kesinambungan pembelajaran di rumah sebab deme ni diabaikan di rumah. Jadi dapat latih budak membace dan mengeja dlm kelas sajelah. Ade sorang murid tu, sepatutnye dah masuk Tahun 2 tapi diletakkan di Tahun 1 sebab murid ni tak pernah bersekolah semase Tahun 1 akibat kelalaian dan kecuaian ibubapenye sendiri. Kata maknye ade masalah surat beranak. Ntahlah! Sorang lagi murid huruf tak kenal, mengeje takleh apatah lagi membace, tapi pernah masuk PraSekolah. Jika prestasi budak lain meningkat, tapi budak ni menurun prestasinye dan tertinggal kebelakang. In short, teruk sangat!

Saye taknak salahkan cikgu dalam hal ini. Jike iapun guru yang mengajar tapi segala panduan, kaedah P&P dan arahan semuenye dari PPD, JPN dan Kementerian. Kite cume menjalankan tugas. Tapi rase ralat sangat ape yang kite latih dalam kelas tak pulak dilatih di rumah. Sepatutnye ibubapalah yang melatih apebile anak dirumah. Jadi bile dua-dua pihak (guru dan ibubapa) same-same menggembleng tenage, InsyaAllah anak-anak kite dapat menguasai kemahiran asas.

Pengalaman peribadi saye sendiri ......bile cikgu anak saye kate anak teman tidak menguasai kemahiran asas. Teman dan suami rase kecewe sebab due tahun di Tadika practically, die tak dapat nak menguasai kemahiran ini. Tapi kami tak salahkan cikgu sebab ade juge pengajaran cikgu Tadika anak saye yang melekat di kepala otak anak teman sampai sekarang. Bukanle nak memuji diri sendiri, tapi teman dan suami teman pun cube latih die bace selama lebih kurang 6 bulan di rumah dan Alhamdulillah, sekarang die pun dah boleh membace seperti murid lain di sekolah walaupun keputusan periksenye sederhana. Itu teman boleh usahakan lagi tapi syukurlah.....die boleh membace soalan perikse dan menjawab walaupun kadang-kadang jawapannye salah!

sherrina - July 25, 2006 03:56 PM (GMT)
saya ada 2 org murid yg datang blaja membaca dgn saya. sorang darjah 2 dan sorang darjah 4. Alhamdulillah, lepas 2 bulan slow2 le lulus periksa sebab dah pandai baca kertas soalan. selama ni pergi skolah cikgu takleh nak layan sebab ramai lagi murid yg nak dilayan. teringat kawan sy yg tak pandai baca smpi ke form 5. apa le kabo dia skrg ni agaknya....

pada saya, kalau dah diajar mcm2 teknik tp x tangkap maknanya ada masalah kesihatan/kecacatan otak tu. kalau normal child, kita ajar balik pelan2, insya' Allah boleh juga membaca walaupun 4 tahun ke sekolah tak buat apa2....

cikgu malaysia - July 27, 2006 01:40 PM (GMT)
Ada beberapa faktor yang perlu diambilkira dalam menangani persoalan ini;
1. Sistem P&P kita - banyak yang masih perlu diperbaiki. Orientasi yang keterlaluan kepada exam - telah banyak menyebabkan 'golongan ini' ketinggalan.
2. Terlalu ramai pelajar dalam kelas terutama sekolah rendah - padahal inilah permulaan yang sangat penting. Dalam Ting 6 pelajar tidak begitu ramai padahal - di peringkat ini ramai pun tak apa.
3. Tumpuan kita lebih kepada 'contents' to the extent we overlook one of the most important elemnt in curriculum - that is the 'how' to deliver.

hartiniazhar - July 31, 2006 02:37 PM (GMT)
:) Teman setuju sangat dengan cikgu malaysia ttg sistem p&p kite. Ade sorang cikgu di sekolah teman ni....bukanle die menafikan "how to deliver" concept tapi die lebih utamekan "exam oriented" concept sebab die kate macam mane pun kene gak pass perikse. Tapi teman ni kurang setujule sebab kalau takdak input macam mane budak nak excel dalam hidup deme kemudian hari. Macam mane ye....kalau budak tak kenal ABC tapi kene ambik perikse UPSR?

http://cikguonline.com/ar/t228.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...