Salam a'laik...
Dalam mingu lepas Inia dikejutkan dengan satu insiden yang agak kurang disenangi, iaitu teguran secara kasar dengan menggunakan bahasa kasar di salah sebuah forum di Internet. Hmm.. Tiada niat untuk bertekak langsung, tuan rumah forum itu pula yang 'panas hati' dan seakan-akan mahu menyalahkan dan mahu bergaduh dengan setiap orang yang masuk ke forum beliau. Malah, bahasa kasar juga digunakan.
Walaupun Inia ni bukanlah alim ulamak untuk menyatakan dalil-dalil yang khas, tapi Inia masih tahu akan agama Inia... Inia kurang bersetuju dengan cara tuan rumah forum membahaskan hujahnya. Terlalu kasar bagi saya. Inia masuk ke forum beliau adalah kerana topik beliau adalah Jihad.. berjuang kerana agama Islam .. kerana saudara seMuslim di Palestin sana.. Tapi, apabila kita menyatakan pendapat kita, tuan rumah dilihat seakan-akan mahu meng'hentam' setiap kata2 para ahli forum yang memasuki post itu. Sampai hal politik pun masuk. Hmm.. Tahulah bahawa tuan forum itu mahu berdakwah.. Mahu mengajak kepada jihad.., tapi, bahasa itu kena jaga.. Its your attitude that people will see.
Inia sedih sebenarnya, kerana di'perlaku'kan sebegitu rupa dek tuan rumah; di maki hamun, diherdik.. Astagfirullahal a'zim... Maka, Inia luahlah rasa sedih Inia pada seorang rakan.. Dan beliau juga kurang setuju dengan apa yang tuan rumah forum itu buat. Sepatutnya cara lembut dan berhikmah adalah disarankan (seperti Rasulullah s.a.w. lakukan ketika berdakwah di Mekah dahulu.. Sopan dan berhikmah. Orang lebih hormat). Rakan Inia ada meluahkan pendapat untuk santapan para pendakwah sekalian, agar usaha dakwah insya-Allah akan menjadi baik. :~~
--------------------------------------------------
"Islam kalau diperagakan dengan gaya yang kasar, lari orang. Entahlah, ana pun banyak lagi kejahilannya... ... ..nampak gaya, lagi malehlah ana ngan tempat ni. Forum2 lain lagi sopan dan Islamik, tapi untuk berdakwah kita kena bersedia menghadapi sesiapa saja dalam masa yang sama hati bergantung terus kepada Allah. Apabila melakukan sesuatu kerana Allah, insyaAllah hati tidak merasa apa-apa perbezaan samada dikeji atau dipuji. Sebab apa? Sebab kita sebenarnya tiada apa-apa. Kita hanya sampaikan, tapi yang memberi hidayah dan membuka hati (semua hati makhluk dalam genggaman Allah) hanyalah Allah jua. Tetapkan matlamat mencari keredaan / kesukaan Allah.
Sebenarnya untuk bercakap sesuatu yang benar dan mudah diterima orang (lidah hikmah) kita perlu amalkan beberapa perkara:
1. Doa
2. Tahajjud
3. Baca Quran
4. Zikir
5. Ikhlas
Orang yang berdakwah pada siang hari tetapi malamnya tidak bangun beribadah & berdoa (minta hidayah untuk semua Umat Muhammad) adalah seumpama mayat. Dia berkata-kata tetapi tiada ruh."
==> pendapat sahabat Inia.
Asas Untuk Berdakwah -- Untuk Para Pendakwah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
whose sangat bersetuju dengan pendapat Inia....Rasulullah s.a.w sendiri berdakwah dengan cara yang berhemah...Sesungguhnya Rasulullah sebgai contoh ikutan yang baik jika tidak kita jadikan sebagai teladan sukarlah untuk menarik orang kepada Islam....Sesungguhnya Islam itu agama yang indah....
whose,
memang jika kita hendak berdakwah, cara yang baik; iaitu cara berhikmah dan sopan adalah di galakkan. benarlah seperti kata whose, jika kita tidak jadi teladan, sukarlah untuk hati orang menjadi lembut.. :)
Post a Comment