RSS

Lehman Brothers Diisytihar Bankrap

Syarikat kewangan terkenal di dunia, Lehman Brothers telah memfailkan tuntutan perlindungan bankrap setelah kegagalan syarikat tersebut mendapatkan bantuan pelabur yang boleh menyelamatkan firma itu yang terumbang ambing beberapa bulan kebelakangan ini. Ia juga mencatat sejarah sebagai saiz bankrap terbesar dalam sejarah ekonomi Amerika Syarikat.

Berikutan dengan itu, lebih 20,000 kakitangan syarikat tersebut kehilangan pekerjaan mereka dalam sekelip mata, tatkala ekonomi dunia sedang bergelut dengan masalah inflasi dan kejatuhan matawang. Kebanyakan besar daripada mereka bekerja di bandar bandar utama dunia termasuk New York (yang juga cawangan utama operasi global), London, Paris, Tokyo, serta beberapa wakil cawangan di serata dunia.

Di Britain, Lehman mempunyai lebih 5,000 pekerja, yang turut ditimpa nasib yang sama. Akhbar akhbar utama di United Kingdom menceritakan saat saat pekerja Lehman Brothers yang termanggu manggu seolah olah tidak percaya mereka kehilangan kerja dalam sekelip mata. Masing masing dilihat membawa barang dan peralatan pejabat milik mereka di dalam kotak tanpa sebarang juga. Ada juga beberapa kumpulan yang dilihat menangis teresak esak di hadapan ibu pejabat mereka.

Banyak syarikat terkemuka dunia pada masa kini bergelut dengan masalah kewangan yang hebat dan ada diantara mereka dijangkakan bakal mengikut jejak Lehman Brothers dan turut jatuh bankrap tidak lama lagi. Antara syarikat lain yang mengalami masalah yang sama adalah Merrill Lynch (baru dibeli oleh Bank of America), Bank of Scotland, AIG, Citibank, American Airlines dan XL Leisure Tour (juga jatuh bankrup 2 minggu lepas).

September 19, 2008

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...