RSS

~DOMINASI PERTAMAKU // MY FIRST DOMINATION~: Cara Membuat Sosej Homemade

resepi mudah untuk buat sosej sendiri. lagi sedap dari beli
Bahan-bahan ( 8 ketul )
  • 500 gm daging cincang
  • 1 s/k garam
  • 1 s/k gula
  • 1/2 sk lada hitam(digores kasar)
  • 1/2 s/k thyme (dry pun OK)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus atau parut)
  • 2 s/b parsley
  • 2 s/k tepung ubi
  • Cara-cara

  • Masukkan semua bahan dan gaul dengan tangan sampai lembut sehingga seakan2 bertali. kalau ada food processor lagi senang.
  • Img_7056
    Bila dah lembut, bahagikan kepada 8 bahagian. ambil satu bahagian, baling2kan dari tangan kanan ke kiri dan sebaliknya untuk keluarkan udara.
  • Bentukkan memanjang, dan balut kejap dengan plastik wrap.
  • Img_7058
    Ikat hujung dengan tali, kemudian pusingkan hujung yang lagi satu supaya plastik wrap tadi cekang, ikat macam dalam gambar.
  • Img_7062
    Masukkan kedalam bag plastik tahan panas seperti GLAD ataupun ZIPLOCK, keluarkan udara dan zipkan mulut.
  • Panaskan air. Bila dah ada wap keluar (dalam 70~75 Celcius), masukkan sosej tadi, tindih dengan tudung periuk ataupun piring supaya beg plastik tadi tenggelam. kecilkan api, renihkan selama 45 minit.
  • Img_7064
    Angkat dan biarkan sejuk sebentar sebelum disimpan didalam peti sejuk.
  • Jika suka, goreng dalam minyak yang sedikit sebentar sebelum dihidang.
sumber: alikram

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

manjanafie said...

mohon share....

Inia Lurun Sophie said...

@manjanafie boleh saja... ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...