RSS

Mulia Dengan Ziarah

*Mulia Dengan Ziarah*

Menjaga hubungan sesama manusia adalah sebahagian dari tuntunan agama, bahkan banyak sekali keutamaan bagi siapa yang melakukannya.

Mengenai keutamaan saling mengunjungi di sini disebutkan dalam hadits Abu Hurairah berikut :

أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِى قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِى فِى هَذِهِ الْقَرْيَةِ. قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لاَ غَيْرَ أَنِّى أَحْبَبْتُهُ فِى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. قَالَ فَإِنِّى رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

“ Sesungguhnya seseorang ada yang ingin mengunjungi saudaranya di kota lain. Allah lalu mengutus malaikat untuknya di jalan yang akan ia lalui. Malaikat itu pun berjumpa dengannya seraya bertanya, Ke mana engkau akan pergi? Ia menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di kota ini?’ Malaikat itu bertanya kembali, ‘Apakah ada suatu nikmat yang terkumpul untukmu kerana sebab dia?’ Ia menjawab, ‘Tidak. Aku hanya mencintai dia kerana Allah ‘azza wa jalla.’ Malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untukmu. Allah sungguh mencintaimu kerana kecintaan engkau padanya’.”

_( HR Muslim no : 2567 )_

Hadits ini disebutkan oleh Imam Nawawi dalam Shahih Muslim dengan bab “ Keutamaan saling cinta kerana Allah”. Dan dalil ini dijadikan oleh para ulama sebagai dalil keutamaan saling mengunjungi sesama muslim dan mengunjungi orang sholeh yang dilandasi ikhlas dan saling mencintai kerana Allah. Jadi dasarnya adalah kerana Allah yaitu kerana iman yang dimiliki saudaranya.

Dalam hadits ‘Ubadah bin Ash Shamit, disebutkan :

حَقَّتْ مَحَبَّتِى لِلْمُتَحَابِّينَ فِىَّ وَحَقَّتْ مَحَبَّتِى لِلْمُتَزَاوِرِينَ فِىَّ وَحَقَّتْ مَحَبَّتِى لِلْمُتَبَاذِلِينَ فِىَّ وَحَقَّتْ مَحَبَّتِى لِلْمُتَصَادِقِينَ فِىَّ وَالْمُتَوَاصِلِينَ

“ Sungguh Aku mencintai orang yang saling mencintai kerana-Ku. Sungguh Aku pun mencintai orang yang saling berkunjung kerana-Ku. Sunguh Aku mencintai orang yang saling berderma kerana-Ku. Sungguh aku mencintai orang yang saling bersedekah kerana-Ku. Begitu pula dengan orang yang saling menyambung ( hubungan kekerabatan ) kerana-Ku.”

_( HR Ahmad 5/229. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih )_

Dari Anas bin Malik, ia berkata :

إِذَا جَاءَكُمُ الزَّائِرُ فَأكْرِمُوْهُ

“ Jika ada yang mengunjungi kalian, maka muliakanlah. ”

_( Diriwayatkan dalam Musnad Asy Syihab )_

Dan jutaan syukur juga terima kasih kami kembalikan kepada Allah, diatas kunjungan ikhwan dan akhwat dari tim SPCT ( Saujana Puchong Cycling Team ) dan Surau Nurul Iman Taman Saujana Puchong dalam program kembara amal berbasikal ke pondok kami yang masih lagi memerlukan banyak bimbingan..

Segala sumbangan dan bantuan kami ucapkan dengan ucapan jazakumullahu aufarol jaza, semoga kita boleh bertemu kembali di waktu dan ruang yang akan datang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...