BUSINESS MODEL NASI LEMAK RM1
#from wasap group for my later reading
1. Semua orang boleh jual Nasi Lemak RM1. Apa yang membezakan mereka ialah business model yang digunakan.
2. Mak Cik Minah jual Nasi Lemak RM1 dengan letak bilis dan telur sehiris saja. Dia position-kan Nasi Lemak RM1 dia sebagai Nasi Lemak Ekonomi.
3. Sementara Pak Ali menjual Nasi Lemak RM1 dengan letak bilis dan telur yang agak banyak. Setelah tolak harga bahan mentah, dia tak untung apa-apa. Balik modal saja. Sebaliknya dia menawarkan lauk kerang, daging dan ayam sebagai lauk tambahan. Dia "buat untung" di sini.
4. Puan Aslina yang buka budget hotel juga menjual Nasi Lemak RM1 di kafe beliau. Nasi Lemak RM1 Puan Aslina ada ayam. Puan Aslina "memang rugi" jual nasi lemak berlauk begitu. Bagaimanapun, kafe di hotel dia menjual teh tarik berharga RM10 segelas.
5. Cik Aini menjual Nasi Lemak RM1 kepada hotel, restoran dan stesen minyak. Setiap satu nasi lemak untung tak banyak. Bagaimanapun, oleh kerana Cik Aini menjual secara B2B, dia dapat menjual dengan jumlah yang besar.
6. Nampak kan pelbagai cara bagaimana usahawan "buat duit" dengan Nasi Lemak RM1.
7. Ini dinamakan business model. Apabila kita buat business model, kita bangunkan strategi bisnes - bukan isi sembilan kotak kosong BMC!
0 comments:
Post a Comment