Beef Lasagna | ||||
Mama sebenarnya baru-baru ni je pandai makan lasagna sejak papa introduced Lasagna Domino Pizza. Ari tu terjumpa lak resepi Lasagna Kuchai ni dari FP Azza ...kalau x silaplah. Rasanya lasagna Kuchai ni popularlah di alam fotopages ni. So mama pun tak lepaskan peluang mencuba & seriuuusss memang sedap. Papa siap kata cam Lasagna Domino Pizza . Ada lagi balance lasagna sheet kat rumah. Nanti nak buat lagi sekali Nilah resepi Lasagna Kuchai yg mama copy & paste jer. Thanks to both Kuchai & Azza for sharing this marvellous recipe . Beef Lasagna edisi mummy (Original resepi from Kuchai FP) Bahan-bahan: Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah Mozarella cheese (Mama guna parmesan cheese) Sos Daging 1 block daging kisar RAMLY 1 tin cendawan butang potong dadu (mama tak guna sebab tak de) 1 biji bawang besar potong dadu 5 ulas bawang putih ketuk & cincang 1 sudu besar cili boh (mama x guna) 2 sudu besar tomato pure 1 tin kecik PREGRO tomato sos with basil & garlic (tin oren yer) 2 sudu sos cili 1 kuib pati ayam MAGGI sedikit lada hitam & oregano gula & garam secukupnya Sos Putih 2 sudu besar butter 2 sudu besar tepung gandum 2 kotak (250ml) susu full cream 1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin( mama guna mozarella cheese) sedikit lada sulah & garam Cara-cara memasak Sos Daging Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging. Bila daging empuk masukkan sos pegro, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano & lada hitam. Masak hingga serasi kemudian masukkan cendawan butang. Tips, mummy buat sos ni lebih rasa manis dr masin sbb nnt cheese dah masin Sos Putih Cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana. Bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sedrhana jugak sampai pekat lepas tu masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah. Lepas tu masukkan cheese & tutup api, Letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat mmt. Susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih. Lepas tu tabur mozarella cheese (mama guna parmesan cheese) byk2. Lepas tu ulang ler sampai penuh mangkuk atas sekali tabur cheese byk2 jugak. Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit. Tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong. source: fotopages | ||||
|
0 comments:
Post a Comment