Kekasih,
aku tidak mencintaimu..
Aku tidak akan mencintaimu andai kau mencintaiku
Aku tidak ingin dicintai oleh insan yang mencintai aku lebih dari segala-galanya
Kekasih,
Aku tidak ingin kau mencintaiku dengan menaburkan segunung permata untukku
Tiada juga ku mahu kau menjanjikan dunia untukku
Aku tidak perlukan itu semua
Kekasih,
Aku tidak mahu berada paling atas di takhta hatimu
Apa yang ku inginkan adalah berada di tangga yang lebih bawah dari tingkat kecintaanMu terhadap Allah dan Rasulullah
Tidakku mahu merampas takhta itu
Kerana aku bimbang aku juga akan kehilangan cintaku pada Allah dan Rasulku
Tidak ingin aku merintangi khusyukmu
Tidak ingin ku sentap tahajudmu
Tidak ku ingin membiaskan tangis taubat dan syukurmu
Kekasih,
Sungguhpun aku meletakkan syarat
Namun aku bukanlah semulia dan sequdus Rabiah al Adawiah yang menolak cinta Hassan al Basri lantaran cinta yang melimpah terhadap Ilahi
Aku juga makhluk Allah Yang telah diciptakanNya untuk melengkapi hidupmu sebagai suri
Apa yang ku harapkan
Kau dan aku akan bersama menyulam cinta antara kita dengan benih-benih ketaqwaan
Agar cinta ini dirahmati Allah dan membawa kita ke syurgaNya
WARKAH SERI KEKASIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment