Pertemuan di antara dua insan berlainan jantina dalam suatu ikatan
suci perkahwinan adalah permulaan kepada suatu proses membina
keluarga bahagia, harmoniyang diwarnai oleh Mawaddah dan Rahmah.
Keluarga bahagia ini bakal melahirkan zuriat yang baik dan membentuk
bersama suriat lain, masyarakat dan ummah terbaik pula. Maka
permulaan pertama proses ini ialah pertunangan.
Kualiti Tunang
Sebelum mengambil keputusan untuk bertunang wajarlah dipastikan
beberapa kualiti gadis yang akan dirisik. Menurut apa yang
disimpulkan oleh ulama Mazhab shafie ciri-ciri gadis seperti berikut
perlu diberi perhatian bagi menentukan kualiti:-
1.Gadis atau wanita yang kuat beragama.
2.Gadis yang dipercayai subur (boleh melahirkan anak) dengan
berpandukan latar belakang ibu-ibu dalam keluarganya.
3.Masih perawan.
4.Terdiri daripada keluarga yang taat beragama dan hidup sederhana.
5.Keturunan baik-baik. Kerana ia boleh melahirkan anak yang pintar.
6.Cantik kerana ia boleh mententeramkan nafsu kepada yang lain.
7.Tidak daripada keluarga terdekat untuk mendapatkan anak yang lebih
sihat dan cergas. Kerana isteri daripada keluarga terdekat seperti
sepupu biasanya melahirkan anak yang lemah seperti sabda Rusulullah
s.a.w.: "Jangan (tidak sayugia) kamu khawini keluarga terdekat kerana
anak hasil perkhawinan sedemikian (biasanya) kurus."
Melihat Gadis
Setelah dirasai berkenan bolehlah pihak lelaki merisik dan melihat
bakal tunangnya. Melihat gadis atau wanita yang dikahwini adalah
harus dengan syarat tidak boleh dilihat kecuali muka dan dua tangan
(hingga ke pergelangan). Kerana biasanya dengan melihat dua bahagian
itu dapat diramalkan kecantikan dan keindahan tubuh badannya.
Meminang
Sebaik-baik melihat dengan tampa disedari oleh gadis atau wanita dan
keluarganya untuk menjaga maruah dirinya dan keluarganya jika gadis
atau wanita tidak berkenan dihati. Kemudian setelah perpuas hati dan
berkenan jalankan peminangan. Pihak perempuan bo;eh juga membuat
risikan dan melihat peria yang dimaksudkan sebelum menerima dan
bersetuju dengan peminangan. Semasa meminang sayugia didahulukan
perkataan dengan pujian kepada Allah, salawat dan salam kepada
Junjungan dan dua kalimah syahdat. Setelah itu nyatakan hajat suci
untuk meminang dengan menggunakan bahasa halus yang disusun indah.
BUkan Lesen
Bertunang adalah janji perkahwin. Bukan lesen yang membolehkan kedua
insan itu membuat sekehendak hati. Kedua mereka tetap dalam
kengkungan ajnabi. Mereka tetap dilarang dan diharamkan berua-duaan
atau bertemu tampa ditemani anggota keluarga mahram seperti bapa,
abang atau bapa saudara gadis atau wanita tersebut. Kesemua ini perlu
dijaga supaya kedua-dua kelak diijab kabulkan dalam suasana benar-
benar bersih dan murni.
Silap Besar
Adalah satu kesilapan besar di mana ada setengah keluarga yang
membiarkan kedua teruna dara bertunangan itu bebas bergaul, keluar
dan berdua-duaan dengan alasan mereka telah diikat oleh tali
pertunangan. Kebiasaan ini selain daripada terlarang, boleh mendorong
kedua insan berlainan jantina itu terlanjur sebelum masanya disamping
boleh mencetuskan implikasi buruk terutama jika sekiranya pertunangan
putus di tengah jalan.
Selamat Bertunang... .
Bertunang Dalam Islam
Saturday, February 28, 2009 |
Labels:
Child Education,
Da'wah,
Do You Know?,
Islamic,
Love,
Marriage,
Men,
Parenting,
Women
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment